skip to main | skip to sidebar


Sunday, January 29, 2012

Malaikat Mengajarkan Tentang Erti Dunia


Jabir bin Abdullah berkata, "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Assalamualai-kum ya Rasulullah apakah ertinya dunia ini?"

Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda "Dunia itu impian orang yang tidur."

Bertanya orang itu lagi, "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Satu kumpulan manusia yang berada di dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam neraka Sa'ir."

Orang itu bertanya lagi, "Apakah Syurga itu?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia,kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."

Bertanya orang itu lagi,"Apakah Jahanam itu?"

Maka bersabda Rasulullah s.a.w "Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lagi, "Siapakah sebaik umat ini?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah s.w.t"

Orang itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

Orang itu bertanya lagi, "Seberapakakah keten tuan taat itu?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."

Bertanya orang itu lagi, Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat'?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."

Jabir melanjutkan ceritanya, "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu"

Rasulullah s.a.w bersabda,"Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail a.s, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah s.a.w lagi,"sesungguhnya Allah s.a.w.tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihat nya sejak menciptakannya."

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia kekal. Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh,sebab orang yang bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

*Source Buku Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya.



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger