skip to main | skip to sidebar


Sunday, January 29, 2012

Harga Sebuah Kereta Dan Anak

0 comments

Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. 


Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.


Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.


Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...

'Siapa punya kerja ni?'


Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan.. .

'Tak tahu... !'

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri pula.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata...

'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. 



Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak bengkak. ..

'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap'
kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata...

'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.


'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya

bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

P/S :-

Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama...
Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda...
Bersyukurlah anda dikurniakan anak oleh Allah..
Bagi anda yang mempunyai anak curahkanlah kasih dan sayang anda sepenuhnya kepada mereka...


The Story Of The Boy And The King

0 comments


Imam Ahmad recorded from Suhayb that the Messenger of Allah said:

Among the people who came before you, there wasa king who had a sorcerer, and when that sorcerer became old, 

he said to theking, "I have become old and my time is nearlyover, so please send me a boy whom I can teach magic.'

So, he sent him aboy and the sorcerer taught him magic. Whenever the boy went to the sorcerer, hesat with a monk who was on the way and listened to his speech and admired them.So, when he went to the sorcerer, he passed by the monk and sat there with him;and on visiting the sorcerer the latter would thrash him. So, the boy complainedabout this to the monk. 

The monk said to him, "Wheneveryou are afraid of the sorcerer, say to him: `My people kept me busy.' Andwhenever you are afraid of your people, say to them: `The sorcerer kept mebusy.''' 

 So the boy carried on like that (for some time). Then a hugeterrible creature appeared on the road and the people were unable to pass by.

The boy said, "Today I shall know whether thesorcerer is better or the monk is better.'' So, he took a stone and said,"O Allah! If the deeds and actions of the monk are liked by You better thanthose of the sorcerer, then kill this creature so that the people can cross (theroad).'' 

Then he struck it with a stone killing it and the people passedby on the road.
The boy came to the monk and informed him aboutit. 

The monk said to him, "O my son! Today youare better than I, and you have achieved what I see! You will be put to trial.And in case you are put to trial, do not inform (them) about me.''

 The boyused to treat the people suffering from congenital blindness, leprosy, and otherdiseases. There was a courtier of the king who had become blind and he heardabout the boy. 

He came and brought a number of gifts for the boy and said, "Allthese gifts are for you on the condition that you cure me.''  

The boysaid, "I do not cure anybody; it is only Allahwho cures people. So, if you believe in Allah and supplicate to Him, He willcure you.''  

So, he believed in and supplicated to Allah, and Allah curedhim. Later, the courtier came to the king and sat atthe place where he used to sit before. 

The king said, "Whogave you back your sight'' 

The courtier replied, "MyLord.''  

The king then said, "I did''  

Thecourtier said, "No, my Lord and your Lord -Allah'

The king said, "Do you haveanother Lord beside me''  

The courtier said, "Yes,your Lord and my Lord is Allah.'' 

The king tortured him and did not stopuntil he told him about the boy. So, the boy was brought to the king and he saidto him, "O boy! Has your magic reached to theextent that you cure congenital blindness, leprosy and other diseases'' 

Hesaid, " I do not cure anyone. Only Allah cancure.''  

The king said, "Me''  

Theboy replied, "No.'' 

The king asked, "Doyou have another Lord besides me''

The boy answered, "My Lord and your Lord is Allah.''  

So, he tortured him also until he toldabout the monk. Then the monk was brought to him and the king said to him,
 
"Abandonyour religion.'' 

The monk refused and so the king ordered a saw to bebrought which was placed in the middle of his head and he fell, sawn in two.Then it was said to the man who used to be blind,  

"Abandonyour religion.'' 

 He refused to do so, and so a saw was brought and placedin the middle of his head and he fell, sawn in two. 

Then the boy was brought andit was said to him,
 
"Abandon your religion.'' Herefused and so the king sent him to the top of such and such mountain with somepeople. 

He told the people, "Ascend up themountain with him till you reach its peak, then see if he abandons his religion;otherwise throw him from the top.'' 

They took him and when they ascendedto the top, he said, " O Allah! Save me fromthem by any means that You wish.'' So, the mountain shook and they allfell down and the boy came back walking to the king. 

The king said, "What did your companions (the people I sent with you) do'' 

The boy said, "Allahsaved me from them.'' 

 So, the king ordered some people to take the boy ona boat to the middle of the sea, saying, "If herenounces his religion (well and good), but if he refuses, drown him.'' So,they took him out to sea"

and he said, "O Allah!Save me from them by any means that you wish.'' So they were all drownedin the sea. Then the boy returned to the king.

The kingsaid, "What did your companions do''  

Theboy replied, "Allah, saved me from them.'' Thenhe said to the king, "You will not be able tokill me until you do as I order you. And if you do as I order you, you will beable to kill me.''

The king asked, "Andwhat is that''  

The boy said, "Gather thepeople in one elevated place and tie me to the trunk of a tree; then take anarrow from my quiver and say: `In the Name of Allah, the Lord of the boy.' Ifyou do this, you will be able to kill me.''

So he did this, and placingan arrow in the bow, he shot it, saying, "In theName of Allah, the Lord of the boy.'' The arrow hit the boy in thetemple, and the boy placed his hand over the arrow wound and died. 

The peopleproclaimed, "We believe in the Lord of theboy!'’ 

Then it was said to the king, "Doyou see what has happened That which you feared has taken place. By Allah, allthe people have believed (in the Lord of the boy).''So he ordered thatditches be dug at the entrances to the roads and it was done, and fires werekindled in them. 

Then the king said, "Whoeverabandons his religion, let him go, and whoever does not, throw him into thefire.''  

They were struggling and scuffling in the fire, until a woman andher baby whom she was breast feeding came and it was as if she was beingsomewhat hesitant of falling into the fire, so her baby said to her,"Bepatient mother! For verily, you are following the truth!'')

Muslim also recorded this Hadith at the end ofthe Sahih. Muhammad bin Ishaq bin Yasar related this story in his book of Sirahin another way that has some differences from that which has just been related.Then, after Ibn Ishaq explained that the people of Najran began following thereligion of the boy after his murder, which was the religion of Christianity, hesaid, "Then (the king) Dhu Nuwas came to them with his army and called themto Judaism. 

He gave them a choice to either accept Judaism or be killed, so theychose death. Thus, he had a ditch dug and burned (some of them) in the fire (inthe ditch), while others he killed with the sword. He made an example of them(by slaughtering them) until he had killed almost twenty thousand of them. Itwas about Dhu Nuwas and his army that Allah revealed to His Messenger :

(Cursed were the people of the ditch of fire fed with fuel when they sat by it and they witnessed what they were doing against the believers and they had no fault except that they believed in Allah the Almighty, worthy of all praise! To whom belongs the dominion of the heavens and the earth! and Allah is witness over everything) (85:4-9)
 
This is what Muhammad bin Ishaq said in his bookof Sirah -- that the one who killed the People of the Ditch was Dhu Nuwas, andhis name was Zur`ah. In the time of his kingdom he was called Yusuf. He was theson of Tuban As`ad Abi Karib, who was the Tubba` who invaded Al-Madinah and putthe covering over the Ka`bah. He kept two rabbis with him from the Jews of Al-Madinah. 

After this some of the people of Yemen accepted Judaism at the hands of thesetwo rabbis, as Ibn Ishaq mentions at length. So Dhu Nuwas killed twenty thousandpeople in one morning in the Ditch. Only one man among them escaped. He wasknown as Daws Dhu Tha`laban. He escaped on a horse and they set out after him,but they were unable to catch him. 

He went to Caesar, the emperor of Ash-Sham.So, Caesar wrote to An-Najashi, the King of Abyssinia. So, he sent with him anarmy of Abyssinian Christians, who were lead by Aryat and Abrahah. They rescuedYemen from the hands of the Jews. Dhu Nuwas tried to flee but eventually fellinto the sea and drowned. After this, the kingdom of Abyssinia remained underChristian power for seventy years. 

Then the power was divested from theChristians by Sayf bin Dhi Yazin Al-Himyari when Kisra, the king of Persia sentan army there (to Yemen). He (the king) sent with him (Sayf Al-Himyari) thosepeople who were in the prisons, and they were close to seven hundred in number.So, he (Sayf Al-Himyari) conquered Yemen with them and returned the kingdom backto the people of Himyar (Yemenis).


Malaikat Mengajarkan Tentang Erti Dunia

0 comments

Jabir bin Abdullah berkata, "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Assalamualai-kum ya Rasulullah apakah ertinya dunia ini?"

Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda "Dunia itu impian orang yang tidur."

Bertanya orang itu lagi, "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Satu kumpulan manusia yang berada di dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam neraka Sa'ir."

Orang itu bertanya lagi, "Apakah Syurga itu?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia,kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."

Bertanya orang itu lagi,"Apakah Jahanam itu?"

Maka bersabda Rasulullah s.a.w "Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lagi, "Siapakah sebaik umat ini?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah s.w.t"

Orang itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

Orang itu bertanya lagi, "Seberapakakah keten tuan taat itu?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."

Bertanya orang itu lagi, Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat'?"

Bersabda Rasulullah s.a.w, "Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."

Jabir melanjutkan ceritanya, "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu"

Rasulullah s.a.w bersabda,"Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail a.s, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah s.a.w lagi,"sesungguhnya Allah s.a.w.tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihat nya sejak menciptakannya."

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia kekal. Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh,sebab orang yang bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

*Source Buku Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya.



Surah Al-Qamar Ayat 1-8

0 comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1.Telah dekat datangnya kiamat dan bulan telah terbelah

2. Dan jika mereka melihat suatu tanda,mereka hanyaberpaling dan berkata: “Ini adalah sihir yang berterusan”.

3.Mereka mendustakannya dan mengikuti hawa nafsu mereka,sedangkan tiap-tiap urusan itu sudah ada kepastiannya.

4.Sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa beritayang sepatutnya sudah cukup untuk mencegah mereka (dari kelalaian).

5.Itulah suatu hikmat yang sempurna, namun peringatan itumasih belum berguna bagi mereka.

6. Maka berpalinglah engkau (Wahai Muhammad) dari mereka daningatilah heri ketika seorang penyeru (Malaikat) memanggil mereka kepada suatuyang tidak mereka ingini (Hari pembalasan).

7. Ketika itu akan tunduklah pandangan mereka. Mereka keluardari kuburan seakan-akan belalang yang berterbangan.

8. Mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu: makaorang-orang kafir berkata “Ini adalah hari yang berat untuk dipikul(dijalani)”.



Doa Minta Rezeki

0 comments

"Ya Allah Ya Tuhanku, kayakanlah aku melalui kurniaMu Ya Allah bukan kaya melalui orang dan Ya Allah rahmatilah aku dengan rahmatMu Ya Allah bukan dari orang".

Doa ini diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW ketika berjumpa dengan hamba dengan raut wajah sangat sedih, Nabi bertanya kenapa beliau bersedih, dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana terlalu banyak menanggung beban hutang, lalu Baginda mengajarkan beliau doa tersebut.

Dan ingatlah Allah menjadikan seseorang itu berubah dari miskin kepada kaya dengan sebab Insyallah dia berubah jadi lagi baik apabila dia kaya dan Allah mengubah seseorang itu dari kaya  kepada miskin dengan sebab dia berubah jadi lebih baik apabila dia miskin. Ada juga Allah jadikan orang itu kaya sebagai fitnah pada org tersebut untuk diuji oleh Allah. 

Wallahualam.

*Baca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam, rezeki tak putus hingga akhir hayat.
*Baca Surah Al-Imran & Solat sunat Dhuha untuk dimurahkan rezeki.

*Source aria21

Maulidur Rasul

0 comments




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.

Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger