skip to main | skip to sidebar


Wednesday, April 28, 2010

Rasulullah S.A.W Dengan Sebiji Limau



Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi seorang wanita kafir. Ketika itu baginda beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa bijibuah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.Rasulullah s.a.w terus makan . Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah itu,lalu mereka bertanya dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya nya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w, baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dandari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

*Source Mingguan Perdana.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger