Nabi Muhammad s.a.w ketika masih bayi tidak ada wanita mahu menyusukannya kerana kebanyakan ibu susuan memilih anak orang berharta. Halimah saadiah seorang ibu susuan yang tidak mendapat seorang pun bayi untuk disusukan bersetuju mengambil Muhammad untuk dibawa tinggal bersamanya di kampong BaniSaad.
Satu keajaiban berlaku apabila semua kambing, termasuk kambing tua peliharaan Halimah saadiah menjadi gemuk dan mengeluarkan banyak susu. Selama dua tahun Muhammad tinggal bersama keluarga Bani Saad semua susu kambing menjadi kegemaran baginda.
Ketika Nabi Muhammad israk dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa baginda telah menjadi imam solat kepada para nabi dan para Malaikat serta setiap roh para mukmin. Selepas itu malaikat Jibril membawa talam berisi dua gelas, iaitu gelas arak dan gelas berisi susu. Ada mengatakan susu itu susu kambing yang menjadi kegemaran baginda. Nabi telah memilih gelas berisi susu lalu meminumnya.
Kata Jibril: “Engkau telah pilih minuman yang tepat untuk kebaikan umat islam, jika kamu pilih yang satu lagi sudah tentu umatmu akan menjadi mabuk dan porak peranda.”
Satu lagi peristiwa berlaku ketika putera Rasulullah bernama Ibrahim, Hasil perkahwinannya bersama Maria Qibtiah selalu demam ketika masih kecil. Lalu Rasulullah mengarahkan puteranya itu dibawa ke sebuah kebun tamar yang ada ternakan kambing kerana di tempat itu baik untuk terapi kesihatan dengan udara bersih. Diladang itu Ibrahim diberi minum susu kambing sebagai rawatan.
Rasulullah berkata: “Susu kambing minuman kesukaanya dai ia makanan lengkap, dapat menggantikan makanan yang lain.” Sehingga sekarang tempat itu dikenali dengan nama Masyroba Ummu Ibrahim (Tempat minum Ummu Ibrahim).
Moral dari cerita tersebut ialah anak-anak yang selalu demam di zaman rasulullah akan diberi minum susu kambing sebagai rawatan dan minuman harian. Bagi orang dewasa susu kambing merupakan pengubatan terutamanya yang kurang zat kalsium dan vitamin D.
Kajian saintis terkini pula mendapati susu kambing bahan paling mujarab untuk merawat demam kuning bagi kanak-kanak, penyakit yangselalu dihidapi kanak-kanak kerana kekurangan hemoglobin yang menyebabkan kekurangan darah merah. Pakar kanak-kanak juga menyarankan agar susu biasa dicampurkan dengan susu kambing untuk minuman kanak-kanak selepas berusia enam bulan ke atas untuk menghindar dari sebarang penyakit kerana ia merupakan makanan yang kaya dengan vitamin yang diperlukan sebagai pertahanan tubuh badan semula jadi.
Yang jelas, susu kambing merupakan minuman kesukaan Rasulullah dan Al-Quran sendiri menyatakan sesiapa yang mengamalkan sunah Rasulullah akan mendapat pahal besar di akhirat kelak.
*Sumber Mingguan warta Perdana.
0 comments:
Post a Comment