Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah s.w.t akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir di hadapan-Nya. Seorang adalah yang taat kepada perintah Allah s.w.t sementara seorang lagi ialah yang derhaka kepada Allah s.w.t. kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.
Allah s.w.t menyuruh Malaikat Ridwan membawa orang yang taat kepada Allah s.w.t ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman: "Aku merelakan dia."
Kemudian Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Zabaniah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah s.w.t memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih.
Firman Allah s.w.t yang bemaksud: "Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak."
Orang yang taat kepada perintah Allah itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata:
"Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku." Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga,
Malaikat Ridwan berkata kepadanya: "Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t."
Berkata orang itu: "Aku tidak mahu masuk ke dalam syurga, bawalah aku ke dalam neraka."
Malaikat Ridwan berkata: "Aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah s.w.t telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."
Berkata orang itu: "Aku tidak mahu syurga dan aku juga tidak mahu layanamu."
Setelah itu kedengaran suara yang berkata: "Wahai Ridwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."
Lalu Malaikat Ridwan bertanya: "Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke dalam neraka?"
Kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud: "Wahai hamba-Ku kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahui dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja maka bagaimanakah Aku merelakan kamu hamba-Ku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai Tuhanmu selama 70 puluh tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan Kuserahkan dia kepada kamu."
*Source Buku Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya.
0 comments:
Post a Comment