Syah Al-Karmani mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan juga sufi seperti dirinya. Anak Syah Al-Karmani ini juga seorang yang kuat beribadah dan sering berpuasa. Dia pernah dipinang oleh seorang raja Karman namun ditolak oleh ayahnya. Ini disebabkan Syah Al-Karmani mahu mencari seorang menantu yang zuhud.
Bagi tujuan itu, Syah Al-Karmani pergi ke beberapa masjid untuk mencari bakal suami yang sesuai dengan anaknya. Disebuah masjid, Syah Al-Karmani bertemu dengan seorang pemuda yang bagus solatnya dan berbudi pekerti.
Syah Al-Karmani lalu bertanya, “Wahai anak muda, adakah engkau sudah beristeri?”
Pemuda itu menjelaskan, “Belum.”
Syah Al-Karmani bertanya lagi,”Mahukah engkau berkahwin dengan seorang gadis yang selalu berpuasa disiang hari, beribadah dimalam hari,rajin membaca Al-Quran, warak, zuhud dan qanaah? Malah dia juga seorang yang cantik.”
“Siapalah yang mahu berkahwin dengan saya yang tidak memiliki apa-apa ini,” Kata pemuda itu merendah diri.
“Bagaimana sekiranya saya kahwinkan engkau dengan anak perempuan saya sendiri?” Tanya Syah Al-karmani seterusnya.
Pemuda it uterus bersetuju. Sungguh tidak di sangkanya hariitu merupakan hari yang sungguh bertuah baginya. Syah Al-Karmani pun pulang memberitahu anaknya bahawa dia telah bertemu dengan seorang pemuda yang ahli ibadah,zuhud dan lain-lain sifat mulia yang dimilikinya.
Setelah dinikahkan, Syah Al-Karmani menghantar anaknya kerumah suaminya. Ketika memasuki pintu, anaknya Syah al-Karmani ternampak sekeping roti kering didalam rumah. Wajahnya berubah dan hanya berdiri dimuka pintu.
“apakah itu?” Tanya si isteri sambil menunjukkan kearah roti itu.
Si Suami memberitahu, “ Itu adalah roti sisa semalam. Aku memang sengaja meninggalkannya untukku berbuka nanti.”
Anak Syah Al-Karmani terus berpaling dan mahu melangkah pulang kerumah bapanya.
Si Suami segera mengucapkan, “aku memang sudah menjangka bahawa anak seorang Syah mungkin tidak mahu bersuamikan dengan orang seperti diriku yang fakir miskin ini. Dia tidak akan redha dengan kesusahanku.”
Isterinya pantas membalas, “Sebenarnya anak Syah seperti aku ini bukan keluar dari rumah ini disebabkan kesusahan dan kemiskinanmmu.”
“Jadi, mengapakah engkau keluar?” Tanya si suami pantas
“Disebabkan oleh kelemahan dan keyakinanmu. Namun aku tidak menyalahkan dirimu, tetapi yang aku hairankan ialah sikap ayahku,” kata si isteri.
“Apa kata ayahmu mengenai diriku?” Tanya si suami kehairanan.
“Ayahku memberitahu engkau adalah seorang zuhud dan iffah. Bagaimana dia boleh menyifatkan seorang lelaki yang tawakal kepada Allah itu,seorang yang zuhud dan iffah sedangkan dirumahnya masih menyimpan sekeping roti?” Kata si isteri.
“Aku meminta maaf, jika hanya disebabkan sekeping roti itu,” kata si suami.
Maafkan aku, namun aku mahu tinggal didalam rumah yang didalamnya ada makanan. Pilihlah sama ada aku langsung tidak memasuki rumah ataupun engkau keluarkan roti itu,” kata si isteri.
Waktu itu juga si suami membawa keluar roti itu dari rumahlalu diberi kepada seorang miskin. Setelah itu barulah si isteri mahu memasuki rumah yang kosong dari makanan. Mereka menjalani hidup sebagai pasangan bahagia dengan tujuan yang sama.
*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.
0 comments:
Post a Comment