skip to main | skip to sidebar


Friday, July 30, 2010

Permohonan Si Kaya Dan Si Miskin

0 comments

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musaa.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. 

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t.menjadikan aku orang yang kaya."

Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu,"Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.".

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,"Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. 

Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."

Nabi Musa a.s. pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". 

"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. 

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.

*Source 1001 Kisah Teladan 

Wednesday, July 28, 2010

Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut

0 comments

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun. Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaimana.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya.

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t.

Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut".

Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan. Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaimana.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?.

Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.

Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu".

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu"

"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.


Monday, July 26, 2010

Niat Taubat Menukar Arak Menjadi Madu

0 comments

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. 

Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawaitu?" 

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. 

Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:,  

"Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. 

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" 

Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

*Source 1001 Kisah Teladan

Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu

0 comments

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang di alami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" 

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

 Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

 Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. 

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: 

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

*Source 1001 Kisah Teladan 

Nama-Nama Syurga Dan Neraka

0 comments

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi 


Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

*Source 1001 Kisah Teladan 


Amar bin Thabit

0 comments

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w.sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w.

Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab,

"Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian,hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikutdibawanya.

Rasulullah s.a.w.  menyambut kedatangan Amar dengan sangatgembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammads.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai.

Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lamalagi."

Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya."

Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadapAllah s.w.t.."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar binThabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukansyahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.


Sunday, July 25, 2010

Berbagai Nikmat Allah Kepada Kaum Mukminin pada Perang Badar


Peperangan yang disebut Al Qur`an  sebagai hari Furqan ini berlangsung dengan tadbir (pengaturan) dari Allah. Karena kedua pasukan (Pasukan Muslimin dan pasukan musyrikin) bertemu pada waktu yang sama dan di tempat yang sama, yaitu di mata air Badar, tanpa kesepakatan sebelumnya.

Allah berfirman “ Ketika kamu berada di pinggir lembah yang dekat dan mereka berada di pinggir lembah yang jauh sedang kafilah itu berada di bawah kamu. Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran) pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu, akan tetapi (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan” (QS Al Anfal ayat 42)

Kaum muslimin tidak keluar untuk berperang tetapi hanya mencegat kafilah, sedangkan jumlah awak kafilah juga sedikit yang bisa ditumpas dengan mudah. Seandainya mengetahui keberangkatan Quraisy beserta para tokohnya untuk berperang niscaya kaum Muslimin akan memperbanyak personel dan senjata dan tidak cukup dengan jumlah dan perlengkapan seadanya tersebut.

Sementara itu kaum Musyrikin keluar dengan sombong dan pamrih kepada manusia untuk berpesta daging sembelihan,meminum khamar,dan mendengarkan biduanita menyanyikan lagu-lagu hiburan, agar bangsa Arab mengetahui keberangkatan mereka sehingga mereka akan senantiasa takut kepada Quraisy sepanjang zaman. Dengan kata lain, keberangkatan mereka ini merupakan unjuk kekuatan militer untuk kepentingan opini massa dan propaganda.

Singkatnya, kedua kelompok itu keluar bukan untuk berperang. Terjadinya peperangan pada perkembangan berikutnya adalah merupakan hal yang insidentil dan diatur oleh Allah sedemikian rupa. Allah memudahkan semua faktor penyebab dan pendorong terjadinya peperangan yang membuat mereka melakukan hal yang diinginkan oleh Allah.

Allah SWT berfirman “  akan tetapi (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan” (QS Al Anfal ayat 42).

Yakni agar kelompok Mukminin yang berjumlah dan berperalatan sedikit,yang lapar,miskin dan telanjang

(Ketika memandang para sahabatnya, Rasulullah Muhammad SAW berdoa “Ya Allah, sesungguhnya mereka tak berkendaraan maka angkutlah mereka, mereka telanjang maka berilah mereka pakaian, mereka lapar maka kenyangkanlah mereka, dan mereka miskin maka cukupilah mereka dari karuniaMu)

itu mengalahkan kelompok Musyrikin yang berjumlah dan berperalatan banyak, yang hidup bermegah-megahan, yang tenggelam dalam kemaksiatan, kenistaan dan kerusakan.Agar kaum Mukminin meraih kemenangan dan sekaligus mendapatkan rampasan perang dengan merebut kafilah dagang. Masing-masing kaum mukminin telah pulang kembali dari perang Badar dengan membawa seekor atau dua ekor unta untuk tiga atau empat orang.

Orang yang berakal sehat tidak akan meragukan bahwa hal tersebut termasuk nikmat Allah terbesar kepada Kaum Mukminin, bahkan bukan hanya nikmat ini saja yang dikaruniakan Allah kepada Kaum Mukminin tetapi masih banyak lagi nikmat-nikmat Allah yang lain,diantaranya :

1.Rasa kantuk dan Tidur

Allah telah mengaruniakan rasa kantuk kepada pasukan mukminin sebelum pertempuran, sehingga mata mereka tertidur, fisik mereka beristirahat, dan jiwa mereka menjadi tenang. Ketika bangun seolah-olah mereka baru diciptakan dengan kejiwaan yang baru, mantap,tenang dan bersemangat menyala-nyala.

Sedangkan musuh mereka telah menghabiskan waktu mereka sebelum peperangan dengan senantiasa berjaga, letih dan lesu, sehingga mereka menjadi tegang, lemas, labil, loyo fisik dan tidak tenang. Hal ini semua menyebabkan kemampuan berperang mereka menjadi lemah.

Tentang nikmat rasa kantuk ini Allah berfirman mengingatkan karuniaNya kepada kaum mukminin:

“(Ingatlah) ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentraman dariNya” (QS Al Anfal ayat 11)

2. Menurunkan Hujan

Pasukan mukminin tidak memiliki persediaan air padahal mereka sangat memerlukannya untuk berwudhu dan menunaikan shalat yang diwajibkan atas mereka. Kebutuhan mereka terhadap air semakin terasa ketika sebagian mereka bangun dalam keadaan junub dan tidak mendapatkan air untuk bersuci. Kemudian syaitan pun mulai membisikkan kepada sebagian mereka, bagaimana kamu akan shalat dalam keadaan junub tanpa mandi?

Tetapi Allah memuliakan para hambaNya yang beriman dan berjihad, dengan menghapuskan bisikan keraguan dari jiwa mereka lalu Allah menurunkan hujan kepada mereka sehingga mereka bisa wudhu, mandi, minum,dan memenuhi tempat-tempat air mereka.

Allah berfirman mengingatkan kaum mukminin kepada karunia dan nikmat ini:

“Dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu) (QS Al Anfal ayat 11).

Ada manfaat lain yang sangat penting dari penurunan hujan yang berkaitan dengan aspek militer, yaitu membuat gerak langkah pasukan semakin cepat untuk mengambil posisi yang strategis. Allah menurunkan hujan dalam ukuran sedang kepada kaum mukminin lalu membuat tanah semakin rekat dan gerak langkah mereka menjadi lebih mudah dan cepat, sehingga mereka bisa sampai ke Badar mendahului kaum musyrikin lalu memilih posisi yang cocok dan mengatur pertahanan di tempat tersebut.

Sedangkan hujan yang turun pada pihak Musyrikin sangat lebat lalu membuat tanah becek sehingga gerak langkah mereka menjadi lamban dan sulit. Hal ini menimbulkan pengaruh pada jiwa pasukan yang berperang. Karena pada saat ia kesulitn untuk bergerak ketempat yang di inginkan, ia melihat musuhnya bergerak dengan mudah dan cepat lalu memilih posisi yang diinginkannya.


3. Rasulullah SAW bermimpi melihat kaum musyrikin berjumlah sedikit

Allah memperlihatkan kepada Rasulullah dalam mimpinya jumlah personil dan perlengkapan kaum musyrikin menjadi sedikit lalu Rasulullah SAW menyampaikannya kepada para sahabat.Sebagaimana diketahui setiap muslim bahwa mimpi para Nabi adalah benar, maka ketika mendengar informasi tersebut dari mimpi Nabi Muhammad SAW mereka semakin termotivasi dan terdorong untuk memerangi kaum musyrikin.

Seandainya Allah memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW jumlah kaum musyrikin sangat banyak kemudian Nabi Muhammad SAW menyampaikannya kepada para sahabat, niscaya kaum muslimin akan terguncang, akan berselisih pendapat dan takut berperang melawan mereka,lalu timbul perpecahan di kalangan mereka sehingga melemahkan kekuatan mereka dan mengurangi kewibawaan mereka terhadap musuh. Tetapi Allah menyelamatkan mereka dari perpecahan ini dengan memperlihatkan kepada RasulNya jumlah kaum musyrikin nampak sedikit.

Allah berfirman mengingatkan para hambaNya kepada nikmat dan karunia ini:

“Ketika Allah menampakkan mereka kepadamu di dalam mimpimu (berjumlah) sedikit. Dan sekiranya Allah memperlihatkan mereka kepada kamu (berjumlah) banyak tentu saja kamu menjadi gentar dan tentu saja kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu” (QS Al Anfal ayat 43)

4. Kaum Muslimin melihat kaum Musyrikin berjumlah sedikit

Untuk menguatkan mimpi yang telah disampaikan Nabi Muhammad SAW kepada kaum muslimin tersebut diatas, Allah memperlihatkan pula kepada kaum muslimin dalam keadaan terjaga (bukan lewat mimpi) bahwa jumlah kaum musyrikin sedikit, sehingga hal ini semakin menggerakkan dan mendorong mereka untuk memerangi kaum musyrikin.

Dari Abdullah bin Mas`ud r.a, ia berkata “Mereka telah dinampakkan sedikit dalam pandangan mata kami pada perang Badar hingga aku bertanya kepada seseorang yang ada disebelahku, apa kamu lihat mereka berjumlah tujuh puluh ?

Orang itu menjawab,” tidak, tetapi sertus”.

Hingga akhirnya kami berhasil menangkap salah seorang diantara mereka lalu kami menanyakannya. Ia menjawab “Kami berjumlah seribu”

5.Mendorong Kedua belah pihak untuk berperang

Agar Allah melaksanakan urusanNya, agar terjadi peperangan dan berlangsung pertempuran berdarah, maka Allah mendorong masing-masing pihak dengan yang lainnya dengan membuat musuhnya nampak sedikit dalam pandangannya.

Allah berfirman “Dan ketika Allah menampakkan mereka kepada kamu sekalian ketika kamu berjumpa dengan mereka, berjumlah sedikit pada penglihatan matamu dan kamu ditampakkanNya berjumlah sedikit pada penglihatan mata mereka, karena Allah hendak melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan. Dan hanya kepada Allahlah dikembalikan segala urusan. (QS Al Anfal ayat 44)

Ada hikmah lain dari ditampakkannya sedikit jumlah kaum muslimin di mata kaum Musyrikin sebelum pertempuran ini, yaitu bila mereka menganggap sedikit jumlah kaum muslimin pasti mereka akan menganggap enteng dan tidak optimal dalam persiapan dan kehati-hatian, sehingga hal itu menjadi sebab keunggulan dan kemenangan kaum muslimin atas mereka.

6.kaum muslimin masih tetap melihat sedikit jumlah kaum musyrikin

Diantara nikmat Allah kepada kaum Mukminin di Badar pada permulaan peperangan ialah bahwa kaum muslimin masih tetap melihat sedikit jumlah kaum musyrikin, sedangkan Allah telah mengubah kondisi kaum musyrikin dengan menampakkan jumlah kaum muslimin menjadi banyak dalam penglihatan mata mereka hingga dua kali lipat jumlah kaum musyrikin. Sehingga hal ini semakin menggerakkan kaum muslimin untuk memerangi kaum musyrikin, menguatkan jiwa,hati dan maknawiyah mereka. Dan pada saat yang sama membuat kaum musyrikin menjadi gentar,karena merasa tidak ada kemampuan untuk memerangi kaum mukminin yang jumlah personil dan perlengkapan mereka jauh lebih banyak.

Allah berfirman mengingatkan nikmat ini kepada para hambaNya:

“Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan segolongan yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuanNya siapa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati” (QS Ali Imran ayat 13)

7. Menurunkan bala bantuan Malaikat kepada kaum Mukminin

Allah SWT berfirman “(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu”Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut” (QS Al Anfal ayat 9)

Dari sini dapat diambil pelajaran bahwa seorang pemimpin dan para prajuritnya harus memperbanyak doa dalam peperangan dan meminta bantuan kepada Allah. Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah di Badar, diantara doanya ialah “Ya Allah tunaikanlah janjiMu kepadaku. Ya Allah bantuanMu yang telah Engkau janjikan”

Tidak lama kemudian Rasulullah SAW berkata “Bergembiralah wahai Abu Bakar, golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang”.

Kemudian Nabi saw menunjuk beberapa tempat kematian para tokoh Quraisy. Nabi saw tidak menyebutkan tempat kematian seseorang kecuali orang itu mati di tempat yang telah disebutkan

8. Memasukkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang Kafir

Allah swt berfirman “Kelak Aku akan jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir” (QS Al Anfal ayat 12)
 
Allah telah memenuhi hati mereka dengan rasa gentar terhadap kaum mukminin hingga mereka panik dan berpencar ke segala arah, lalu kaum mukminin dengan mudah memenggal kepala mereka dengan arahan langsung dari Allah:

“Maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka.(Ketentuan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya dan barangsiapa menentang Allah dan RasulNya maka sesunggunya Allah amat keras siksaNya” (QS Al Anfal ayat 12-13)

Kepala-kepala yang busuk dan otak-otak yang kosong dari kebaikan, yang merancang berbagai maker jahat untuk melenyapkan kebaikan dengan cara membunuh Rasul pembawa kebaikan, Muhammad saw, mengusir kaum mukminin yang tidak berdosa dan merusak citra mereka dengan membuat berbagai propaganda palsu dan kesesatan yang nyata. Kepala-kepala seperti ini sudah tiba saatnya untuk dipenggal dan dipisahkan dari jasadnya.

Tangan-tangan yang telah piawai menimpakan berbagai siksaan kepada kaum mukminin dan mukminat di Mekkah itu, telah tiba saatnya untuk dipotong menjadi beberapa bagian sesuai dengan penyiksaan yang pernah dilakukannya terhadap kaum mukminin dan mukminat yang tidak bersalah. Memang telah tiba saatnya untuk dipenggal atau dipotong dan pemenggal atau pemotongnya adalah orang yang pernah merasakan bakaran apinya dan pukulan-pukulan penyiksaannya.

Misalnya Bilal bin Rabah r.a yang membunuh Umaiyyah bin Khalaf sedangkan Abdullah bin Mas`ud r.a yang menebas kepala Abu Jahal.

9. Menaburkan Pasir

Allah mewahyukan kepada RasulNya pada awal pertempuran agar mengambil segenggam pasir lalu menaburkannya kearah kaum musyrikin. Kemudian Rasulullah SAW menghadap kearah orang-orang Quraisy dan menaburkannya seraya berkata “Semoga buruklah wajah-wajah mereka”.

Kemudian Allah menyampaikan butir-butir pasir itu ke semua mata pasukan Musyrikin lalu masing-masing mereka sibuk mengurusi matanya dan mengabaikan pertempuran yang tengah mereka hadapi sehingga mereka menjadi makanan empuk bagi pedang-pedang pasukan muslimin yang menebas leher-leher mereka.
Taburan pasir itu memang dilakukan oleh Rasulullah SAW tetapi yang menyampaikannya ke semua mata pasukan musyrikin adalah Allah SWT.

Tentang hal ini Allah SWT berfirman: “Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang Mukmin dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS Al Anfal ayat 17)

Sesungguhnya nikmat-nikmat yang dilimpahkan Allah kepada RasulNya dan para sahabatnya ini merupakan faktor kemenangan kaum muslimin dan kekalahan kaum musyrikin di Badar. Namun hal ini tidak hanya terbatas pada masa Rasulullah SAW  dan bukan merupakan kekhususannya. Dengan demkian maka nikmat-nikmat dan faktor-faktor kemenangan ini bisa saja terjadi pada setiap zaman dan kaum yang telah menolong agama Allah tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa, bahasa atau faktor-faktor kemanusiaan lainnya.

Allah SWT berfirman “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (QS Muhammad ayat 7)

Karena itu kaum muslimin hari ini harus menolong agama Allah pada diri,keluarga,masyarakat dan berbagai muamalat mereka dengan menjalankan syariatNya dan mengumumkan jihad di jalanNya di bawah bendera Laa ilaha Illallah Muhammad Rasulullah.

*Source Kisah Islami

Saturday, July 24, 2010

Tauriyah Dalam Pembicaraan Pernah Dilakukan Rasulullah SAW dan Nabi Ibrahim a.s

0 comments

Diantara hal yang telah ditetapkan di dalam Islam ialah bahwa “perang adalah tipu daya”. Tipu daya di sini maksudnya adalah memperdaya dan mengelabui musuh dalam perang. Tipu daya atau pengelabuan memiliki banyak bentuk, diantaranya ialah tauriyah dalam pembicaraan. Tauriyah berasal dari kata kerja warraa artinya menyembunyikan. Maksudnya pembicara mengucapkan satu perkataan sedangkan yang di maksudkannya adalah salah satu makna yang terkandung di dalam perkataan tersebut tetapi makna ini tidak biasanya difahami secara langsung oleh pendengarnya.

Pernah di awal kisah peperangan Badar Rasulullah Muhammad SAW menjawab pertanyaan orang yang menginformasikan kepadanya tentang perjalanan kaum Quraisy dan kaum muslimin. Saat itu orang tersebut bertanya kepada Nabi SAW “Dari siapa kalian berdua?”

Nabi Muhammad SAW menjawab “Kami dari air”.

Setelah Nabi SAW beranjak pergi orang itu lalu berkata “Tidak ada yang datang dari air. Apakah dari mata air Irak?”

Maksud Nabi Muhammad SAW ialah bahwa Allah menciptakannya dari air sebagaimana disebutkan di dalam firmanNya:

“Dan Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air (QS An Nur ayat 45) dan firmanNya “Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?” (QS Mursalat ayat 20).

Tauriyah (pemakaian bahasa yang mengandung bias bagi pendengarnya) terhadap musuh adalah boleh bahkan dianjurkan atau kadang-kadang menjadi wajib jika bisa menyelamatkan jiwa atau mencegah terjadinya kezaliman terhadap kaum muslimin.

Termasuk tauriyah adalah apa yang diucapkan Nabi Ibrahim a.s ketika ia berjalan bersama kaumnya dan ingin kembali menghancurkan berhala-berhala dengan suatu trik.

Firman Allah di QS Ash Shaffat ayat 88-99 “Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata `Sesungguhnya aku sakit` lalu mereka berpaling darinya dengan membelakang.

Sebenarnya Nabi Ibrahim tidak sakit secara fisik yang menyebabkannya tidak bisa bergerak dan berjalan karena tidak lama kemudian terbukti ia mampu menghancurkan berhala-berhala dengan pukulan-pukulan kuat yang menghancur leburkan berhala-berhala batu yang keras itu, sebagai mana disebutkan dalam firmanNya:

Maka ia membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong” (QS Al Anbiya ayat 58)

Contoh lainnya seperti riwayat yang tercantum dalam Shahih Al Bukhari dari Nabi Muhammad SAW , bahwa pada suatu hari Nabi Ibrahim a.s berjalan bersama Sarah mendatangi salah seorang penguasa tiran. Lalu salah satu pengawal sang tiran berkata “Orang ini datang bersama wanita yang paling cantik”.

Kemudian penguasa itu mengirimkan utusan dan menanyakan “Siapakah wanita ini?”

Nabi Ibrahim a.s menjawab “Saudara perempuanku”.

Kemudian Nabi Ibrahim mendekati Sarah dan berkata “Wahai Sarah, diatas permukaan bumi ini tidak ada orang beriman kecuali aku dan kamu. Penguasa itu bertanya kepadaku lalu aku memberitahukannya bahwa kamu adalah saudara perempuanku maka janganlah kamu mendustakan aku”.

Termasuk bahasa Tauriyah adalah jawaban Abu Bakar Ash Shiddiq r.a kepada salah seorang yang bertanya kepadanya tentang orang yang berkendaraan di depannya ketika berhijrah ke Madinah, yakni Nabi Muhammad SAW.

Kemudian Abu Bakar menjawab “Orang yang menunjuki jalanku”.

Penanya memahami makna yang tidak dimaksudkan oleh Abu Bakar r.a, sedangkan yang dimaksudkan Abu Bakar bahwa Rasulullah SAW adalah orang yang menunjuki jalannya kepada kebaikan dan syurga. Penanya memahami bahwa orang tersebut adalah penunjuk jalan.

Demikianlah tauriyah dalam pembicaraan dengan musuh adalah dibolehkan, bahkan islam lebih jauh membolehkan bagi seorang muslim untuk melakukan tauriyah dalam sumpahnya apabila sumpah itu diminta oleh musuh atau orang zalim sedangkan dia mengkhawatirkan jiwanya atau kebinasaan orang lain dari kalangan kaum muslimin.

Abu Dawud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dengan sanadnya dari Suwaid bin Hanzhalah, ia berkata “Kami keluar hendak bermaksud menemui Rasulullah SAW , kemudian Wa`il bin Hajar salah seorang anggota romongan kami ditangkap musuh sehingga orang-orang merasa berkeberatan untuk bersumpah, tetapi aku bersumpah bahwa dia adalah saudaraku lalu ia pun dibebaskan. Kemudian kami datang kepada Rasulullah SAW lalu memberitahukannya bahwa orang-orang berkeberatan untuk bersumpah tetapi aku bersumpah bahwa dia adalah saudaraku,

kemudian Nabi SAW bersabda “Kamu benar, orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain”.

Setelah menyebutkan hadits ini, Ibnu Qudamah berkata “Tindakan ini dan yang semisalnya adalah wajib karena menyelamatkan orang yang terlindungi adalah wajib”

*Source Kisah Islami



Faksi-faksi Kaum Munafiq pada Zaman Rasulullah SAW

0 comments

Golongan yang terdiri dari orang-orang munafiq pada zaman Rasulullah Muhammad SAW tidak hanya terdiri dari kalangan penduduk Madinah saja, tetapi juga mereka terdiri dari kaum musyrikin Madinah, kaum Yahudi Madinah dan orang-orang Arab di sekitar Madinah. Orang-orang Aran dari penduduk Madinah melakukan nifaq karena dorongan ambisi kepemimpinan dan kehormatan. Mereka tidak mau beriman dan berbuat nifaq karena berharap bisa mencapai apa yang mereka cita-citakan, kemudian mereka menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.

Orang-orang munafiq dari golongan Yahudi mendengki Rasulullah SAW karena telah mendapat risalah dari Allah, sehingga mereka tidak beriman kepadanya dengan sebenarnya tetapi pada saat yang sama mereka tidak mampu melawannya dan menggunakan kekuatan dalam memeranginya. Karena itu mereka memilih cara nifaq dalam peperangan tersebut dengan menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran. Sedangkan faksi ketiga yaitu orang-orang munfiq dari kalangan orang-orang Arab disekitar Madinah.

Mereka melakukan nifaq karena kekasaran tabiat dan watak mereka, kesesatan hati mereka, kekerasan cara hidup mereka, tersebar luasnya pembunuhan dan perampokan di kalangan mereka, ke tidak selarasan mereka dengan undang-undang atau system, dan karena kebiasaan hidup mereka yang semrawut dan tidak mapan, sehingga sebagian mereka menerima Islam dengan terpaksa. Mereka tunduk kepada islam secara lahiriyah tetapi memusuhinya di dalam hati. Bila ada kesempatan mereka mengungkapkan hakikat yang ada didalam jiwa mereka lalu melakukan pembunuhan dan perampokan.

Islam telah memberikan terapi (`ilaj) bagi orang-orang munafiq tersebut dengan cara yang berbeda dari terapi orang-orang kafir. Islam memberikan terapi kepada orang-orang kafir dengan peperangan jika mereka tetap bersikap keras mempertahankan sikap mereka. Sedangkan kepada orang-orang munafiq, Islam memberikan terapi dengan perkataan yang tepat dan sangat menggugah hati. Inilah cara jihad menghadapi orang-orang munafiq sedangkan jihad menghadapi orang-orang kafir adalah dengan perang.

Allah berfirman menjelaskan bentuk jihad melawan orang-orang munafiq “Dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka” (QS An Nisa ayat 63).

Rasulullah Muhammad SAW dalam menghadapi orang-orang munafiq tidak menggunakan langkah kekerasan dan perang, tetapi menghadapi mereka dengan sikap lemah lembut dan bersabar terhadap berbagai tingkah laku pemimpin mereka, yaitu Abdullah bin Ubay bin Salul hingga dia mati. Cara yang ditempuh Nabi Muhammad SAW ini adalah berdasarkan taujih/arahan dari Allah. Dari sini dapat diambil beberapa pelajaran berikut ini :

1. Kesamaan langkah atau cara dalam memberikan terapi berbagai problematika merupakan sarana yang efektif untuk menjaga kesatuan dan persatuan kaum muslimin.

2. Cara ini telah berhasil membungkam mulut musuh-musuh islam jika mereka menuduh islam sebagai pembantai.

3. Memperkecil pendukung mereka dengan bersabar menghadapi mereka dan membongkar hakikat mereka kepada masyarakat melalui interaksi bersama mereka.

Agama Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah kesimpulan ajaran semua Nabi dan Rasul Allah. Sebab itu maka banyak sekali persamaanya dengan ajaran agama Yahudi  dan Kristen. Dengan demikian dapat kita simpulkan dari ayat-ayat Al Quran

*Source Kisah Islami


Wednesday, July 21, 2010

Hijrah Tiga Pendekatan Untuk Berubah

0 comments

Alam semesta mula mengembang sejak langit dan bumi dipisahkan ALLAH s.w.t. (Al-Quran 21:30). Manusia menamakan pemisahan ini dengan The Big Bang Theory.

Kajian saintis baru-baru ini telah mendapati bahawa pengembangan ini bukan sahaja masih terjadi, malah kelajuannya semakin meningkat. Ia menafikan tanggapan awal bahawa kelajuan pengembangan alam semesta ini akan menjadi semakin perlahan. Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam ini, kita juga mengalami pengembangan. Kejadian kita yang lahir sebagai bayi yang kecil dan kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah satu bentuk pengembangan atau tumbesaran.

Pada saat kita duduk diam membaca tulisan ini pun, kita sebenarnya sedang bergerak dan berubah. Sel-sel di dalam tubuh tetap membiak dan berkembang. Jika setitik darah kita diperhati melalui mikroskop, kita akan dapati sel-selnya bersimpang-siur dan berkitar laju. Sebab itulah, jika kita tidak mahu berubah kerana berada di zon selesa, kita sebenarnya telah melanggari tabiat alam yang sentiasa berubah, mengembang dan bergerak.

Rugilah sesiapa yang tidak mahu memperbaiki diri sendiri, sama ada daripada segi mental, fizikal dan spiritual. Berubah daripada yang tidak bagus kepada yang lebih bagus sebenarnya adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan di dalam hidupnya. Kita mahu hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Seandainya kita tidak mahu memperbaiki keadaan diri, kita akan menggelongsor, merudum dan terjelepuk di lopak kehidupan yang sama. Bagaimana pun, berubah itu sendiri perlu caranya. Kalau tidak kena gaya, maka perubahan yang dilakukan itu hanya sementara. Sama seperti resolusi tahun baru yang telah dilupakan belum pun sampai sebulan ia dinawaitukan.

Terdapat tiga pendekatan dalam melakukan perubahan. Perubahan jenis yang pertama adalah berbentuk evolusi dan yang kedua berbentuk reformasi, sementara yang ketiga dalam bentuk revolusi.

Evolusi

Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri.

Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga. Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara. Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.

Reformasi

Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral. Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal. Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam. Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan.

Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak. Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.

Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza. Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!

Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearn and relearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.

Hijrah

Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain.

Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu. Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.

Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu. Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri. Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.



Uthman Affan Menangis Melihat Kubur

0 comments

Dari Uthman Bin Affan r.a, apabila dia berjalan di sebuah kubur, dia akan berhenti dan menangis. Maka orang yang melihatnya pun bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, engkau menyebut syurga dan neraka serta pelbagai penderitaan lagi pada hari kiamat namun engkau tidak menangis.Tetapi engkau berjalan di kubur, engkau akan menangis.Mengapakah begitu? "

Uthman pun menjawab, "Rasullah SAW telah bersabda:
"Kubur itu tempat pertama dari tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat di dunia. Barangsiapa yang selamat dari kubur, maka apa yang ada selepas itu adalah lebih ringan. Dan barangsiapa yang tidak selamat daripadanya, maka apa yang ada sesudahnya akan lebih berat lagi."

Uthman berkata lagi: "Jika aku di neraka, aku akan bersama manusia, jika aku di hari kiamat pun aku akan berada bersama manusia tetapi bila aku berada didalam kubur, maka aku keseorangan dan tidak ada manusia lain bersama ku, Itulah sebab aku menangis..

p/s:- Perbanyakkanlah melakukan amal agar kita dapat di jauhi daripada siksaan



Imam Hanafi Pendebat Ulung Mengalahkan Pendakwah Yahudi

0 comments

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan. "Subhanallah.... Subhanallah .... Walahaulawala quwwata illa billahi a'liyyil a'zim!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan materialis itu.

Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis iru. Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya.

Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu, khinzir tadi mati disitu juga." Hammad termenung seketika.

Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

"Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi adalah saya", jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Imam Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir.

Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah. "Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku. Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah, "sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ) .

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog. Perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-dahriyyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?" Soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud", tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya?" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" Jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa?" Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa.!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu?"

Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "kalau begitu dimanakah lemak itu berada? Di bahagian atasnya kah atau dibawah?"

Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya yang Maha Agung!"

Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. "Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti?"

Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini. "Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu.Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya. Sambil menuding ibu jarinya ke langit, dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,

"Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini?" Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari kelingking kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya."

Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi, kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, diapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu wahai budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok. "Allah itu ada, katamu. Ha, apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"

Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. "Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang!" Katanya.

Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah lalu Abu Hanifah menjawab : "Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini!"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.



Tangisan Isam Bin Yusuf

0 comments

"Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"

Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin."


Bertanya Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?"

Berkata Hatim: "Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :
· Bertaubat.
· Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
· Tidak tergila-gila dengan dunia.
· Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
· Meninggalkan sifat bermegah-megahan.
· Meninggalkan sifat khianat dan menipu.
· Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke Masjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini),


kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. " 



Kisah Nabi Muhammad Dengan Saudara Perempuannya

0 comments

Pada suatu hari, rumah Nabi Muhammad dikunjungi oleh saudara mara perempuannya. Disebabkan Nabi Muhammad sibuk mengajar dan berdakwah, mereka jarang dapat duduk bersama-sama. Mereka mengambil kesempatan ini untuk duduk mengelilingi Nabi Muhammad sambil berbual-bual. Hubungan mereka dengan Nabi Muhammad sangat akrab. Nabi Muhammad melayan mereka seumpama saudara kandung. Perbualan kaum wanita ini disertai dengan gelak ketawa dan suara yang nyaring.

Tiba-tiba seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Umar datang menziarahi Nabi Muhammad.
“Assalamualaikum !” Umar memberi salam sebelum meminta izin untuk masuk ke dalam.

Tatkala kakinya melangkah memasuki rumah, semua saudara perempuan Nabi Muhammad yang berada disitu lari dan menyembunyikan diri. Nabi Muhammad ketawa dan merasa geli hati melihat gelagat saudara perempuannya itu.

“Wahai Nabi, kenapa engkau ketawa?” soal Umar pelik setelah melihat Nabi Muhammad ketawa “Selalunya engkau hanya tersenyum tetapi apakah yang telah membuatkan engkau ketawa?”

Nabi Muhammad menerangkan bahawa beliau merasa geli hati melihat gelagat saudara perempuannya melarikan diri setelah mendengar sapaan Umar. Barulah Umar faham punca sebenar Nabi Muhammad ketawa.

Lalu beliau bertanya kepada kumpulan wanita itu “Kenapa kamu melarikan diri dari aku?”

Wanita-wanita itu hanya tersenyum.

Tambah Umar lagi “Kamu semua berbicara dan gelak ketawa dengan nada yang tinggi. Kemudian kamu lari setelah mendengar suara aku. Apakah kalian lebih takut kepada aku berbanding dengan Nabi Muhammad?”

“Wahai Umar” jawab wanita itu dengan penuh kesopanan “ketahuilah engkau bahawa sesungguhnya kamu itu panas baran. Nabi Muhammad pula adalah seorang yang amat penyabar. Kamu akan cepat berasa marah berbanding Nabi Muhammad. Nabi Muhammad akan menegur kami dengan cara yang paling lembut.”

“Jadi?” tanya Umar.

Tambah wanita itu lagi “Jadi, kami melarikan diri dari kamu kerana kami pasti kau akan memarahi kami.”

kisah Nabi Muhammad S.A.W dan kucing perliharaanya

0 comments

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Tak hanya nabi, istri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Friday, July 16, 2010

Tangisan Nabi Muhammad S.A.W Semalaman

0 comments

Sekali, Nabi Muhammad s.a.w. telah menangissemalam-malaman sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjud nya ayat yang bermaksud: "Jika Engkau siksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu danjika Engkau ampunkan mereka maka sesungguhnya Engkaulah yang maha kuasa dan bijaksana"

Tangisan seperti ini pernah sekali dilakukan oleh IMAM ABU HANIFA (RAHMATULLAHALAIHI) sambil membaca ayat ini yang bermaksud: "Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orangyang berdosa"

Ayat ini membawa makna yang orang-orang yang mendurhakai Allah s.w.t. akan disuruh berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNya dan tidak dibenarkan bergaul dengan para salehin sebagaimana yang diperbuat oleh mereka didunia. Mengenangkan peristiwa yang bakal berlaku ini, maka mereka yang bertakwa sering menangis lantaran takut dimasukkan kedalam golongan yangmengengkari Allah s.w.t. pada hari Perhitungan kelak.

*Source Kisah Para Sahabat

Rasulullah S.A.W Pada Masa Gerhana Matahari

0 comments

Matahari telah gerhana pada suatu hari, Para sahabat telah meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari-lari menuju ke masjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh  Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu   Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku,engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."

Disini terjelaslah yang  Nabi Muhammad s.a.w.. merujukkepada ayat Al-Quran yang bermaksud:


"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau ( Nabi Muhammad s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta keampunan."- (surah AL-ANFAL-33)


Kemudian dia mengucap kepada para jemaah: "Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."

*Source Kisah Para Sahabat


Amal Perbuatan Anas Sewaktu Ribut

0 comments

Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah...

"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullullah s.a.w.?

" Dia menjawab: "Aku berlindung dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."

Abu Dar ada bercerita: "Apabila angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. akan berasa cemas. Baginda s.a.w. akan pergi kemasjid."

Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam sekarang sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan satu sunnah Baginda Rasullullah s.a.w.

*Source Kisah Para Sahabat 
 

Ketakutan Nabi Muhammad S.A.W Sewaktu Berlaku Ribut

0 comments

Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup, wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau kirimkan dengannya."

Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya:"Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?" 

Baginda s.a.w.menjawab "Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka sendiri."

"Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata" Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu minta disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka." 


Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAHAN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w.ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w.dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.

*Source Kisah Para Sahabat


Thursday, July 15, 2010

Perpindahan Ke Habshah Dan Pemulauan Dilembah Ibnu Abi Talib

0 comments

Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum Muslimin semakin bertambah-tambah. Baginda s.a.w akhirnya membenarkan mereka meninggalkan Mekah. Negeri Habshah pada masa itu diperintahkan oleh seorang raja Kristian (kemudiannya telah memeluk Islam) yangmasyhur dengan belas-rahim dan keadilannya.

Dalam bulan Rejab, selepas selepaslima tahun Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan dakwahnya, kumpulan orang-orang pelarian yang pertama telah berlepas ke Habshah.Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang lelaki dan lima orang perempuan. Puak Quraish yang mengejar mereka tiba dipelabuhan selepas kapal mereka bertolak. Setibanya mereka diHabshah , mereka mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa kesemua puak Quraish telah beriman dan menerima ajaran Islam.Kegembiraan mereka bukan kepalang. 

Mereka pun memutuskan hendak kembali ketanahair mereka, tetapi apabila hampir-hampir tiba keMekah mereka dapati yang beritaangin yang mereka dengar semasa diHabshah tidak benar sama sekali. Kempen mengganggu orang-orang Islam tidak sedikit punberkurangan. Oleh hal yang demikian setengah daripada mereka terpaksa belayarkembali keHabshah sedangkan yang lainnya memasuki kota Mekah dengan perlindunganorang-orang yang berpengaruh. 

Peristiwa ini dikenali dengan 'PERPINDAHANKEHABSHAH YANG PERTAMA'
Tidak lama kemudian satu rombongan yang lebih besarterdiri daripada lapan puluh orang lelaki dan lapan belas perempuan telahberlepas keHabshah. 

Pemergian yang kedua ini disebut sebagai 'PERPINDAHAN KEHABSHAH YANG KEDUA'.

Ahli-ahli rombongan yang kedua ini termasuk jugasebilangan kecil para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Pemergian orang-orang Islam ke Habshah menimbulkan kemarahan kafir-kafir Quraish. Suatu rombongan puak Quraish lengkap dengan hadiah-hadiah yang akan diberi kepada Raja Habshah, pembesar-pembesar istananya dan paderi-paderi Kristian telah berlepas kesana. Setelah pembesar-pembesar istana disogok mereka dengan senang masuk keistana penghadapan untuk menemuiRaja. Mereka disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah didepannya. 

Mereka pun berbicara: "Tuanku, sebilangan kecil orang-orang kami telah meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan telah memeluk agama baru yang bertentangan dengan agama kami dengan agama kamu. Mereka telah datang untuk tinggal disini. Pembesar-pembesar Mekah, ibu bapa dan kaum kerabat mereka telahmenghantar kami untuk membawa mereka balik. Kami memohon Tuanku supaya mereka diserahkan kepada kami."

Jawab Raja Habshah:" Kami tidak dapat menyerah orang yang telah diminta perlindungan kami tanpa usul periksa. Biarlah mereka dibawa kehadapan kamisupaya dapat kami mengkaji hujah-hujah mereka. Kalau tuduhan kemurtadan yangtelah kamu melemparkan terdapat mereka itu benar kami akan serahkan mereka kepada kamu." 

Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa orang Islam kebalai penghadapan. Orang-orang Islam itu berasa gelisah kerana tidak tahu apa yang mesti diperbuat tetapi Allah s.w.t. telah memberikan peransang. Sebaik-baik sahaja mereka sampai sampai dihadapan Raja mereka menyampaikan salam kepadanya. Seorang pegawai istana telah membantah mengatakan yang mereka tidak bersujud dihadapan raja. 

Mengikut adat kebiasaan orang-orang Habshi mereka menerangkan:"Nabi kam itelah melarangkan kami supaya bersujud kepada sesiapa melainkan Allah s.w.t."

Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka membentangkan hujah-hujah mereka sebagai mempertahankan diri dari pertuduhan puak Quraish. Jaafar r.a.hu bangun lalu berucap:"Tuanku! Kami ini manusia yang jahil. Kami tidak mengenal Allah s.w.t. dan Pesuruh-pesuruhNya. Kami menyembah batu-batu, memakan bangkai serta mengerjakan segala jenis kejahatan. Kami tidak menunaikan kewajipan kami terhadfap kaum kerabat kami. Yang kuat diantara kamiakan menindas yang lemah. Akhirnya bangunlah seorang Nabi yang membawa pembaharuan didalam penghidupan kami. Keturunan yang mulia,  perangainya yang lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum.

Dia menyeru kami supaya kami menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik. Dia mengajar kami melakukan perbuatan yang Ma'ruf dan meninggalkan yang Mungkar. Dia mengajarkan kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan jiran tetangga. Daripadanya kami belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan berkelakuan baik. Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah. Dia melarang perzinaan, perbuatan-perbuatan lucah, bercakap bohong, memakan harta-harta anak yatim dengan secara haram, mengada-adakan fitnah dan sebagainya. 

Dia mengajar kami Quran dan Kitabullah yang mengkagumkan. Jadi kami percayakan kepadanya, kami mengikuti jejak langkahnya dan menerima ajaran yang dibawanya.Oleh kerana inilah maka kami telah menggangui dan disiksa dengan harapan kami akan kembali kepada keadaan sediakala. Apabila kekejaman orang-orang kami melampui batas-batas perikemanusiaan, kami pun dengan doa restu Nabi kami telah datang kemari untuk berlindungditempat Tuanku."

Kata Raja Habshab: "Perdengarkan sedikit ku Quran yang telah kamu pelajari daripida Nabi kamu."

Jaafar pun membacalah ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'. Ayat-ayat yang dibaca begitu mengharukan hati nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air mata.

"Demi Allah!" kata Raji Habshah." Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang diturunkan kepada Musa merupakan cahaya dari suatu sumber sinaran yang sama."

Menoleh kepada perwakilan puak Quraish, Dia berkata yang dia enggan menyerah kan orang-orang pelarian itu kepada mereka. Sungguhpun orang-orang Quraish telah berasa malu dan hampa namun mereka tidak mahu mengaku kalah. 

Mereka mengadakanmesyuarat dimasa salah seorang daripada mereka telah berkata,: "Aku ada satu rancangan yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan baginda terhadap mereka."

Rancangan ini tidak dipersetujui oleh rombongan-rombongan Quraishyang lain. Mereka berpendapat bahawa jiwa orang-orang Islam akan terancam jika ianya berhasil. Mereka tidak ingin membahayakan orang yang sedarah sedaging dengan mereka. Tetapi orang mencadangkan itu tidak mahu membatalkannya. 

Pada esoknya, dipengaruhi oleh orang lain, perwakilan Quraish telah menghasut Raja Habshah dengan menatakan yang orang perlarian Islam tidak percaya yang Nabi Musa itu anak Allah s.w.t. Sekali lagi orang-orang Islam dibawa menghadap raja. Meraka gementar kerana ketakutan apabila ditanya mengenai pendirian mereka tentang Nabi Musa a.s mereka dengan tegas menjawab: "Kami percaya kepada kata-kata Allah yang telah diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan Pesuruh Allah Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah disampaikanNya kepada Maryam"

Negus (Raja Habshah) berkata: "Demikian juga dakwah Isa mengenai dirinya." 

Paderi-paderi yang mendengar kata-kata Negus bersungut-sunut sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan mereka. Dia mengembalikan hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh perwakilan Quraish. 

Berpaling kepada pelarian-pelarian Islam, dia berkata: "Pergilah hidup dengan aman.Orang-orang yang menganiayai kamu akan menerima hukuman yang berat."

Satu pengistiharan diraja telah dirasmikan mengenai perkara ini. Rombongan Quraish telah balik dengan perasaan sedih dan memalukan. Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan orang-orang Islam telah menyebabkan pihak mushrikin Mekah bertambah berang  Api merahan mereka telah bersemarak lagi apabila Umar telah memeluk agama Islam. Akibat kemarahan yang berleluasa ini, suatu persidangan yang dihadiri oleh pemuka-pemuka puak Quraish telah diadakan.Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak merancang pembunuhan  Baginda s.a.w. Mereka hendak mengatasi masalah Nabi Muhammad s.a.w. dengan sekali gus tetapi pembunuhan ini bukan satu perkara yang senang diselenggarakan.

Banu Hashim, puak Nabi Muhammad s.a.w. sangat banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat pengaruhnya dikalangan bangsa Quraish. Sungguhpun  banyak diantara mereka tidak menganuti agama Islam mereka sudah tentu tak akan berdiam diri kalau salahseorang daripada mereka dibunuh. Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka Quraish telah memutuskan hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Banu Hashim. Mereka telah menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan puak-puak Quraish lainnya tidak akan bergaul dan berjual-beli dengan puak Banu Hashim selagi mereka tidak menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w.untuk dibunuh. 

Dokumen yang ditandatangi oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah.Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula NabiMuhammad s.a.w. dan puak Banu Hashim terkepung didalam satu lembah diluarKota Mekah. Mereka tidak dibenarkan keluar dari lembah itu dan tidak boleh berjual-beli dengan puak-puak Quraish yang lain hatta dengan pedagang-pedagang asing sekalipun. Mereka yang melewati batas 'penjara' mereka ataupun yang cuba membeli barang-barang makanan dipukul dengan sekejam-kejamnya. 

Pemulauan ini sudah tentu mengakubatkan puak Bani Hashimmenghadapi kebuluran. Mujur juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh lelaki puak Quraish yang lain yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Bani Hashim. Penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayangkan. 

Walau bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w dan parasahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan dalam keadaan yang tidak menyenangkan ini sempat juga mereka menyaampaikan ajaran Ilahi kepada manusia yang senasib dengan mereka. Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allahs.w.t. dokumen yang digantung diKaabah telah hancur dimakan olehanai-anai dan pemulauan yang dikenakan keatas Banu Hashim dengan sendirinya terbatal.

Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan parasahabatnya. Kita yang mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut mereka patut bertanya kepada diri kita sendiri menegenai usaha-usaha yang telah kita jalankanuntuk menegakkan Syariat-syariat Islam. Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan dijalan Allah s.w.t.? Kita ingin majukan duniawi dan nikmat hidup ukhrawi tetapi kita lupa yang ini semua tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan dijalan Allah s.w.t.

*Source Kisah Para Sahabat 

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger