skip to main | skip to sidebar


Wednesday, April 28, 2010

Umar al-Khattab menangis kemudian ketawa?


Suatu ketika waktu, Saidina Umar al-Khattab dilihat bersendirian sambil menangis dan kemudian dilihat ketawa.

Orang bertanya: “Kenapa dengan engkau wahai amirul mu’minin?”

Umar Al-Khattab menjawab: “Aku menangis, kerana aku teringat bahawa, ketika di zaman jahiliyyah, aku menanam anak perempuanku hidup-hidup. Yang membuatkan aku hiba, adalah ketika ku letakkan anak perempuanku ke dalam lubang untuk ditanam, dia menyapu janggutku yang terkena debu pasir. Tetapi aku sedikit pun mempunyai perasaan belas kasihan ketika itu, lantas terus menanamnya hidup-hidup hingga habis”

Begitu sekali kekerasan hatinya. Sehingga menutup kewarasan akalnya yang bijaksana, bahawa anak itu satu nikmat yang berharga. "Maka apakah yang membuatkan engkau ketawa pula wahai Umar?

“Aku teringat dahulu, ketika hendak berniaga ke syam, aku akan membawa berhala yang dibuat dari tamar (kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila aku terasa lapar, aku akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Itu membuatkan aku ketawa”

Umar digelar al-farouq kerana beliau dapat membezakan antara yang haq dan yang batil selain pandangannya yang selari dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah taala, terutamanya berkenaan pengharaman arak.

Semasa zaman jahiliahnya, beliau boleh dianggap sebagai "samseng" kota Mekah kerana sikapnya yang bukan sekadar garang, tetapi sangat digeruni teman dan lawannya. Namun setelah memeluk Islam, hatinya dijinakkan oleh Allah taala bersama RasulNya lalu menjadi salah seorang pembela agama Islam.

*Source Persada Ilmu 



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger