Dia adalah ibu Ali bin Abu Talib dan termasuk salah seorangyang meriwayatkan hadis, Dia meriwayatkan 46 hadis dari Nabi s.a.w. Dia seorangwanita yang solehah dan bertakwa, Rasulullah s.a.w sentiasa mengunjunginya dirumahnya, menghormatinya dan memuliakannya.
Tatkala dia meninggal dunia di Madinah, bagindamenyelimutkan bajunya ke jasad Fatimah sehingga hal ini mendorong para sahabatuntuk berkata “Kami tidak pernah melihat engkau berbuat seperti ini.”
Baginda berkata “Dia termasuk wanita yang pertama hijrah.Dia seorang wanita bani Hasyim dan melahirkan seorang keturunan dari baniHasyim.”
Dia masuk Islam dan berbaiat kepada Nabi s.a.w meskipun diamenjadi hamba Abdullah bin Ubay bin Salul dan sebagai tawanannya, seorangpemimpin golongan munafikin. Abdullah bin Ubay bin Salul meletakkan hargatertentu agar memungkinkan baginya untuk tetap memilikinya dengan harapanMuazah boleh mengandung anak daripadanya. Sehingga dia boleh diambil denganwang tebusan.
Masalah Muazah inilah yang dimaksudkan dengan keuntunganduniawi sebagaimana yang tertera didalam firman Allah s.w.t “Kerana kamu hendakmencari keuntungan dunia.” (Surah An-Nur :33)
Namun Muazah tidak mahu kerana dia sudah masuk Islam.Menurut Az—Zuhry, dia seorang wanita muslimahyang terhormat. Maka Allahmenurunkan ayat tentang dirinya “Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamuuntuk melakukan pelacuran.” (Surah An-Nur: 33) Kemudian dia dimerdekakan dansesudah itu menikah dengan Sahl bin Qartah.
*Source Mingguan Perdana.
0 comments:
Post a Comment