Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapisuaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidakmahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kalihendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasamemperolok-olokan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek “Asyik Bismillah, Bismillahsekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepadaAllah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata “Suatu hari nanti akan aku buatkamu kecewa dengan bacaan-bacaan mu itu.”
Untuk membuatkan sesuatu yang memeranjatkan isterinya. Diamemberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata “Simpan duit ini.”
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan ditempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan olehisterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebutdan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggilisterinya dan berkata “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkaudahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ketempat dia menyimpan duit itu dandiikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpanduit itu dia membuka dengan membaca
“Bismillahirrahmanirrahiim”
Ketika itu Allah s.w.t menghantar Malaikat Jibrail a.s untukmengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segalaperbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mengerjakanperintah Allah s.w.t dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendakmemulakan sesuatu kerja.
*Source Mingguan Perdana.
0 comments:
Post a Comment