Diceritakan oleh seorang ahli ibadah. Beliau berkata, 'Aku bermimpi melihat ramai ahli kubur keluar dari kubur mereka dan mengutip sesuatu. Antara mereka, ada seorang ahli kubur yang hanya duduk di atas kuburnya dan tidak mengambil apa-apa.
Aku pun mendekatinya dan bertanya,'Apakah yang mereka ambil itu?'
Dia menjawab, 'Kiriman hadiah daripada kaum muslimin iaitu bacaan Quran ataupun doa.'
Lalu aku bertanya lagi, 'Mengapa kamu tidak ikut sama mengambilnya?'
'Aku sudah cukup,' jawabnya.
Dia berkata, 'Setiap hari, anakku mengirimkan hadiah untukku, Dia menjual kuih di pasar.'
Keesokan paginya, aku pergi ke pasar dan mencari anak ahli kubur yang aku mimpikan malam tadi. Ternyata anaknya seorang pemuda. Aku melihat bibirnya asyik terkumat-kamit.
Aku bertanya kepadanya, 'Mengapa bibirmu asyik bergerak?'
Dia menjawab, 'Aku mengucapkan ayat-ayat Quran dan aku hadiahkannya untuk ayahku yang sudah meninngal dunia.'
Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Apabila seorang manusia meninggal, terputuslah semua amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. Nabi Muhammad SAW menyatakan lagi 'Apa yang membahagiakan orang mati di dalam kubur adalah apabila orang yang dikasihinya datang menziarahinya.
*Source Roslina-Mustamin