skip to main | skip to sidebar


Wednesday, August 10, 2011

Kerana Sedekah Dikasihani Allah s.w.t

 
Ibnul Mubarak pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW sewaktu beliau mengerjakan ibadah haji. Dalam mimpinya, nabi meminta dia mengirim salam kepada seorang Yahudi yang bernama Bahram. Nabi mahu menyampaikan salamnya kepada orang Yahudi itu kerana Allah mewahyukan kepadanya berkenaan Bahram dan Allah mengasihinya.

Ibnul Mubarak bermimpi hal yang sama sebanyak 3 kali. Selesai mengerjakan ibadah haji, Ibnul Mubarak segera mencari Bahram. Apabila dia menemuinya, dia memohon Bahram menceritakan kepadanya kejadian-kejadian penting yang berlaku dalam hidupnya.

Ternyata dia adalah seorang yang suka menolong orang miskin tanpa mengira siapa pun orang itu. Pada suatu hari, seorang wanita datang ke rumahnya dengan niat hendak meminta sedikit makanan. Namun sebaik sahaja dia sampai ke hadapan pintu rumah Bahram, hatinya berkata "Aku ini seorang muslimah, pantang bagiku meminta-minta daripada orang kafir walaupun aku dan anak-anakku kelaparan".

Wanita itu kemudian berulang alik beberapa kali antara rumahnya dan rumah Bahram tetapi tidak jadi
meminta apa-apa daripadanya. Bahram yang melihat wanita itu jadi gelisah. Dia berfikir mungkin wanita
itu ada niat jahat kepada dirinya. Jadi, apabila wanita itu mula beredar dari hadapan rumahnya, Bahram ke rumahnya dan Bahram melihat anak-anak perempuan itu menangis menahan lapar.

Menyaksikan kejadian itu, Bahram segera pulang ke rumahnya dan mengambil makanan. Dia memasukkan banyak makanan ke dalam sebuah guni dan memikul guni itu sendiri ke rumah wanita itu. Selepas Ibnul Mubarak mendengar kisah itu, dia pun menyampaikan salam nabi kepadanya. Bahram merasa begitu gembira. Dia terus sujud dan mengucap dua kalimah syahadah. Lama sekali Bahram sujud hingga Ibnul
Mubarak menggerakkannya. Betapa terkejutnya Ibnul Mubarak mendapati Bahram sudah meninggal dunia. Sejurus itu, dia menguruskan pengebumian Bahram mengikut cara Islam. Beberapa hari kemudian, Ibnul Mubarak bermimpi melihat Bahram disyurga

*Source Roslina-Mustamin



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger