AllahSWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa iblis laknatullahsupaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segalarahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialahuntuk meninggikan darjat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatandan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu punberjumpa iblis dan berkata, "Hai iblis! Bahawa Allah Yang Maha Muliadan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah SAW.Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal olehRasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalauengkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskansegala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yangamat keras"
Demi mendengar sahaja kata malaikat yang dahsyatitu, iblis laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadapRasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelahmatanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawaboleh Rasulullah SAW. Maka iblis laknatullah berkata,"Ya Rasulullah!Mengapa dikau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat muliadi sisi Allah?"
Maka jawab Nabi SAW dengah marah "HaiAduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Janganengkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Adam nabi Allahsehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengansebab hasutan engkau, Ayub nabi Allah engkau tipu dengan asap racunketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,kisah Daud nabi Allah dengan perempuan Urya,
Sulaiman nabi Allahmeninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya danbegitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsaraakibat hasutan engkau. Hai iblis laknatullah! Sebenarnya salam itusangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja akutidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenalbaik-baik engkaulah iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yangmenyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Iblislaknatullah berkata: "Ya Nabi Allah! Janganlah dikau marah. Kerana tuanadalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan aku. Kedatangan akuadalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya aku terhadapumat tuan dari zaman Adam nabi Allah hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah!Setiap apa yang tuan tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengansebenarnya, tiadalah aku berani sembunyikan." Maka iblis laknatullahpun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranyaaku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan akumenjadi abu"
Apabila mendengar sumpah iblis laknatullah itu,Nabi SAW pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangaku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekeliansahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelianumatku.
Rasulullah SAW bertanya: "Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?"
Jawab iblis laknatullah: "Ya Nabi Allah, dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku di muka bumi ini."
MakaRasulullah SAW merenung wajah iblis laknatullah menyebabkan iblislaknatullah menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkanterlalu gerun akan kebesaran Baginda SAW.
Jawab iblis laknatullah:"Ya Nabi Allah, aku mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwanbersekali dengan suara-suara yang tepat. Aku ditegah Tuhan Azza Wajallauntuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian,nescaya terbakarlah aku menjadi abu. Aku bersungguh-sungguh merentapiktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir ialah kerana dikaubersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepadaseluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah jugakesungguhan aku menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Akutarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus danberalih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan mauk keneraka bersama-sama dengan ku serta kekal di dalamnya buatselama-lamanya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?"
Jawab iblis laknatullah:"Ya Nabi Allah, aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan keduapahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hinggamenghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Aku goda segalamanusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan-minum danberbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta-bendanyadaripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan keatas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki danperempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitanyang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalauterdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki danperempuan, maka aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya merekakehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan carapaksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malumereka. Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbukabeberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengkisehingga melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuanberkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipudaya serta mencuri.
Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masingdan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, aku akan halang merekasehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Akujuga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat danmenyukai isteri orang. Maka telah ramai umat dikau telah aku sesatkandengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana akumenyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuhbadannya.
Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasariak dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlakusombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah merekagemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah akumenghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang."
Rasulullah SAW bertanya:"Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatanuntuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepadadirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akanditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawahsekali?"
Rasulullah SAW bertanya:" Hai laknatullah!Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau?Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mataengkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakahyang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang MahaBesar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkanaku melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan juga sedia maklum bahawaaku pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun danbersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telahdinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Akupun mendiami tempat ku dengan beribadat bersama-sama malaikat sertaberkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepada ku sekeliannya mengenaidijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantahkerana tidak suka berkhalifah.
Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikanseorang lelaki dan dititahkan aku dan sekelian malaikat memberikanpenghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan akutelah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla sertadilaknatiNya aku sehingga hari Qiamat. Wajah ku yang selama inibercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji.Aku sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkatoleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakanseorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segalabidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan.Hasad-dengki ku menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untukmengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya memintaAdam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla.
Maka keranaperempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga merekadihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah keduasuami-isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh TuhanAzza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa oranganak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yangbernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun akumasih tidak berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagaitipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hinggalah ke Hari Qiamat.Tetapi dikau telah menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supayamemeluk Islam. Ada pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini,aku bersama-sama bala tentera ku mampu naik ke langit dengan mudahnyamencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadatdan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yangberibadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala.
Apabila aku turunke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesatmelalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitabbidaah dan karut. Tetapi apabila dikau zahir ke alam dunia ini, makaaku tidak dizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagimendapat apa-apa rahsia umat mu.
Ramai malaikat yang menjaga di pintutiap-tiap lapisan langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit,nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala.Telah ramai bala tentera ku daripada golongan jin, iblis dan syaitanterkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu.Aku dan bala tentera ku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutanditambah pula dikau dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebatdi hadapan sekelian raja-raja dan di khalayak ramai."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?"
Jawab iblis laknatullah:"Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad merekakepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hatimereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusahamenarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supayalama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan ku"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Itulah sebesar-besar kesusahan kepada ku. Gementarlah seluruh badan kudan lemahlah tulang sendi ku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhansyaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusianggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalamsolatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkanpekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya.Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supayaia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjelingke kanan dan kiri semasa solat.
(Maka) tidaklah tetap hatinya sertahilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yangbersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang,bunyi-bunyian dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblisduduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupayalama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya seringbekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akanmengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggodaseperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya."
Rasulullah SAW bertanya: "Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah:"Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuhku serta putus-putus segala urat ku, maka larilah aku dari mereka."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah: "Telah binasalah diri ku dan gugurlah tulang ku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah:"Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap kukerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy danKursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagiorang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWTyang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan puladengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannyaselama ia berpuasa.
Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialahsegala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalahburung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yangbernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagiorang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orangyang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab nerakapada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup,segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembutberhembusan ke dalam syurga.
Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa,datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengiralawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segalabala tentera ku iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kakitangannya dengan besi panas - dan dirantainya kami sekeliannya sertadibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula denganbeberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, baharulahaku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat musendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasasebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorangdiri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malamyang lain"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat mu adalah sebesar-besarseteru kepada ku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak adasatu pun tipudaya ku dapat memasuki mereka, kerana dikau pernah berkatasekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamumengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah,sekelian para sahabat mu sangat taat mengerjakan perintah mu lagi setiaserta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat mu kepadasekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis.
Ada pun Sayyidina AbuBakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersama mupun, aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingimu. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliautelah menjadi wazirul a zam dan dikau telah berkata bahawa kiranyaditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi duniaini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliautelah menjadi bapa mertua mu dengan mengahwinkan puterinya SayyidatinaAishah yang sangat hafiz hadis-hadis mu.
Ada pun sahabat mu, SayyidinaUmar Al-Khattab, aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliausangat tegas dalam menjalankan hukum syariat mu. Jika aku terpandangwajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi ku kerana tersangattakut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau ba pernahbersabda, jikalaulah ada lagi nabi selepas aku, nescaya Umar bolehmenggantikannya kerana harapan besar dikau ke atasnya. Beliau jugamampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran UmarAl-Faruk .
Ada pun sahabat mu, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebihlagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membacaAl-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orangyang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu mu sebanyak2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para malaikat denganpenuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telahberkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim padakitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapatpahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman.
Ada pun sahabatmu, Sayyidina Ali bin Abi Talib, aku sangat takut kepadanya keranakehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medanpeperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan danjin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji matamereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan sertabeliau adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam sertaenggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliaudigelar Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Dikau pernahbersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahanpula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri akukepadanya."
Rasulullah SAW bertanya: "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?"
Jawab iblis laknatullah:"Adalah umat mu ada tiga golongan:
(1) Seperti air hujan turun darilangit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya danpertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepadamanusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segalategahanNya dan kata (malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita duniadan pelita akhirat
(2) Umat mu itu seperti tanah iaitu orang (yang)sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramalsoleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan,dan
(3) Umat mu itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamakdengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka(dengan) sukacitalah aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk kedalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka.Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaja)sesuka hati ku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak sukamenuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidakmengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin(yang) hendak beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaanterlebih dahulu,
maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untukmendapatkan kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidakmahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainyadan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumikerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalankebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, merekasentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kayaasyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam danbenci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan hartamereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepadaperempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian."
Rasulullah SAW bertanya: "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang-orang yang meringankan syariat mu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam."
Rasulullah SAW bertanya: "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji."
Rasulullah SAW bertanya: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?"
Jawab iblis laknatullah:"Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidakmembaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan,nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari."
(Inilahdoanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uudzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlahkaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan danapabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hatiGhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii danapabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbiiminnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi) Maka jika dibacakandoa-doa tersebut, larilah aku daripadanya
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika diamembaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaaminassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah akudaripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulahyang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak(hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat sertamalas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaianibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidakmembaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, akulah yang terlebih dahulumakan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapimereka tidak kenyang."
Rasulullah SAW bertanya: "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?"
Jawab iblis laknatullah:"Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepadaAllah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya sertaapabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlahkemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaatsebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telahbertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aqwaa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnakaghaafirudzzanbil aziim"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut ataumenggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggalmengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga,(menjadi) tempat ku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yangtidak mencukurnya atau mencabutnya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?"
Jawab iblis laknatullah:"Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, makadia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnyasehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktuzohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadimalas mengerjakan solat."
(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikansedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat,memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT"
(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikansalam (Assalaamualaikum warohmatull hiwabaa rakaatuh) dan dijawab olehsaudaranya, maka terasa seperti pecah dada ku, maka aku pun meratapkerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atauganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telahnyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku dudukpada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya(perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati sertaapabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya(perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yangmembangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya(perempuan), aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran sertaaku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atausalah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiadamemelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabilatidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dansebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu,kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungkan hati mereka supayabertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembahberhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah akupesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yangmenunjukkan betapa nipisnya iman mereka."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?"
Jawab iblis laknatullah: "Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ."
Rasulullah SAW bertanya:"Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajatdengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedangtidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin)dalam keadaan lalai"
Jawab iblis laknatullah: "Adapunorang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untukaku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tiduritu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkansolatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnyalalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?"
Jawab iblis laknatullah:"Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suarabunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memujiTuhan, bernasyid serta berselawat di atas nabi"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?"
Jawab iblis laknatullah:"Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haramkerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyaktidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh sertamemenuhi perutnya dengan kenyang sekali"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untukhamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lainpadahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWTserta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalamneraka yang paling bawah bersama-sama dengan ku."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukumIslam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkandirinya serta perempuan yang menjual maruahnya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Telah subur dan bertunaslah hasutan ku dan pekerjaan ku."
(SabdaRasullullah SAW - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di ataskematian seorang ulama, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribuulama dan seribu syuhada, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akandatang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yangmembenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenisbala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama danseumpamanya)
(1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki),
(2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atauraja yang zalim, dan
(3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada duniadengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindungdengan nama Allah SWT )"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya ku telah mereka leraikan"
(Makasabda Rasulullah SAW yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka diaakan mendapat 5 perkara
(1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran(kemiskinan),
(2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT.,
(3)Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) padasebelah kanan (pihak yang selamat),
(4) Melalui titian (SiraatalMustaqiim) di atas neraka sepantas kilat,
(5) Dimasukkannya Allah SWTke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. SabdaRasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baikdaripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaahitu mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak(anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Mereka telah membelah muka ku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba."
(Makasabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa berselawat ke atasku,maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dandia adalah sebahagian daripada isi syurga"
Rasulullah SAW bertanya:"Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakahkeadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: "Haisekelian malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Akuampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan." Makaapabila telah selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka FirmanAllah SWT: "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing,sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yangkemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!".
Jawab iblis laknatullah:"Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat HariRaya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjeritsehingga datang sekelian bala tentera ku dan (mereka) bertanya hai rajakami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langitatau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barangdi langit dan di bumi. Maka aku menjawab hai bala tenteraku! Apa yangmenyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuniumat Muhammad pada Hari Raya ini.
Wahai sekelian bala tenteraku!Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umatMuhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuhRahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segalakesalahan mereka?
Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itusupaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan kemari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu denganmengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itudan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawakesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tenteraiblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad"
Rasulullah SAW bertanya: "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Telah bersusah payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tibamereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, makalemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai,celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku punberpaling (dan) pergi"
(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltumin amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahuwalam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii,wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainniiastaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa dataniialaihitsawwaab )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah:"Ya Nabi Allah! Putuslah harapan ku, kerana barangsiapa membaca doaawal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakarbuku kesalahan hambaNya dan dituliskan kebajikan di dalam (bukukebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini."
(Doa AwalTahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, asaluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haadzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribuniiilaika yaa Kariim )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"
Jawab iblis laknatullah:"Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuatdosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan(menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis)maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba, mereka mengucapkankalimah-kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalahaku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembarasambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblissyaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan,kerana para malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka ."
Rasulullah SAW bertanya:"Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku,kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagimenyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripadagelap gelita kepada terang benderang?!"
Maka iblis punmengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: "Yaa Rabbi! Demikemuliaan Engkau, sentiasalah aku akan berusaha denganbersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepadaberbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, akujadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapatmencelah di dalamnya."
(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :"Haimala'un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersediauntuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampunkepadaKu"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab iblis laknatullah:"Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macamhal sekelian hamba Allah SWT iaitu
(1) Mereka itu mengaku kasihkanTuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat,
(2) Merekaitu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutan ku."
(Maka)Datanglah Firman Allah SWT: "Hai mala un! Demi Kemuliaan danKebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan :
(1)Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiatmereka kerana tipudayamu, dan
(2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikankifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu"
Makaiblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihiTuhan Ghafuurur Rahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha MengasihanihambaNya dengan limpah rahmatNya.
Setelah selesai bagindaRasulullah SAW berdialog dengan iblis laknatullah, maka baginda SAW punmenghalau iblis laknatullah dengan sabdanya : "Wahai laknatullah!Nyahlah engkau dari hadapanku ini" Maka iblis laknatullah pun keluardengan perasaan yang amat dukacita.
Maka hairanlah para sahabatRA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblislaknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.
Sabda NabiSAW: "Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis laknatullahtelah membuat kesalahan atas beberapa sebab:
(1) ia engkar danmembantah perintah Tuhan,
(2) ia takbur dan besar diri
(3) ia berhasaddengki dengan nabi Adam AS
(4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia)(dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkankepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukanpembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah AdamAS"
Nabi SAW berkata lagi: "Bahawa pada suatu hari, iblismengadap Musa bin Imran AS dan berkata : Yaa Nabi Allah! Apabila tuanhamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendakbertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimanya?"
Makasukacitalah nabi Musa AS mendengarkan iblis laknatullah yang hendakbertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis laknatullah.Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWTmemohon petunjuk.
Maka datanglah firman Allah SWT: "Wahai Musa,kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis)bersujud pada kubur nabi Adam".
Maka nabi Musa AS pun menyampaikanfirman Allah SWT kepada iblis laknatullah.
Iblis laknatullah mengeluhdan berkata: "Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudibersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati." Maka iblislaknatullah pun beredar.
Sabda Nabi SAW: Bermula (tegaknya)tiang dunia ini dengan 4 perkara:
(1) Dengan ilmu para ulama,
(2)Dengan adilnya sekelian raja-raja,
(3) Dengan kemurahan (hati)orang-orang kaya,
(4) Dengan doa sekelian fakir miskin.
Makasekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia(ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimaumenghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan(hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dansekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment