skip to main | skip to sidebar


Monday, May 10, 2010

Biawak Yang Beriman



Diriwayatkan dari Umar r.a: Rasululah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasululah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan. Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi.

Apabila di beritahu bahawa mereka sedang mengiringi nabi, maka dia terus mendekati nabi lantas berkata: "Tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu.

Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata: "Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!"

Nabi s.a.w tenang menjawab permintaan Umar. "Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang
lemah lembut itu hampir menjadi nabi? Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi. Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!

Arab Badwi itu tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata "Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu," katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan nabi.

Nabi Muhammad s.a.w memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan di fahami oleh semua yang hadir. "Ya wahai Nabi s.a.w!"

Nabi bertanya: "Kepada siapakah engkau beriman?"

Jawab biawak itu: "Saya beriman kepada Tuhan yang di laut itu arasyNYA, dibumi itu kekuasaanNYA, dilautan itu jalanNYA, disyurga itu rahmatNYA dan di dalam neraka itu azabNYA."

Tanya nabi lagi: "Aku ini siapa wahai biawak?"

Jawab si biawak, "Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan Tuan dan binasalah orang yang mendustakan Tuan!"

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata: "Wahai  Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku dan diriku sendiri." Kemudian beliau mengucap kalimah syahadah.

*Source Roslina-Mustamin


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger