skip to main | skip to sidebar


Wednesday, April 28, 2010

Iblis Merayu Manusia Menggunakan Wang


Kadang-kadangsyaitan dapat mempengaruhi dan mengalahkan orang mukmin disebabkan oleh Al-Hakim dan al-Baihaqi disebutkan yang ertinya: “Sesungguhnya Allah itu bersama qadi, sebelum ia menjatuhkan hukuman (tidak menyeleweng). Maka apabila ia menyeleweng, Allah membebaskan diri daripadanya, dan syaitan menguasainya.”

Abdul FarrajIbnu Al-Jauzi rahimahullah anh menceritakan dari Hassan Basri rahimullah anh sebuah kisah yang menarik. Tetapi kesahihannya tidak dapat di  pertanggungjawabkan, melainkan sekadar untuk menggambarkan kekuatan manusia dalam melawan syaitanapabila keikhlasannya kepada Allah telah luntur.

Kisah ini menceritakan bagaimana syaitan mengalahkan manusia apabila manusia sesat dan terpesong.  Disebuah tempat ada sebatang pokok yang disembah oleh manusia yang menyenkutukan Allah. Datanglah seorang lelaki alim pada pokok itu. 

Dia berkata: “Sungguh akan ku tebang pokok ini.”

Dia akan menebang pokok itu  dengan marah semata-mata kerana Allah. Iblis tidak diam diri. Ia datang menjumpai lelaki itu dengan rupa manusia. Maka terjadilah perbualan antara kedua-duannya.

“Tuan hendak kemana?” Tanya Iblis.

“Aku akan menebang pokok yang disembah selain Allah itu.” Jawab lelaki itu.

“Jika tuan sendiri tidak menyembahnnya, apakah orang yang menyembah pokok itu mengganggu tuan?”

“Aku tetapakan menebangnya.”Kata si lelaki berkeras. 

Iblis mulai  merayu lelaki itu: “Adakah sesuatu yang lebih baik bagimu? Sila jangan tuan tebang pokok itu. Dan tuan akan memperolehi dua dinar setiap hari. Wang itu  akan tuan dapati selepas tuan bangun tidur dibawah bantal tuan setiap pagi.”

“Dari mana aku akan mendapatkan wang itu?” Tanya si lelaki.

“Aku akan memberinya.” Jawab syaitan.

Rupanya lelaki itu dapat diperdaya oleh syaitan yang menawarkan ganjaran kepadanya. Ia sangat tertarik kepada wang. Maka iapun berbaliklah ke rumahnya. Pagi-pagi apabila dia bangun dari tidur, diangkatnya bantalnya ternyata ada wang dua dinar. Pagi esoknya, ia angkat lagi bantalnya dan didapatinya dua dinar lagi.Bagitulah seterusnya hingga beberapa hari.

Pada suatu pagi ternyata ia tidak mendapatkan apa-apa lagi di bawah bantalnya. Ia merasa telah ditipu. Maka ia pun marah dan pergi untuk menebang pokok yang menjadi sembahan. Syaitan yang dahulu datang lagi merubah rupanya, dan menghalang si lelaki.

“Hendak kemana engkau?” Tanya syaitan.

“Aku akan menebang pokok yang dijadikan sembahan selain Allah itu.” Jawab lelaki itu.

“Engkau bohong.” Kata syaitan.

“Kali ini tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.

Si lelaki tidak peduli. Ia tetap berkeras ingin melaksanakan hajatnya, namun dihalang oleh syaitan. Maka terjadilah pergaduhan antara kedua-duanya. Syaitan dapat menjatuhkan si lelaki itu ke tanah dan mencekik nya sehingga hampir mati, namun dilepaskan oleh syaitan setelah ia tidak berdaya lagi.

Setelah merasa menang, syaitan bertanya: “Tahukah engkau siapa saya? Saya adalah syaitan.”

Lalu syaitan menerangkan pula: “Pertama kali engkau datang untuk menebang pokok itu dengan marah semata-mata kerana Allah. Maka ketika itu aku tidak ada kekuatan  untuk mengalahkan engkau. Lalu aku merasuah engkau dengan wang dinar. Lalu engkau tinggalkan pokok itu. Tetapi kini engkau datang dengan marah kerana wang dinar, maka aku pun  dapat mengalahkan engkau.”

*Source Buku 2002 Misteri Himpunan Kisah-Kisah Jin, Iblis Dan Syaitan.  

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger