skip to main | skip to sidebar


Wednesday, October 12, 2011

Keajaiban Kalimah Allah

2 comments
Fokus pada titik Hitam di tengah² tu selama 10 saat dan lepas tu tengok ke dinding dan kelipkan mata beberapa kali.. Anda pasti akan kagum sebentar. Subhanallah!!
Sila komen dibawah apa yang anda nampak? 
 

Saturday, October 1, 2011

Kisah Si Pemalas Dengan Imam Abu Hanifah

0 comments

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja diasampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam padaitu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya.

Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."

Mendengarkeluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, didalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha.

Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah? carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedarakan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.


Anjing Musafir

0 comments

Diceritakan bahawa pada suatu hari Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut.

Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnyapun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang. Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.

Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini? Tanya Abdullah bin Jaafar.

Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi. Jawab si hamba.

Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa? Tanya Abdullah.

Wahaituan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok. Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.


Siapa Imam Mahdi?

0 comments

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh,bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabilakezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya sepertinamaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah).Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimanaia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dankesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pundari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun daritanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun,atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk.

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

Ciri-Ciri Imam Mahdi

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang ImamMahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullahdibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempatuntuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullahkatakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku,berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumiini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelumitu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umurkekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, iatersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah danRasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satumacam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Iniadalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taatkepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yangmendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan merekamenyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendakayat-ayat dari Al-quran.

Mereka juga mengajak dan memimpin manusia kearah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan olehRasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamusupaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terangbenderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang MahaPerkasa lagi Maha Terpuji.

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullahdan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masaakan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yangpernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yangakhirnya mereka berjaya memecah belahkan umat Islam semula dan kembalikepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadiRasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangatbangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatuuntuk menyelesaikan apa jua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusiadipuak-puakkan (berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan merekasangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) merekasendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amatmudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran.Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah iniberusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayatdalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu merekaperlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalahseperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayahRasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akantegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapasebenarnya Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendirimelainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdisendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkansetelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yangdikatakan dalam sebuah hadis berikut :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuhRasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapaengkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahaiRasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan,iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menujubaitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebuttelah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kamibertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macamorang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumitersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yangdipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalamsuatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempatyang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda.Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit,menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi)dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orangyang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satukitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka jugamengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut merekamelaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran. 

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingandiri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakanyang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri.Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia sepertimana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belas agama mereka dan merekamenjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apayang ada pada gologan mereka.

Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di mukabumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadiberbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjayadipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalamsesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaanbegini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaankepentingan di dalam kelompok masing-masing.


Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datangke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa)untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir,maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi)sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi merekajuga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusiauntuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu kaum yang mempunyaijumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Laludiutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka,sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, makamereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri.Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dantidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenarkitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.



Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akandiserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telahsampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelanbumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagianbelakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidakada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkantentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam)akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelasmenerangkan peristiwa yang akan berlaku.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akandatang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejarseorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

Kepimpinan Imam Mahdi

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawakaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satukezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdirAllah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yangbertugas membunuh Dajal.
Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.




Bebas Dari Kurungan Penjara

0 comments

Ata' Al-Sulaimiy termasuk lelaki soleh yang makbul doanya. Dia suka memberi pertolongan kepada mereka yang hidup susah. Antaranya bentuk pertolongannya ialah doanya yang sering makbul. Pernah suatu ketika, seorang lelaki soleh telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak pemerintah. Penahannya bukanlah disebabkan jenayah atau pelanggaran hukum islam, tetapi difitnah.

Lelaki tersebut berusaha untuk melepaskan diri kerana dia tidak bersalah. Perkara tersebut telah diketahui oleh sahabat Ata'Al'Sulamiy yang bernama Salih Al-Muriy. Kemudian Salih Al-Muriy pun pergi melihatnya di penjara. Sampai di penjara, lelaki itu meminta Salih agar menceritakan nasibnya kepada Ata'Al-Sulamiy. Salih Al-Muriy merasa kasihan tehadap lelaki itu, lalu kembali menemui Ata'Al-Sulaimiy.

"Wahai Abu Muhammad, apakah engkau mahu kebebasan?" tanya Ata'Al-Sulaimiy.

"Sudah tentu saya mahukan kebebasan," jawab Ata' Al-Sulamiy.

"Ada seorang lelaki sedang memerlukan doamu agar dapat lepas dari penjara," Kata Salih.

mendengar kisah tersebut, Ata' Al-Sulaimiy merasa sangat sedih dan menangis. Kemudian dia mengangkat  tangannya kelangit seraya berdoa: "Tuhanku, Sesungguhnya Engkau telah mengetahui apa hajat kamisekarang ini sebelum kami pohonkan kepada-Mu. Oleh itu tunaikanlah hajat kami ini ya Allah."

Tidak berapa lama kemudian, lelaki yang tidak bersalah itu telah dikeluarkan dari kurungan penjara.

*Source Buku kisah orang-orang yang dimakbulkan doanya.


Solat Fardhu

0 comments


Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali,malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a.daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.


Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.(Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur. (Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

1.Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik


Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang. Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

2.Orang itu menjadi kafir. 


Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi. Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak binRahawaih.

3.Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh


 sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat. Ini pulaadalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat. Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar. Wallahu a’lam.

"Solatlah anda sebelum anda disolatkan"


Nasihat Anak Kecil Kepada Orang Tua

0 comments


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk.

Apabila orang tua itu melihat si anak kecil menangis, maka diapun bertanya: "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi "Yaa ayyuhal ladziina aananuu quuanfusakum" yang bermaksud  "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu". saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka."

Orang tua itu berkata: "Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka."

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidak kah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini dahulu akan dibakar sebelum dibakar orang dewasa."

Orang tua itu berkata sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kamu nanti."

Diriwayatkan orang tua tersebut adalah Hassan AlBasri.


Lidah Dan Hati

0 comments

Pada suatu hari, Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya

Pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya.

Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman itu, lalu dia memanggil danbertanya kepada Luqman: "Wahai Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan2 keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hati nya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu??"

Luqman al-Hakimmenjawab: "Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai memelihara dan mengawalnya, maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya.

Hati dapat menimbukan niat yang ikhlas dan baik, ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang dan dengki.

Lidah pula boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh memberi pengajaran kepada manusia. Sebaliknya ia juga boleh mengeluarkan kata-kata yang kotor dan keji. Ia juga bolehmenyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh-membunuh.

(dipetik dari Wasiat Luqman al-Hakim oleh ustaz ahmad hasan)


Kisah Mengenai Selindang Saidina Umar r.a‏

0 comments

Kain selendang Umar memadam Kebakaran Dengan Izin Allah

Orang-orangyang dikasihinya Allah (wali Allah) dalam tingkatan yang sebenar ramai yang diberi kekeramatan oleh Allah, mereka dapat menggunakan pada waktu-waktu tersepit dan dalam keadaan memaksa serta bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Para sahabat Rasulullah S.A.W. yang mendapat bimbingan terus dari baginda, ramai yang mempunyai kekeramatan.

Padazaman Khalifah Umar Al-Khattab sering terjadi kebakaran yang memusnahkan banyak harta benda. Umat Islam membuat aduan kepada Khalifah mengenai kebakaran itu. Apa yang dibuat oleh Khalifah untuk mengatasi kebakaran itu?

Sedangkan kerajaan Islam ketika itu tidak memiliki sebarang pasukan bomba. Kerana aduan itu serius, Khalifahtidak mahu mengecewakan pada orang yang mengadu. Khalifah membuka serban yang dililitkan di bahunya dan diberikan kepada pembantunya.

Khalifah berkata: "Sila ambil selendang ini. Apabila ada kebakaran, maka letakkan selendang ini di mukamu dan katakan "Wahaiapi, ini selendang Umar bin Al-Khattab, semoga api itu akan padam ketika itu juga."

Pembantu Umar itu pun menerima selendang itu dengan yakin dan tidak bertanya apa-apa lagi kepada Khalifah. Tidak berapa lama kemudian, terjadilah kebakaran besar yang menggongcangkan umat Islam.

Pembantu Umar yang telah diberi amanah itu berlari ketempat kebakaran pembantu itu meletakkan selendang Umar di matanya dan berkata: "Wahai api, ini selendang Umar bin Al-Khattab."

Ketika itu juga api padam dengan serta merta. Terhindarlah umat Islam dari kerugian yang besar.


Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi‏

0 comments

Seluruh duniakenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salibkristian.

Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan.

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer.

Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempatpemeliharaan orang-orang miskin.D emikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah.Pada waktu kewafatan pahlawan danpemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali.

Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata.Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat. Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima pun tidak ada langsung.

Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya Amin...

A Story of a Pencil and Eraser

0 comments

Pencil: I'm sorry

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. 

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). 

Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

"All my life, I've been the pencil.. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. 

For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have..."

This is to all the parents out there...


Imam Ibnul Jauzi R.A : Ketika saya masih kecil, saya terbiasa memunguti sisa-sisa roti kering

0 comments

Dia adalah Jamalludin Abdul-Faraj Abdurrahman bin Ali Bin Muhammad bin Ali bin’Ubaidillah bin Abdullah bin Hammadi bin Ahmad bin Muhammad bin Ja’far bin Abdullah bin al-Qasim bin an-Nadr bin al- Qasim bin Muhammad bin Abdullah al Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar ash-Shaddi Al-Quraysi at -  Taimi al- Bakri al- Baghdadi al-Hambali al- Faqih al- Hafizh al- mufassir al-waizh al-mu’arrikh al-adib, yang terkenal dengan nama Ibnul Jauzi.

Beliau lahir di Darbu Habib yang terletak di Baghdad, ada yang mengatakan bahwa beliau lahir pada tahun 507 H. ada pula yang mengatakan pada tahun 509 H atau tahun 510 H. Pendapat yang mungkin paling tepat adalah dia di lahirkan sesudah tahun 510 H.

Dalam bukunya Shaidul Khathir beliau menuturkan kisah perjalanannya yang penuh penderitaan dan kesulitan dalam mencari ilmu dan bagaimana beliau menghadapi semua itu dengan penuh kesabaran. Ia berkata, “Sungguh, dalam perjalanan mencari ilmu banyak sekali kesulitan yang saya hadapi. Semua itu saya rasakan lebih manis daripada madu.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah syair: “Barangsiapa yang cita-cita tingginya mengalahkan nafsunya, maka apapun yang menimpanya semua tetap ia cintai“.

Ketika saya masih kecil, saya terbiasa memunguti sisa-sisa roti kering, kemudian saya keluar untuk mencari hadis. Saya biasanya duduk di pinggir sungai Isa di Baghdad, karena saya tidak bisa memakan langsung roti itu kecuali dengan air. Tentunya karena kerasnya. Setiap kali satu suapan pasti saya ikuti dengan minum air.

Dan naluri saya tidak bisa menyembunyikan kegembiraan dalam menuntut ilmu itu, meskipun secara lahir orang melihatnya cukup menderita. Saya sudah cukup bersyukur dengan keadaanku. Dan benar, akhirnya jerih payah ini membuahkan pengetahuan luas. Saya dikenal sebagai orang yang banyak menghafal hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, riwayat keadaan beliau, para shahabat dan tabi’in.


Imam Ahmad Berangkat Menuntut Ilmu Sebelum Subuh

0 comments

Biasanya saat ini bila ada orang yang bangun pagi-pagi keluar rumah maka akan pergi ke pasar atau berangkat kerja. Tapi tidak seperti itu dengan Imam Ahmad. Beliau seorang ulama ahli hadits terkemuka di zamannya, ternyata mempunyai kebiasaan yang barangkali jarang dilakukan oleh manusia pada umumnya, apalagi pelajar pada zaman sekarang.

Diceritakan, bahwa beliau sangat antusias untuk mendatangi majlis hadist, bahkan sudah mempersiapkan diri untuk berangkat sebelum subuh. Namun ibunya sering mengingatkannya, “Tunggu dulu nak, sampai terdengar adzan subuh”.

Subhanallah…, sebuah semangat yang sangat jarang kita temukan pada masyarakat zaman sekarang dimana prioritas mereka adalah keuntungan ekonomis. Mereka lebih mementingkan keuntungan ekonomis lebih dahulu daripada keuntungan ilmu yang pada hakikatnya akan mendatangkan keberkahan dalam kehidupan ini.
Diceritakan oleh Shalih bin Ahmad bin Hambal, bahwa ayahnya suatu saat bersama dengan tukang tinta atau juru tulis (mahbarah),

kemudian Mahbarah tersebut berkata kepada Ahmad bin Hambal, “wahai sang Imam, engkau adalah imam besar umat Islam, mengapa engkau tidak memakai kami (Mahbarah) ?”.

Lalu beliau menjawab, “Kalau saya bersama Mahbarah, maka akan membawa saya ke Maqbarah (kuburan)”.

Bahkan beliau mempunyai prinsip hidup, bahwa beliau tidak akan berhenti dalam menunut ilmu hingga ada yang menghantarkannya ke maqbarah.

Sumber : Kitab Shafahat min Shabril ‘Ulama ‘ala Syadaidil ‘Ilmu wat Tahshil


Nabi Muhammad S.A.W Dengan Pengemis Yahudi Buta

0 comments

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha.

Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a.

Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya,

si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?".

Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa".

"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya...

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger