Apabila Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah s.w.t di Bukit Tursina, seluruh gunung-ganang disitu bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur hingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah s.w.t akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-Nya. Nabi Musa a.s sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan kuat dan akhirnya pengsan juga.
“Samalah juga sepatutnya apabila bertemu dengan Nabi Isa a.s yang dikatakan anak tuhan, pasti manusia akan jatuh pengsan juga” Begitulah yang difikirkan secara logic akal oleh Jerry DuaneGray, 50, mengenai soal ketuhanan pada zaman remajanya dahulu.
“Tetapi saya percaya tuhan itu wujud dan saya ingin sekali masuk ke syurga untuk bertemu dengan-Nya tetapi bagaimana? Lalu ketika itu, saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar mengeni tuhan, siapakah tuhan yang sebenarnya dan bagaimana saya dapat menjadi hamba-Nya yang baik” Kata Gray.
Dilahirkan di Wiesbaden Jerman namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun. Pada zaman muda, Gray mengikuti pengajian kejuruteraan penerbangan di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat. Sebaik menamatkan pengajian , Gray terus mendapat tawaran perkerjaan yang sangat lumayan iaitu menjadi sebahagian pasukan penyelenggaraan pesawat peribadi dimilik Raja Fadh yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.
Namun tahukah anda. Gray menolak tawaran itu mentah-mentah. “Saya tolak tawaran itu kerana saya bimbang akn dibunuh oleh orang Islam. Malah saya sanggup menggangur daripada menerima tawaran tersebut,” Katanya. Gray benar-benar memilih untuk hidup sebagai penggangur. Sama ada “Terhormat” mahupun tidak, dia hanya tinggal dalamsebuah kereta dihujung sebuah dermaga ditepi laut di Hawaii.
Untuk memenuhi tuntutan perut yang lapar, Gray hanya memancing ikan. Jika beroleh ikan, maka dapatlah di megisi perut. Jika tidak,beliau sanggup kelaparan dengan hanya meneguk air paip yang ada disitu. Begitulah kehidupan melarat Gray selama enam bulan sebagai penggangur. “Saya hanya mampu menangis dan memohon agar tuhan memberikan jalan keluar daripada kehidupan yang dirasakan sangat perit ini” Katanya.
Tuhan seolah-olah mendengar permintaan Gray, apabila sekali lagi beliau dihulurkan dengan tawaran yang sama iaitu berkerja untuk Raja Fahd. “Tetapi saya menganggap tawaran itu sebenarnya sabagai tanda tuhan murka kepada saya sehinggakan sayatidak mendapat tawaran pekerjaan ditempat lain, malah disuruh juga saya supaya ke Arab Saudi,” Katanya.
Gray menerima nasihat temannya itu dan akhirnya dengan hati yang berat Gray pun berangkat ke Jeddah. Namun belum lama Gray disana, beliau telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang disifatkan sebagai luar biasa.“Iaitu satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang saya bayangkan selama ini apabila bercakap mengenai Arab dan Islam.
“Ternyata umat Islam disana begitu taat kepada tuhan mereka dan lebih mengharukan saya, kalangan orang Arab itu sendiri sebenarnya begitubaik terhadap saya, seolah-olah saya seperti saudara mereka. Belum sempat saya membuka mulut, mereka sudah tahu apa bentuk bantuan yang saya perlukan,”Katanya.
Pemandangan yang paling menarik bagi Gray apabila umat Islamakan segera meninggalkan apa sahaja yang mereka sedang lakukan apabila azanmula berkumandang untuk segera bersolat.
“pada suatu hari saya beradaberhampiran dengan sebuah kedai emas dan secara tiba-tiba kedengaran suara azan. Apa yang berlaku amat mengejutkan saya apabila kedai emas itu dibiarkan sahaja terbuka sedangkan tiada sesiapa di dalamnya, baik pelanggan mahupun penjualnya.
Hanya sesekali Gray melihat beberapa anggota polis yang akan menegur mereka yang lewat untuk pergi bersolat. Tidak lama kemudian, tuan punya kedai emas kembali semulakekedainya dan apabila melihat Gray terpaku dihadapan kedainya. Lalu dia pun bertanya:
“Mengapa kamu berdiri sahaja disini, masuklah ke dalam kedai?”.
“Saya tidak mahu masuk kerana bimbang saya disangka pencuri dan lebih teruk saya akan ditahan dan akibatnya tangan saya ini akan dipotong!”jawab Gray.
“Masuk sahajalah kedalam kedai saya in, kerana semua ini adalah milik Allah jua,” kata pemilik kedai itu sambil tersenyum.
Gray bagaikan hendak menangis mendengarkan kata-kata tuan punya kedai emas itu, kerana ucpan yang begitu tulus itu membuatkan hatinya begitu terusik dan terharu.
“Saya percaya dia mempunyai iman yang sangat kuat dan saya ingin sekali mempunyai iman yang seperti itu.
Peristiwa ini membuatkan Gray semakin tertarik untuk mengenali Islam dan beliau sangat suka berbincang mengenai agama itu bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain. Iaitu terutamanya bersama Ahmad, rakannya yang merupakan salah seorang anggota Angkatan Tentera Udara diraja Arab Saudi. Tidak sekadar mereka sering berbincang bersama, malah Ahmaad juga memberikan senaskah Al-Quran terjemahan bahasa inggeris kerpada Gray.
*Sumber Media Permata.
0 comments:
Post a Comment