skip to main | skip to sidebar


Monday, May 17, 2010

Mengusir Syaitan


Pada suatu waktu Muhammad bin Ahmad, seorang ustaz dan mubaligh, bercerita kepada Muhammad bin Qasimal-Farsi. Di dalam cerita itu di tuturkan bahawa ada seorang pelajar berkeinginan menuntut ilmu agama kepada seorang ilmuwan (ulama) di Iraq. Dia mempersiapkan bekal sebanyak seribu dinar. Setelah menamatkan pelajaran, dia pulang. Ketika memohon izin kepada gurunya, terjadilah dialog:

“Berapa biayamu di sini?” Tanya ustaz.

“Seribu dinar,” jawab pelajar itu.

“Baiklah, kepulanganmu akan ku hantar dengan sebuah pesan berharga yang dapat kamu jadikan bekal, yang hal ini menandingi ilmu yang kamu perolehi di meja belajar dan biaya yang telah kamu keluarkan.” Kata ustaz.

“Baiklah, wahai tuan guru.” Jawap pelajar itu.

“Dari manakah sebetulnya kamu datang?” Tanya ustaz

“Dari negeri Khurasan.” Jawap si pelajar itu.

“Apakah di sana syaitan?” Tanya sang ustaz.

“Tentu saja di mana pun ada syaitan, wahai tuan guru” jawap pelajar itu.

“Jika syaitan itu menggodamu, agar kamu tersesat, apakah yang akan kamu lakukan untuk menghadangnya?”  Tanya ustaz.

“Tentu syaitan itu akan aku tolak dengan segala kemampuan yang ada. Akan aku cegah syaitan itu dengan sungguh –sungguh.” Jawap pelajar itu.

“Manakala syaitan itu berkeras, kamu mencuba menolaknya lagi?” Tanya ustaz

“Ya, aku akan melakukan seperti usaha yang telah aku lakukan.” Jawap pelajar itu.

“Kalau begitu umurmu habis hanya untukmenolak godaan dan rayuan syaitan, tidak memiliki waktu luang untuk beribadah kepada Allah SWT.” Tutur ustaz.

“Mengertikah kamu, manakala kamu berjalan bersama seorang penggembala kambing dan di dekatnya ada seekor anjing garang yang siap menggigit orang dari belakang dan dari depan, manakala dirimu menolak dengan cara seperti itu. Tentu kamu tidak mempunyai kesempatan untuk menyelamatkan diri.” Tutur ustaz melanjutkan bicaranya.

“Kalau begitu, apa yang harus aku lakukan wahai tuan guru?” Tanya pelajar itu meminta penjelasan.

“Panggillah si empunya anjing agar dia melarang anjing itu menyerangmu dengan kelebihan kekuatannya.” Tegas ustaz.

Kisah yang di tutur dalam kitab al-Misbah karya Muhammad bin Qasim al-Farsi ini memberikan pengertian kepada umat manusia bahawa dalam menghadapi godaan dan rayuan syaitan cukup kiranya dengan berserah diri kepada Allah, meningkatkan pengabdian dan peribadatan kepadaNya. 

*Source Buku 2002 Misteri Himpunan Kisah-Kisah Jin, Iblis Dan Syaitan. 


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger