3 Amanat Untuk Mendapat Kebahagiaan
Seorang soleh mempunyai seorang anak lelaki, Saat beliau hampir menghembuskan nafas terakhir beliau telah berpesan kepada anaknya "anakku aku akan menghadap ilahi tak lama lagi aku ingin berpesan kepadamu wahai anakku, jika engkau mahukan kebahagiaan hendaklah engkau melakukan 3 perkara"
Dengan suara tersekat-sekat orang soleh itu berpesan dengan tersedu-sedu anaknya mengiakan kehendak ayahnya "apakah perkara tersebut wahai ayahku" si anak bertanya
"Yang pertama jika engkau ingin bahagia hendaklah engkau senantiasa makan sedap-sedap, seterusnya yang kedua jika engkau ingin bahagia, hendaklah mendapat tidur yang sedap-sedap, yang terakhir wahai anakku hendaklah engkau sentiasa kahwin baru" tidak lama selepas itu orang soleh tersebut telah kembali kerahmatullah.
Untuk tidak menghampakan ayahnya si anak pun menjalankan amanat ayahnya di mana saja terdapat makanan yang sedap-sedap dia kan pergi, makanlah dia yang sedap-sedap seperti yang di suruh ayahnya kemudian dia membeli katil yang bagus-bagus untuk keselesaan tidurnya di belinya set tidur yang mahal-mahal seterusnya dia juga akan kerap kali berkahwin, cukup yang keempat dia menceraikan seorang isteri kemudian kahwin lagi bergitulah rutin yang dilakukan untuk mendapatkan kebahagiaan.
Selepas berbulan mengamalkan amanat ayahnya sedikitpun dia tidak berasa bahagia malah lebih sengsara jika dahulu dia kaya sekarang hampir papa duitnya telah habis semuanya untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap juga peralatan bilik tidur yang terbaik malah untuk mendapatkan isteri juga memerlukan duit, dia mula berasa gundah, apakah benar amanat ayahnya tak mungkin ayah yang soleh itu berbohong dia bermonolog sendirian hampir sasau jadinya kerana dia sering memikirkan tentang amanat ayahnya.
Setelah lama berfikir dia telah mengambil keputusan untuk bertanyakan masalahnya kepada seorang Ulama.
"ya sheikh.. sebelum ayahku meninggal dunia dia telah berpesan kepadaku jika aku ingin bahagia lakukan 3 perkara iaitu hendaklah makan yang sedap-sedap, tidur juga yang sedap-sedap dan yang terakhir beliau telah berpesan supaya aku senantiasa kahwin baru, akan tetapi setelah aku mengamalkan amanat ayahku aku tidak juga berasa bahgia malah aku lebih sengsara bagaimana ya sheikh?"
Sheikh itu mendengar dengan teliti setelah itu beliau bertafakur memikirkan tentang masalah tersebut
"Wahai orang muda memang benar apa yang telah di amanatkan oleh orang tuamu adapun masalah yang pertama jika engkau mahukan makan yang sedap-sedap hendaklah engkau makan hanya apabila engkau benar-benar lapar, yang kedua jika engkau mahukan tidur yang terbaik maka hendaklah engkau tidur apabila engkau betul-betul mengantuk, seterusnya yang terakhir jika engkau mahu berkahwin baru selalu hendaklah engkau bepergian untuk menuntut ilmu" kata sheikh tersebut
*Source Ku Bangga Jadi Muslim
0 comments:
Post a Comment