skip to main | skip to sidebar


Wednesday, February 10, 2010

Di Hukum Kerana Kasihan



Ibnu Khafif begitu mengambil berat terhadap makan minumnya.Meskipun dia seorang yang berada dan sering bersedekah namun dia hanya makan sedikit sahaja. Setiap hari Ibnu Khafif akan hanya memakan tujuh biji anggur kering (Kismis). Dia tidak akan makan lebih daripada itu.

Suatu malam, pembantu rumahnya telah menghidangkan lapan biji anggur kering. Ibnu Kafifi yang tidak meyedari bilangan anggur kering itu telah memakan kesemua makanan yang disediakan untuknya. Malam itu, Ibnu khafiftidak mendapat kepuasan dalam beribadah kepada Allah sebagaimana biasa.

Ibnu Khafif kehairanan dan tidak tahu mengapa terjadi demikian. Dalam keadaan tertanya-tanya itu, Ibnu Khafif lalu memanggil pembantu rumahnya .

“Adakah apa-apa yang tidak kena berlaku didalam rumah ini?” soal Ibnu Khafif.

“Sebenarnya tadi, saya telah menghidangkan lapan biji kismis kepada tuan,” Kata pembantu rumahnya membuka rahsia.

“Mengapa kamu berbuat begitu?” Tanya Ibnu Khafif ingin tahu.

“Sebab saya melihat badan tuan agak lemah, saya merasa kasihan melihatnya jadi saya pun menambahkan kismis itu supaya tuan lebih bertenaga,” jelas pembantu rumahnya lagi yang ternyata berniat baik.

“Jika begitu, kamu bukanlah seorang teman yang setia sebaliknya kamu adalah musuhku sekiranya kamu benar-benar kasihan kepadaku, sudah tentu kamu akan menghidangkan enam biji kismis dan bukannya lapan,” Kata Ibnu Khafif.

Meskipun niat pembantu itu baik untuk menolong majikannya namun tindakannya itu tetap merupakan kesalahan bagi Ibnu Khafif. Akibat kesalahannya itu Ibnu Khafif telah memecatnya dan diganti dengan pembantu rumah yang baru.

Walaupun Ibnu Khafif seorang yang kaya namun dia tetap menjaga makannya. Dia lebih mementingkan kelazatan beribadah daripada keinginan nafsu dan perutnya.

*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi Siri 8.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger