skip to main | skip to sidebar


Wednesday, February 10, 2010

Doktor Menerima Rawatan



Syeikh Asy-Syibli pernah ditimpa sakit. Apabila berita ini diketahui oleh Ali bin Isa yang merupakan wazir ketika itu, dia terus melaporkannya kepada Khalifah dengan mengirimkan sepucuk surat.

Sebaik sahaja surat itu diterima, Khalifah segera menghantar seorang doktor pakar untuk mengubati penyakit yang sedang dihadapi olehAsy-Syibli. Doktor itu beragama Kristian. Doktor itu pun memeriksa badan Asy-Syibli untuk mengetahui apakah penyakit yang sedang  diderati oleh Syeikh tesebut.

Setelah lama memeriksa, doktor itu masih tidak dapat mengesan apa-apa penyakit. Doktor itu cuba dengan sedaya upayanya untuk mengubati Asy-Syibli namun usahanya tidak mendatangkan sebarang hasil.Asy-Syibli tetap menderita sakit.

“Wahai Syeikh, jika penyakit tuan ini hanya boleh diubati dengan memindahkan seketul daging saya, saya tidak teragak-agak lagi untuk melakukannya. Akan tetapi masalahnya sekarang inilah, saya tidak tahu apakah penyakit yang sedang dideritai oleh tuan,” kata doktor itu mengalah.

Asy-Syibli lalu menjelaskan,”Sebenarnya, ubat untuk menyembuhkan diriku bukanlah semua itu semua.”

“Jadi, apakah ubat yang boleh menyembuhkan tuan?” Tanya doktor Kristian itu.

“Engkau tanggalkan salib pada tubuhmu itu!” Kata Asy-Syibli.

Tanpa berfikir panjang, doktor itu terus menaggalkan salib tersebut. Kemudian dia pun melafazkan, 

“Asyhadu alla ilaha ilallah, wa asyhaduanna muhammadar rasulullah.”

Berita doktor kristian yang sudah memeluk Islam itu sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah lalu menangis, dia berasa bersyukur.

Katanya, “Aku menyangka dengan menghantar doktor itu, diaakan mengubati orang sakit, tetapi rupa-rupanya aku menghantar orang sakituntuk diubati oleh seorang doktor.”

*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger