skip to main | skip to sidebar


Sunday, January 10, 2010

Elak Perangkap Riyak Dalam Ibadat


Riya’ (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra’a, yura’I, yang  turut dituturkan dalam masyarakat melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk. Ia boleh diertikan sebagai  memperlihatkan ,menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat dihati mereka.

Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya’ hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakan nilai ibadat. Antaranya, nas yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata dan perhiasannya, Kami (allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka didunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan”. “Itulah orang yang tidak memperoleh diakhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (didunia) dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan.” (Al-Quran,Hud: 15).

Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakan amalan solih dan ibadat. Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya :

“Aku (Allah) adalah yang terkaya (secara mutlak) dari diseketui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku Aku tinggalkan bersama sekutunya.”

Memang Allah terkaya, manakala yang lain adalah fakir dan bersifat serba kekurangan kepada-Nya. Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya.  Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkanniat dan tujuan kepada-Nya sahaja.

Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan dengan tujuan riya’ adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa. Tetapi nilai dosa dari perbuataan riya’ berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya’ dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.

Ulama memperincikan riya’ kepada beberapa peringkat:

1. Riya’ yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan  dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya’, seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.

2. Riya’ yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya’saja dia tidak melakukan ibadat , misalnya seorang  yang biasa  bersolat  tahajud , kadangkala  diselubungi kemalasan,  tetapi  apabila ada  teman atau tetamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula. Ibadat nya itu didorong sedikit oleh riya’ yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya’ yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut  kadar riya’ terbabit.

3. Riya’ yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya’ inibukan yang mendorong amal ibadat atauu berasa ringan untuk beramal ibadat,namun sifat itu terpendam didalam diri. Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa dengan pujian. Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya’, malah benci pada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira. Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi  dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya’ seperti ini tidaklah merosakan pahala amalan terbabit.

 Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati besih lagi halus sebagai mana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya’ lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam diwaktu malam. Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya’. Jika mengatasi riya’ yang jelas, belum tentu terselamat dari riya’ yang kurang jelas, malah jika diperingkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya’.

*Sumber Media Permata


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger