skip to main | skip to sidebar


Thursday, March 11, 2010

Jin Mengaku Sebagai Pembohong

 

Seorang suami pernah datang kepada Syeikh Wahid Abdus Salam dan berkata: “Dari semenjak saya berkahwin dengan isteri saya, kami selalu saja bertengkar bahkan isteri saya itu sangat benci kepada saya. Dia juga tidak tahan mendengar ucapan dari saya walau hanya sepatah kata dan selalu ingin meminta cerai. Dia merasa sangat tenang berada di dalam rumah kalau saya tidak ada. Bila saya masuk ke rumah saya itu, isteri saya merasa gelisah seolah-olah jiwanya terbakar oleh api kemarahan.”

Sebagai kesimpulannya, Syeikh membacakan beberapa ayat Al-Quran kepada wanita tersebut maka seketika itu juga di hujung jari wanita tersebut menggigil, dadanya menjadi sesak dan kepalanya terasa pening akan tetapi wanita tersebut tetap sedarkan diri. Akhirnya Syeikh memerintahkan supaya merakam beberapa beberapa ayat Al-Quran dan mendengarkannya kepada wanita tersebut selama 45 hari dan setelah itu Syeikh mengharapkan supaya orang yang terkena sihir itu datang kembali menemuinya. 

Maka datanglah suami wanita itudan berkata: “Telah terjadi suatu yang aneh kepada isteri saya”

Maka Syeikh bertanya: “Apakah yang telah terjadi?”

Suami wanita itu berkata: “Setelah berakhir masa yang di tentukan itu, maka kami sepakat untuk datang menemui anda kembali. Akan tetapi secara tiba-tiba, isteri saya kerasukan jin. Pada waktu itu juga jin tersebut berkata bahawa dia akan memberitahukan tentang sihir yang telah dikenakan pada wanita itu dengan syarat mereka jangan pergi ke rumah Syeikh.

Secara jujur pula jin itu berkata bahawadia datang ke dalam tubuh wanita itu melalui sihir dan sihir tersebut ada didalam bantal. Setelah di keluarkan sihir yang berada di dalam bantal tersebut yang berupa tulisan di kertas maka jin itu pun berkata: “Bakarlah kertas-kertas ini maka sihirnya akan hilang dan saya akan keluar dari tubuh wanita ini.” Selepas itu wanita itu pun sedarkan diri.

Akan tetapi seminggu selepas itu, wanitatersebut sakit kembali lalu suaminya membawa isterinya lagi kepada Syeikh. Begitu saja Syeikh mengucapkan:

    “AUZUBILLAHIMINASHSYAITANNIRRAJIMM”

Wanita itu langsung kerasukan jin maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin yang ada di dalam tubuh wanita itu:

“Wahai pembohong. Mengapa engkau datang lagi?” Tanya Syeikh Wahid.

“Saya akan mengatakan semuanya kepada anda akan tetapi janganlah anda memukul saya.” Jawab jin itu.

“Katakanlah!” ujar Syeikh.

“Sebenarnya saya telah berbohong kepada mereka, saya lah yang meletakkan kertas-kertas itu di dalam bantal supaya mereka mempercayai bahawa saya telah keluar darinya.” Jelas jin tersebut.

“Jadi kamu telah berbohong kepada mereka?”Tanya Syeikh Wahid lagi.

Jin berkata: “Apa yang dapat saya lakukan sedangkan saya terikat dengan tubuh wanita ini dengan sihir.”

Syeikh bertanya: “Apakah kamu ber agama Islam?”

“Ya, saya beragama Islam.” Jawab jin tersebut.

“Ketahuilah oleh mu bahawa seorang muslim tidak boleh bekerja sama dengan tukang sihir, perbuatan yang kamu lakukan ini hukumnya adalah haram serta termasuk dosa besar. Apakah kamu ingin masuk syurga?” Tanya Syeikh Wahid.

“Ya, saya sangat menginginkannya,” jawab jin.

“Kalau demikian, tinggalkan lah tukang sihir itu dan pergilah kamu bersama jin-jin yang ber iman lainnya untuk menyembah Allah SWT kerana pekerjaan atau jalan yang di lakukan oleh tukang sihir adalah jalan yang akan membawa kesengsaraan di dunia dan akan masuk ke dalam neraka jahanam di akhirat.” Demikian penjelasan Syeikh Wahid kepada jin tersebut.

“Akan tetapi bagaimanakah caranya saya akan dapat melepaskan diri dari tukang sihir itu sedangkan dia menguasai saya?” Tanya jin lagi.

“Ketahuilah olehmu sesungguhnya dia menguasai kamu kerana kemaksiatan-kemaksiatan yang kamu lakukan akan tetapi jika benar-benar kamu bertaubat kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menunjukkan jalan keluar atas diri kamu dalam menghadapinya. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memberikan jalan (kekuasaan) bagi orang-orang kafir atas orang-orang mukmin.” Ujar Syeikh Wahid.

“Saya akan benar-benar bertaubat kepada Allah SWT, saya akan keluar dari tubuh wanita ini dan tidak akan datang lagi.” Janji jin itu kepada Syeikh Wahid.

Selepas itu jin tersebut berjanji kepada Allah SWT dan kemudian keluar dari dalam tubuh wanita itu. Segala pujian dan sanjungan hanyalah milik Allah SWT. Sesungguhnya tidak ada kekuasaan dan kekuatan kecuali dengan bantuanNya.

Beberapa bulan selepas itu, suami wanita itu datang kepada Syeikh menyampaikan berita gembira bahawa isterinya itu benar-benar telah sihat. Segala pujian dan sanjungan hanya milik Allah Penguasa alam raya.

*Source 2002 Misteri Himpunan Kisah-Kisah Jin, Iblis Dan Syaitan.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger