skip to main | skip to sidebar


Friday, January 8, 2010

Kemunculan Panglima Shalahuddin



Jatuhnya kota suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota suci yang telah dikuasainya selama  lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah-belah .

Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini. Usaha mereka berhasil, Setiap penguasa Negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.

Setelah hamper empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis , Shalahuddin Al-Ayubi baru lahir kedunia, yakni pada tahun 1138 Masihi.Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termahsyur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan  awal kepada Shalahuddin.

Selain itu, Shalahuddin juga mendapatb pendidikan dari bapasaudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan penglima perang Syria  yang telah berhasil mengalahkan tentera Salibsama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin olehpanglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda.

Pada tahun 549 H/1154 M, panglima Asasuddin Syirkuh memimpintenteranya merebut dan menguasai Damsyik, Shalahuddin yang ketika itun baruberusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang . Pada tahun 558 H/1163 Masihi, Panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah yang diperintah oleh aliran Syiah Islamiliyah  yang semakin lemah. Usahanya berhasil .

Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir  Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian . Akan tetapi, Wazir  besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular dikalangan istana dan rakyat. Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir.

Pasukan salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jurussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari Kaum Salib , panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik.

Kerjasama wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawarsetelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali inibertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric  dan menghalaunya dari Mesir  dengan aib sekali.

Panglima Syirkuh dan Shalahuddin terus mara ke ibu kota kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukanShawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi . Khalifah Al-Adhid Lidnillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima  Syirkuh buat kali kedua.

Suatu hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah kekuburan wali Allah di Mesir ternyata Wazir besar Shawar dijumpai bersembunyi disitu. Shalahuddin segera menagkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihokum bunuh. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar . Wazir baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setia institusi kerajaan secara berperingkat . Sementara anak saudaranya Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan disebelah utara dan Bandar-bandar lain termasuk Bandar perdagangan Iskan dariah.

*Source Mingguan Perdana


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger