Pada umumnya terjadi kerjasama antara tukang sihir dengan syaitan. Tukang sihir akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat kemusyirkan dan kekafiran baik secara bersembunyi mahupun secara terang-terangan. Sebagai membalas budi syaitan akan melayani tukang sihir tersebut.
Kerana kesepakatan antara tukang sihir dengan syaitan atau pemimpin dari jin dan syaitan, maka para pemimpin tersebut akan memerintahkan kepada bawahannya seupaya melayani tukang sihir dan mentaati pengikutnya, dengan berbagai macam tugas yang diingini oleh tukang sihir tersebut.
Selepas itu, tukang sihir tersebut memanfaatkan jin yang ada untuk perkerjaan-pekerjaan yang bersifat kejahatan sebagai mana yang diinginkannya. Jika jin yang diperintahkannya itu membantah tidak mahu mengikutinya, maka tukang sihir tersebut akan melakukan pendekatan dengan pemimpin jin itu, maka pemimpin dari jin itu akan menghukumnya atau menundukkan jin yang lainnya lagi supaya melayani tukang sihir yang sudah menjadi musyrik itu.
Justeru itu kita dapat mengetahui, bahawa hubungan antara tukang sihir dengan jin yang telah berhasil ditundukkannya adalah hubungan bersifat kebencian dan permusuhan. Dalam perkara yang lain dapat pula kita lihat, bahawa jin yang telah menjadi suruhan bagi tukang sihir itu, selalu pula menyakitinya dengan cara mengganggu keluarganya atau harta bendanya. Bahkan kadangkala menyakiti tukang sihir itu sendiri tanpa diketahuinya. Ada juga tukang sihir yang tidak mempunyai anak, kerana jin tersebut telah membunuh janin dari anak tukang sihir tersebut ketika masih di dalam perut.
Syeikh Wahid Abdus Salam Bali sendiri pernah mengubati seorang perempuan yang terkena sihir. Ketika ia membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada perempuan yang terkena sihir tersebut, maka jin yang disuruh oleh tukang sihir itu berkata:
"Saya tidak dapat keluar dari tubuh orang ini."
"Mengapa kamu tidak dapat keluar?" Kata Wahid.
"Kerana saya takut dibunuh oleh tukang sihir." Jawab Jin.
"Pergilah kamu dari tempat ini ke tampat yang lain yang tidak diketahui oleh tukang sihir itu." Kata Wahid lagi.
Jin menjawab: "Akan tetapi dia akan mengutus jin yang lain supaya membawaku kepadanya."
"Kalau begitu masuklah kamu kedalam Agama Islam, jika kamu dengan ikhlas bertaubat, dengan pertolongan Allah, kamu akan diajarkan ayat-ayat Al-Quran yang akan dapat melindung dari kejahatan jin-jin kafir tersebut." Kata Syeikh Wahid.
"Tidak aku tidak akan masuk Islam, aku akan tetap memeluk agama kristian." Ungkap jin tersebut.
Syeikh Wahid berkata: "Tidak ada paksaan dalam beragama, akan tetapi kamu harus keluar dari tubuh perempuan ini."
"Tidak, saya tidak akan keluar."
Syeikh Wahid berkata: "Dengan pertolongan Allah, akan kami bacakan ayat-ayat Al-Quran kepadamu hingga kamu terbakar olehnya. (Kemudian Syeikh memukulnya dengan sangat kuat sehingga jin itu menangis)."
"Baiklah saya akan keluar." Jawab Jin.
Syeikh Wahid berkata: "Segala puji bagi Allah, jin itupun keluar."
0 comments:
Post a Comment