skip to main | skip to sidebar


Thursday, January 7, 2010

Khalifah Yang Adil



Ini adalah kisah keadilan Khalifah Umar Bin Al-Khattab terhadap anaknya Ubaidillah atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Sahmah.

Pada suatu hari, datang seorang wanita dari Bani Najjar. Wanita itu mengadu telah dizina oleh Abu Sahmah hingga hamil dan melahirkan seorang bayi. Tentu sahaja itu memalukan khalifah.

“Hai Jaariah! Benarkah dakwaanmu itu,” tanya khalifah. 


“Benar khalifah! Jika tidak percaya, hamba berani bersumpah dengan Al-quran.”

Dengan penyumpahan itu, yakinlah Umar bahawa wanita itu tidak berdusta. Malah ketika ditanyakan langsung kepada Abu Sahmah, anaknya itu tidak menafikannya.

“Benar ayahku! Hukuman apakah yang ayah akan jatuhkan padaku? Aku pasrah dan redha daripada menerima azab di akhirat kelak.”

Bagaimanapun, anaknya Abu Sahmah harus dihukum rejam sesuai dengan hukum hudud,” tekad khalifah. 


Mendengar keputusan Umar, ramai sahabat berusaha mencegah dan menasihatinya agar hukuman tersebut dibatalkan atau diganti dengan hukuman lain. Namun keadilan tidak berbelah bahagi. Hukuman rejam tetap dilaksanakan. Maka, tamatlah riwayat hidup Abu Sahmah.

Maka, terbuktilah keadilan Umar. Beliau tidak mengenal sesiapa dalam melaksanakan perintah Allah meskipun anaknya sendiri. Anak kandungnya mati kerana melakukan kemurkaan kepada Allah dan dia terlepas dari azab neraka kerana telah menerima azab di dunia.

Pengajaran:


1.Tiada pilih kasih dalam Islam.
2.Islam adalah agama yang adil kepada semua dan tidak mengira sesiapa samada raja, PM, anak, isteri mahupun hamba.
3.Islam tidak berlaku zalim terhadap penganutnya sehingga terbukti kesalahan yang dilakukannya.
4.Akhlak para sahabat adalah sangat mulia kerana mendapat pentarbiyahan yang sempurna daripada Rasulullah.
5.Hukum hudud adalah wajib dilaksanakan bagi menjaga kemaslahatan ummat seluruh dunia.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger