Daud At-Ta’i banyak menghabiskan masanya untuk beribadah. Bibirnya sentiasa menyebut-nyebut nama Allah s.w.t. Apabila Daud At-Ta’I ingin memakan sesuatu, makanan itu akan direndamnya terlebih dahulu. Setelah hancur makanan tersebut berulah dia mengambilnya dan menelannya. Dia berbuat demikian kerana mahu menggunakan masa mengunyah makanan itu untuk menyebut nama Allah.
Daud At-Ta’I menanggung hidupnya cukup sekadar melalui wang diperolehinya hasil jualan rumah warisan. Wang itu telah digunakannya selama berpuluh tahun.
Suatu hari khalifah Harun ar-Rasyid bersama seorang pegawai kanannya Yusuf menziarahi Daud At-Ta’I dirumahnnya untuk meminta nasihat. Daud At-Ta’I telah menyampaikan nasihat yang sungguh menyentuh hati sehingga membuatkan Khalifah menangis tersedu-sedu.
Sebelum melangkah pulang Khalifah telah menghulurkan sedikit wang kepada Daud At-Ta’i . Khalifah sangat bersimpati melihat keadaan Daud At-Ta’i yang dirasakannya begitu daif.
“Ambillah wang ini, iainya halal,” kata Khalifah.
“Ambillah kembali, saya tidak memerlukannya. Saya menyera hidup dari wang halal hasil jualan sebuah rumah warisan. Saya berdoa kepada Allah sekiranya wang iu habis, maka biarlah nyawa saya diambil. Dengan itu saya tidak perlu lagi mengharapkan bantuan manusia. Saya sangat berharap semoga doa itu dikabulkan Allah,” Kata Daud At-Ta’i.
Khalifah Harun ar-Rasyid dan yusuf pun kembali pulang keistana. Namun secara senyap , Yusuf pergi berjumpa dengan orang yang menguruskan wang perbelanjaan Daud At-Ta’i.
Yusuf bertanya, “Berapa banyak lagi wang syeikh Daud yang masih tinggal?”
Tinggal lagi dua dirham, dia hanya membelanjakan satu sen setiap hari,” beritahu orang itu.
Yusuf lalu mengira sehingga lama mana wang itu dapatd igunakan. Suatu hari, Yusuf membuat pengumuman di atas mimbar, “ari ini syeikh Daud At-Ta’I sudah meninggal dunia.”
Orang ramai yang mendengar berita itu menjadi hairan dan tertanya-tanya. Adakah berita yang disampaikan oleh pegawai kanan Khalifah itu benar? Apabila diselidiki kenyataan itu, ternyatalah iainya benar.
Maka orang ramai pun bertanya kepada Yusuf, “Bagaimana engkau mengetahui yang Sueikh Daud sudah meninggal dunia?”
“Dalam jangkaan saya, wang simpanan Syeikh Daud sudah punh abis pada hari kematiannya. Saya yakin doanya dikabulkan oleh Allah.” TerangYusuf.
*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.
0 comments:
Post a Comment