skip to main | skip to sidebar


Showing posts with label Jin Syaitan Iblis Dajjal. Show all posts
Showing posts with label Jin Syaitan Iblis Dajjal. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

9 Jenis Anak Syaitan

0 comments

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun 

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin 

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan 

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf 

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah 

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud 

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim 

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan 

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus 

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

*Source Syok Blogger


Kesejahteraan Boleh Dicari Asalkan...

0 comments

Seorang arif melihat setan dalam keadaan telanjang di tengah-tengah masyarakat. "Hai makhluk yang tak punya malu, mengapa kamu telanjang di hadapan manusia?" tegur sang arif.  "Mereka bukan manusia, mereka kera." Sesungguhnya sudah sejak lama Al-Ghazali menulis dalam Ihya`, Dzahaban naas wa baqiyan nasnaas (Telah pergi manusia, yang tertinggal hanya kera) "

Jika kamu ingin melihat manusia, ikutlah aku ke pasar," lanjut sang setan.

Orang arif itu lalu pergi bersama setan ke pasar. Sesampainya di pasar, setan itu menjelma seorang laki-laki dan langsung menuju ke toko yang paling besar. Toko itu hanya menjual permata yang berkualitas tinggi dengan harga yang amat mahal.

"Coba lihat permata itu," kata setan kepada pemilik toko sambil menunjuk permata yang paling besar.

Pemilik toko mengambil permata itu lalu menyerahkannya kepada setan. Ketika permata berpindah ke tangan setan, pemilik toko mendengar muadzin menyerukan: hayya `alash sholaah (Marilah salat) Pemilik toko segera mengambil kembali permatanya. "Kamu pasti setan. Tak ada yang datang pada waktu seperti ini kecuali setan," kata pemilik toko. Kemudian ia mengusir si setan. Setelah setan pergi, ia lalu menghancurkan permata itu dengan batu. "Permata ini tidak ada berkahnya," kata pemilik toko. Kemudian ia keluar untuk salat.

Allah berfirman: "Laki-laki yang perniagaan dan jual beli tidak dapat melalaikannya dari mengingat Allah." (QS An-Nur, 24:37) 

Dalam surat Al-Muzzammil, Allah menyejajarkan para pedagang dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Dan orang-orang yang berjalan di bumi mencari sebagian karunia Allah, dan orang-orang lain yang berperang di jalan Allah. (QS Al-Muzzammil, 73:20)

Perdagangan untuk mencari kesejahteraan di dunia tidaklah tercela. Sebaik-baik urusan dunia adalah yang dapat menjadi tunggangan menuju akhirat. Adapun yang tercela adalah jika kita selalu tenggelam dalam urusan keduniaan, hati kita selalu terikat pada dunia sehingga kita melalaikan hak-hak dan perintah-perintah Allah. Yang terpuji adalah hidup sederhana, tidak berlebih-lebihan. Hidup berlebih-lebihan membuat seseorang terlambat masuk surga. Seorang bermimpi melihat Malik bin Dinar berlomba-lomba dengan Muhammad bin Wasi' menuju surga. Ia menyaksikan bahwa Muhammad bin Wasi` akhirnya dapat mendahului Malik bin Dinar.

Orang itu kemudian bertanya mengapa demikian kejadiannya, karena menurut perkiraannya Malik bin Dinar bakal menang. Kaum salihin menjawab bahwa ketika meninggal dunia Muhammad bin Wasi' hanya meninggalkan sepotong pakaian, sedang Malik meninggalkan dua potong pakaian. Jika seorang arif seperti Malik bin Dinar dapat tertinggal hanya karena pakaian, lalu bagaimana dengan kita. Lemari kita penuh dengan pakaian, dan kita pun masih merasa belum cukup. Ya Allah, jadikanlah kami puas dengan rezeki yang Engkau karuniakan. Berkahilah apa yang telah Engkau berikan. Dan jangan jadikan (bagi kami) dunia sebagaipuncak perhatian dan pengetahuan. (I:511)

*Source Kisah-Kisah Islam


Sunday, March 20, 2011

Mengenal Dajjal

0 comments

Asal-Usul Keluarganya

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal, ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yang kelihatannya masih muda, Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan, Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun. Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua,

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah".  Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama Ia Akan Hidup Setelah kemunculannya

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?

Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja).

Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar, Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan.

Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada didalam  kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"

Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya.

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya.

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

*Source Netlog.


Saturday, March 19, 2011

Manusia yang Lebih Jahat dari Firaun dan Iblis

0 comments

Suatu hari Iblis menemui Fir’aun...

Berkata kepada Fir’aun, “Apakah engkau mengenalku ?'.

Fir’aun menjawab, 'Ya'

'Engkau telah meng-ungguliku untuk satu perkara ', ujar Iblis.

'Untuk perkara apa ? ', tanya Fir’aun.

Iblis menjawab, 'Kelancanganmu terhadap Allah dengan mengaku dirimu sebagai Tuhan. Aku kan lebih tua, lebih banyak ilmu dan lebih kuat darimu, namun tidak berani mengatakan hal itu '.

Fir’aun berkilah, ' Ya, kau memang benar, namun aku akan bertobat '.

'Tenang jangan kau lakukan itu '. sergah Iblis. 'Penduduk Mesir telah menganggapmu sebagai Tuhan. Jika kau tarik kembali pengakuanmu itu, tentu mereka akan lari darimu dan berpihak pada musuh-musuhmu. Mereka pasti akan merampas kerajaanmu sehingga kau menjadi sangat hina '.

Fir’aun berkata, 'Ah ya, kau benar. Tetapi tahukah engkau siapa yang lebih jahat daripada kita dimuka bumi ini ? '.

Iblis menjawab, 'Ya, orang yang dimintai maaf namun tidak memaafkan adalah orang yang lebih jahat daripada aku dan kau '.

*Source Ku Bangga Jadi Muslim.


Iblis Berterus Terang Kepada Rasulullah SAW

0 comments
*Source Abumusa


Sunday, June 20, 2010

Masih ad-Dajjal

0 comments

Dalam ajaran Islam, Dajal (b. Arab: الدّجّال al-dajjāl "pembohong, penyamar") ialah suatu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajal dikenali sebagai Antichrist. "Dajal" adalah kata Arab lazim, digunakan dalam kata "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajal", dengan rencana pasti, merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik akhir-masa. Ia adalah layak untuk nota yakni istilah Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dari istilah Suryani "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim dari Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").

Sifat-Sifat 

Dajal tidak disebut dalam al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunah menghuraikan sifat-sifat Dajal, seperti berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):
  • Dia (Dajal) adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya menyembul keluar, menurut Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Uzza bin Qathan. "Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya,hendaklah membaca permulaan surat Al-Kahfi"(Sabda Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam dan Irak kemudian merusak kanan kirinya.

  • Dia akan fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap (hitam). Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.

  • Dia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya.

  • Huruf Arab kaf-fa-ra (kafara, bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak.
  • Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.

  • Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.

  • Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.

  • Suatu hari pada musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air? Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.

  • Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain (menurut kepada siri Akhirat oleh Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari Madinah terus ke Dajal, berdiri pada atas Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajal adalah Dajal. Dajal kemudian akan menyoalnya: "Adakah anda akan percayakan saya (yakni sayalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian menghidupkan anda?". Dajal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan berkata bahawa dia semakin tidak percayakan kepada ketuhanan Dajal.

  • Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.

  • Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Isfahan, dan dia akan membawa Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.

  • Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.

  • Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.

  • Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dekat pagar Ludd, di mana Israel terdapat kini.
Perlindungan Dari Dajal

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.



Wednesday, June 9, 2010

Empayar Iblis

0 comments



Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ia tiada pilihanraya di mana syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar iblis. Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:


1. DASIM

Malaun ini dikatakan anak emas iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang, dan dengki setiap kali ijab
kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan kerajaan Dasim yang
terkutuk

2. AL-A'WAR

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral, ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah iblis apabila dan zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana ia petanda keturunan Adam pincang.

3. MISWATH

Anak iblis yang yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. ZALNABUR

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai
seperti di pasar atau shopping mall.

5. TSABA

Geng syaitan ini memburu orang yang di timpa musibah atau masalah. Mangsa banjir,mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang yang tersayang, termasuk dalam senarai most wanted Tsaba. Mempratikkan strategi yang menimbulkan buruk sangke terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah atas apa yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang di lindungi Allah. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama 'Qarin'. Syaitan ini umpama 'baby sitter' berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri. Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas 'qarin' dikira beres.

Rasulullah saw  bersabda,  "Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan  jahat dari syaitan. Setiap anak Adam pasti akan di tusuk di bahagian  tepi (badannya) dengan jari-jari iblis ketika di lahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja.Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya  telah terhalang.(Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah)

*Source Roslina-Mustamin


Thursday, May 20, 2010

Sholat Subuh di Masjid

0 comments

Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid, ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI, berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid .

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab

“Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda…”

Pemuda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan kemasjid .

Saat sampai di masjid, pemuda itu bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi danlagi, jawapannya sama.

Pemuda itu bertanya, kenapa kamu menolak untuk masuk dan sholat. lelaki itu menjawab Aku adalah IBLIS (syaitan)

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Syaitan itu kemudian menjelaskan,

‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yangmembuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid . 

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Saya KHUWATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh pendudukdesamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai ke masjid dengan selamat…

Jadi, jangan biarkan syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapatdari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut..



Monday, May 17, 2010

Mengusir Syaitan

0 comments

Pada suatu waktu Muhammad bin Ahmad, seorang ustaz dan mubaligh, bercerita kepada Muhammad bin Qasimal-Farsi. Di dalam cerita itu di tuturkan bahawa ada seorang pelajar berkeinginan menuntut ilmu agama kepada seorang ilmuwan (ulama) di Iraq. Dia mempersiapkan bekal sebanyak seribu dinar. Setelah menamatkan pelajaran, dia pulang. Ketika memohon izin kepada gurunya, terjadilah dialog:

“Berapa biayamu di sini?” Tanya ustaz.

“Seribu dinar,” jawab pelajar itu.

“Baiklah, kepulanganmu akan ku hantar dengan sebuah pesan berharga yang dapat kamu jadikan bekal, yang hal ini menandingi ilmu yang kamu perolehi di meja belajar dan biaya yang telah kamu keluarkan.” Kata ustaz.

“Baiklah, wahai tuan guru.” Jawap pelajar itu.

“Dari manakah sebetulnya kamu datang?” Tanya ustaz

“Dari negeri Khurasan.” Jawap si pelajar itu.

“Apakah di sana syaitan?” Tanya sang ustaz.

“Tentu saja di mana pun ada syaitan, wahai tuan guru” jawap pelajar itu.

“Jika syaitan itu menggodamu, agar kamu tersesat, apakah yang akan kamu lakukan untuk menghadangnya?”  Tanya ustaz.

“Tentu syaitan itu akan aku tolak dengan segala kemampuan yang ada. Akan aku cegah syaitan itu dengan sungguh –sungguh.” Jawap pelajar itu.

“Manakala syaitan itu berkeras, kamu mencuba menolaknya lagi?” Tanya ustaz

“Ya, aku akan melakukan seperti usaha yang telah aku lakukan.” Jawap pelajar itu.

“Kalau begitu umurmu habis hanya untukmenolak godaan dan rayuan syaitan, tidak memiliki waktu luang untuk beribadah kepada Allah SWT.” Tutur ustaz.

“Mengertikah kamu, manakala kamu berjalan bersama seorang penggembala kambing dan di dekatnya ada seekor anjing garang yang siap menggigit orang dari belakang dan dari depan, manakala dirimu menolak dengan cara seperti itu. Tentu kamu tidak mempunyai kesempatan untuk menyelamatkan diri.” Tutur ustaz melanjutkan bicaranya.

“Kalau begitu, apa yang harus aku lakukan wahai tuan guru?” Tanya pelajar itu meminta penjelasan.

“Panggillah si empunya anjing agar dia melarang anjing itu menyerangmu dengan kelebihan kekuatannya.” Tegas ustaz.

Kisah yang di tutur dalam kitab al-Misbah karya Muhammad bin Qasim al-Farsi ini memberikan pengertian kepada umat manusia bahawa dalam menghadapi godaan dan rayuan syaitan cukup kiranya dengan berserah diri kepada Allah, meningkatkan pengabdian dan peribadatan kepadaNya. 

*Source Buku 2002 Misteri Himpunan Kisah-Kisah Jin, Iblis Dan Syaitan. 


Wednesday, April 28, 2010

Dialog Nabi S.A.W Dengan Iblis

0 comments

Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, “Wahai iblis terkutuk! Apakah ikhtiarmu ke atas ummatku? Sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t.”

Jawab iblis, “Wahai Rasulullah! Demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya”.

Rasulullah bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab iblis, “Wahai Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu::

*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.

*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.

Firman Allah kepada iblis :

“Sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, demi kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan mereka terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, kebencian mereka terhadapmu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan…”

Maka, tercenganglah iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah s.w.t. Sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat manusia yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. Itulah kelebihan yang Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada ummat-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar…

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam.

2. Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s.

3. Seharusnya kita berbangga menjadi ummat Muhammad kerana dimuliakan oleh Allah s.w.t.4. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

*Source Abang Bercerita.


Iblis Merayu Manusia Menggunakan Wang

0 comments

Kadang-kadangsyaitan dapat mempengaruhi dan mengalahkan orang mukmin disebabkan oleh Al-Hakim dan al-Baihaqi disebutkan yang ertinya: “Sesungguhnya Allah itu bersama qadi, sebelum ia menjatuhkan hukuman (tidak menyeleweng). Maka apabila ia menyeleweng, Allah membebaskan diri daripadanya, dan syaitan menguasainya.”

Abdul FarrajIbnu Al-Jauzi rahimahullah anh menceritakan dari Hassan Basri rahimullah anh sebuah kisah yang menarik. Tetapi kesahihannya tidak dapat di  pertanggungjawabkan, melainkan sekadar untuk menggambarkan kekuatan manusia dalam melawan syaitanapabila keikhlasannya kepada Allah telah luntur.

Kisah ini menceritakan bagaimana syaitan mengalahkan manusia apabila manusia sesat dan terpesong.  Disebuah tempat ada sebatang pokok yang disembah oleh manusia yang menyenkutukan Allah. Datanglah seorang lelaki alim pada pokok itu. 

Dia berkata: “Sungguh akan ku tebang pokok ini.”

Dia akan menebang pokok itu  dengan marah semata-mata kerana Allah. Iblis tidak diam diri. Ia datang menjumpai lelaki itu dengan rupa manusia. Maka terjadilah perbualan antara kedua-duannya.

“Tuan hendak kemana?” Tanya Iblis.

“Aku akan menebang pokok yang disembah selain Allah itu.” Jawab lelaki itu.

“Jika tuan sendiri tidak menyembahnnya, apakah orang yang menyembah pokok itu mengganggu tuan?”

“Aku tetapakan menebangnya.”Kata si lelaki berkeras. 

Iblis mulai  merayu lelaki itu: “Adakah sesuatu yang lebih baik bagimu? Sila jangan tuan tebang pokok itu. Dan tuan akan memperolehi dua dinar setiap hari. Wang itu  akan tuan dapati selepas tuan bangun tidur dibawah bantal tuan setiap pagi.”

“Dari mana aku akan mendapatkan wang itu?” Tanya si lelaki.

“Aku akan memberinya.” Jawab syaitan.

Rupanya lelaki itu dapat diperdaya oleh syaitan yang menawarkan ganjaran kepadanya. Ia sangat tertarik kepada wang. Maka iapun berbaliklah ke rumahnya. Pagi-pagi apabila dia bangun dari tidur, diangkatnya bantalnya ternyata ada wang dua dinar. Pagi esoknya, ia angkat lagi bantalnya dan didapatinya dua dinar lagi.Bagitulah seterusnya hingga beberapa hari.

Pada suatu pagi ternyata ia tidak mendapatkan apa-apa lagi di bawah bantalnya. Ia merasa telah ditipu. Maka ia pun marah dan pergi untuk menebang pokok yang menjadi sembahan. Syaitan yang dahulu datang lagi merubah rupanya, dan menghalang si lelaki.

“Hendak kemana engkau?” Tanya syaitan.

“Aku akan menebang pokok yang dijadikan sembahan selain Allah itu.” Jawab lelaki itu.

“Engkau bohong.” Kata syaitan.

“Kali ini tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.

Si lelaki tidak peduli. Ia tetap berkeras ingin melaksanakan hajatnya, namun dihalang oleh syaitan. Maka terjadilah pergaduhan antara kedua-duanya. Syaitan dapat menjatuhkan si lelaki itu ke tanah dan mencekik nya sehingga hampir mati, namun dilepaskan oleh syaitan setelah ia tidak berdaya lagi.

Setelah merasa menang, syaitan bertanya: “Tahukah engkau siapa saya? Saya adalah syaitan.”

Lalu syaitan menerangkan pula: “Pertama kali engkau datang untuk menebang pokok itu dengan marah semata-mata kerana Allah. Maka ketika itu aku tidak ada kekuatan  untuk mengalahkan engkau. Lalu aku merasuah engkau dengan wang dinar. Lalu engkau tinggalkan pokok itu. Tetapi kini engkau datang dengan marah kerana wang dinar, maka aku pun  dapat mengalahkan engkau.”

*Source Buku 2002 Misteri Himpunan Kisah-Kisah Jin, Iblis Dan Syaitan.  

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger