skip to main | skip to sidebar


Showing posts with label Sabar. Show all posts
Showing posts with label Sabar. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Sufi Sebagai Amalan Hidup

0 comments


Orang yang bercita-cita menjalani hidup cara sufi adalah mereka yang ingin menempuh jalan tasawuf. Amalan hidup sufi sangat dituntut oleh Allah s.w.t kerana ia menyamai kehidupan para nabi dan orang-orang soleh. Seorang sufi bukanlah lari daripada harta dan kemewahan tetapi hatinya tidak terpaut kepadanya. Begitu juga seorang sufi tidak menahan nafsunya sebagaimana ahli-ahli agama bukan Islam tetapi dapat mengawalnya ketika berhadapan dengan godaan.

Selama ini ramai orang menyangka seorang sufi suka hidup menyendiri dan jauh dari masyarakat umum serta sering berpakaian buruk. Namun sebenarnya seorang sufi adalah mereka yang dapat mentadbir dunia ini dengan mudah. Hidup sufi yang dituntut adalah diantaranya, syukur dengan nikmat, berani ketika berhadapan dengan kezaliman, sabar dengan ujian dan redha menghadapi kesusahan. Sekiranya dia seorang ulama, dia akan mempengaruhi rajadan bukannya membiarkan sahaja kemungkaran terutama di kalangan atasan.

Di dunia moden ini, kita memerlukan jiwa-jiwa sufi yang dapat mengendalikan segala kemudahan dan cara hidup dengan lebih bermaruah. Insya-Allah tiada lagi amalan rasuah, khianat, iri hati, berdendam dan suka menyalahkan orang lain.

Contohi lah Rasulullah yang sentiasa hidup sederhana  meskipun Allah sedia mengurniakan kemewahan kepadanya mahupun ketika berada dipuncak kekuasaan. Baginda tidak suka memerintah orang lain melakukan kerja-kerja yang boleh di buatnya sendiri. Baginda juga sentiasa meluangkan masa bersama keluarganya sengguh pun sibuk dengan berbagai urusan. Jadikan sufi sebagai amalan hidup kita. Mudah-mudahan kita memperolehi kebahagiaan di dunia sebelum menikmati kebahagiaan  di Akhirat. Amin...

Sekian, Wassalam.



Thursday, March 4, 2010

Pahala Bagi Mereka Yang Sabar‏

0 comments

Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sabar itu ada tiga : 

1. Sabar terhadap musibah yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T.akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu sepertipermukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3.Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hinggake Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kaliganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.


ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger