skip to main | skip to sidebar


Friday, March 5, 2010

Ukhuwah

0 comments

Ini adalah sebuah kisah tentang kepemimpinan Ali ibn Abi Thalib dalam Khulafaur rasyidin yang sangat patut kita teladani...

Tidak ada khalifah yang paling mencintai ukhuwwah, ketika orang berusaha menghancurkannya, seperti Ali ibn Abi Thalib. Baru saja dia memegang tampuk pemerintahan, beberapa orang tokoh sahabat melakukan pemberontakan. Dua orang di antara pemimpin Muhajirin meminta izin untuk melakukan umrah. Ternyata mereka kemudian bergabung dengan pasukan pembangkang. Walaupun menurut hukum Islam pembangkang harus diperangi, Ali memilih pendekatan persuasif. Dia mengirim beberapa orang utusan untuk menyadarkan mereka. Beberapa pucuk surat dikirimkan. Namun, seluruh upaya ini gagal. Jumlah pasukan pemberontak semakin membengkak. Mereka bergerak menuju Basra.

Dengan hati yang berat, Ali menghimpun pasukan. Ketika dia sampai di perbatasan Basra, di satu tempat yang bernama Alzawiyah, dia turun dari kuda. Dia melakukan shalat empat rakaat. Usai shalat, dia merebahkan pipinya ke atas tanah dan air matanya mengalir membasahi tanah di bawahnya.

Kemudian dia mengangkat tangan dan berdo'a: "Ya Allah, yang memelihara langit dan apa-apa yang dinaunginya, yang memelihara bumi dan apa-apa yang ditumbuhkannya. Wahai Tuhan pemilik 'arasy nan agung. Inilah Basra. Aku mohon kepada-Mu kebaikan kota ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya. Ya Allah, masukkanlah aku ke tempat masuk yang baik, karena Engkaulah sebaik-baiknya yang menempatkan orang. Ya Allah, mereka telah membangkang aku, menentang aku dan memutuskan bay'ah-ku. Ya Allah, peliharalah darah kaum Muslim."

Ketika kedua pasukan sudah mendekat, untuk terakhir kalinya Ali mengirim Abdullah ibn Abbas menemui pemimpin pasukan pembangkang, mengajak bersatu kembali dan tidak menumpahkan darah. Ketika usaha ini pun gagal, Ali berbicara di hadapan sahabat-sahabatnya, sambil mengangkat Al-Qur'an di tangan kanannya: "Siapa di antara kalian yang mau membawa mushaf ini ke tengah-tengah musuh. Sampaikanlah pesan perdamaian atas nama Al-Qur'an. Jika tangannya terpotong peganglah Al-Qur'an ini dengan tangan yang lain; jika tangan itu pun terpotong, gigitlah dengan gigi-giginya sampai dia terbunuh."

Seorang pemuda Kufah bangkit menawarkan dirinya. Karena melihat usianya terlalu muda, mula-mula Ali tidak menghiraukannya. Lalu dia menawarkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Namun, tak seorang pun menjawab. Akhirnya Ali menyerahkan Al-Qur'an kepada anak muda itu, "Bawalah Al-Qur'an ini ke tengah-tengah mereka. Katakan: Al-Qur'an berada di tengah-tengah kita. Demi Allah, janganlah kalian menumpahkan darah kami dan darah kalian."

Tanpa rasa gentar dan penuh dengan keberanian, pemuda itu berdiri di depan pasukan Aisyah. Dia mengangkat Al-Qur'an dengan kedua tangannya, mengajak mereka untuk memelihara ukhuwwah. Teriakannya tidak didengar. Dia disambut dengan tebasan pedang. Tangan kanannya terputus. Dia mengambil mushaf dengan tangan kirinya, sambil tidak henti-hentinya menyerukan pesan perdamaian. Untuk kedua kalinya tangannya ditebas. Dia mengambil Al-Quran dengan gigi-giginya, sementara tubuhnya sudah bersimbah darah. Sorot matanya masih menyerukan perdamaian dan mengajak mereka untuk memelihara darah kaum Muslim. Akhirnya orang pun menebas lehernya.

Pejuang perdamaian ini rubuh. Orang-orang membawanya ke hadapan Ali ibn Abi Thalib. Ali mengucapkan do'a untuknya, sementara air matanya deras membasahi wajahnya. "Sampai juga saatnya kita harus memerangi mereka. Tetapi aku nasihatkan kepada kalian, janganlah kalian memulai menyerang mereka. Jika kalian berhasil mengalahkan mereka, janganlah mengganggu orang yang terluka, dan janganlah mengejar orang yang lari. Jangan membuka aurat mereka.

Jangan merusak tubuh orang yang terbunuh. Bila kalian mencapai perkampungan mereka janganlah membuka yang tertutup, jangan memasuki rumah tanpa izin, janganlah mengambil harta mereka sedikit pun. Jangan menyakiti perempuan walaupun mereka mencemohkan kamu. Jangan mengecam pemimpin mereka dan orang-orang saleh di antara mereka."

Sejarah kemudian mencatat kemenangan di pihak Ali. Seperti yang dipesankannya, pasukan Ali berusaha menyembuhkan luka ukhuwwah yang sudah retak. Ali sendiri memberikan ampunan massal. Sejarah juga mencatat bahwa tidak lama setelah kemenangan ini, pembangkang-pembangkang yang lain muncul. Mu'awiyah mengerahkan pasukan untuk memerangi Ali. Ketika mereka terdesak dan kekalahan sudah di ambang pintu, mereka mengangkat Al-Qur'an, memohon perdamaian. Ali, yang sangat mencintai ukhuwwah, menghentikan peperangan. Seperti kita ketahui bersama, Ali dikhianati. Karena kecewa, segolongan dari pengikut Ali memisahkan diri. Golongan ini, kelak terkenal sebagai Khawarij, berubah menjadi penentang Ali. Seperti biasa, Ali mengirimkan utusan untuk mengajak mereka berdamai. Seperti biasa pula, upaya tersebut gagal.

Dari: Islam Aktual. Jalaluddin Rakhmat. Mizan, Jakarta 1991

*Source Kisah-Kisah Islam


Thursday, March 4, 2010

Musuh Dalam Selimut

0 comments

Saiyidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Saiyidina Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saiyidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Ramai penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.

Namun ternyata Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba' ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja.

Tetapi Saiyidina Othman menolak dan berkata "Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain." Saiyidina Othman berkata lagi "Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah." sambung Khalifah lagi "Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang.

"Abdullah bin Saba' keluar dengan perasaan gelap. Ia telah bersusah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacaukan ajarannya.

Maka Abdullah bin Saba' berkeliling kemana-mana dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saiyidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada mesyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba'iyah yakni kaum Syiah sekarang.

Bagitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga ia berani berkata, "Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak."

Mendengar khabar beracun seperti itu Saiyidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saiyidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.

*Source Kepompong


Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif‏

0 comments

Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Bagindas.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammads.a.w. berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum BaniThafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish.

Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka.

Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan sifat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: "Hoi, benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?"

Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"

Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku. Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."

Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit juapun. Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usaha Baginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu.

Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik, mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku, kepada Engkauaku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku atau kah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiat Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t.mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata: "Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung-ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."

Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini: "Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."

Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w.yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata: "Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari, apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.

Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendaklah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaan ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka, tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.

Pahala Bagi Mereka Yang Sabar‏

0 comments

Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sabar itu ada tiga : 

1. Sabar terhadap musibah yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T.akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu sepertipermukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3.Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hinggake Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kaliganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.


Monday, March 1, 2010

Iblis Laknatullah Menemui Ajal

0 comments

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qaysberkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka'bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis,

Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: "Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihataku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat".

Maka dijawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut,sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir".

Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: "Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut."

Pada mulanya Ka'abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: "Jika dunia sudah akhir dan hampir di tiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suara yang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagisatu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati,maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya".

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: "Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis.

"Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda,dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka".

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timur hingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblislaknatullah sekali lagi: "Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakanpadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitunganorang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup,dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakahengkau akan lari!!"

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul dihadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung.

Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah duniadi kubur nabi Adam AS sambil berkata: "keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan". Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: "Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dandengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Malaikat Izrail pun menjawab: "Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda",

Maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur kebarat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini. Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha.

Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu. Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya.

Sesudah melihat, maka keduanya berdoa:"Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmat Mu pada kami".

Wallahu'alam.

*Source abumusa2 


Sunday, February 28, 2010

Nabi Isa A.S. Dengan Sam bin Nuh

0 comments

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S. telah menghidupkan orang yang matidengan izin Allah S.W.T.

Orang-orang kafir telah berkata: "Wahai Isa,sesungguhnya kamu telah menghidupkan orang yang baru mati, mungkinmereka yang kamu hidupkan itu belum betul-betul mati. Kalau kamu orang yang benar maka cubalah kamu hidupkan orang yang mati pada zaman pertama dahulu supaya dapat kami lihat."

Nabi Isa berkata: "Katakanlah orang yang hendak kamu lihat?"

Orang-orang kafir berkata: "Hidupkanlah Sam bin Hud supaya kami dapat lihat kebenaranmu."

Nabi Isa A.S. pun pergi ke kubur Sam bin Nuh lalu mengerjakan solat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah. Maka dengan izin Allah S.W.T. maka hiduplah Sam bin Nuh.

Setelah Sam bin Nuh dihidupkan, Nabi Isa melihat rambut dan janggutnya sudah putih,

lalu Nabi Isa A.S. berkata: "Wahai Sam kenapa rambut kamu putih beruban padahal rambut kamu tidak begini sebelumnya?"

Sam bin Nuh berkata: "Aku telah mendengar panggilankamu, aku sangka Kiamat telah tiba maka rambut dan janggutku menjadi putih beruban sebab takutnya hari Kiamat."

Nabi Isa A.S. berkata: "Sudah berapa lama kamu meninggal?"

Sambin Nuh berkata: "Aku telah meninggal sejak 4,000 tahun, tetapi sampai sekarang belum lagi hilang sakitnya sakaratul maut dan cukup pedih." 


Monday, February 15, 2010

Fenomena Hujan dalam AlQuran

0 comments

'Apakah kamu tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diatur-Nya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkannya-Nya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu Kami melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal'. (QS.Az-Zumar,39:21).

Hujan merupakan anugerah yang diberikan Allah SWT bagi semua makhluk di alam semesta. Tetesan air yang turun dari langit menjadi sumber kehidupan bagi semua makhluk hidup. Berkat kekuasaan Sang Khalik, setiap saat miliaran liter air berpindah dari lautan menuju atmosfer lalu kembali lagi menuju daratan. Kehidupan pun bergantung pada daur air ini.

Harun Yahya dalam 'The Signs in The Heavens and the Earth for Men of Understanding' yang di alihbahasakan dalam Pustaka Sain Populer Islami: Manusia dan Alam Semesta terbitan Dzikra. menjelasan kekuasaan Allah SWT dalam menciptakan hujan. Harun juga membuktikan kebenaran dan kesesuaian ayat-ayat Alquran yang menjelaskan fenomena hujan dengan sains modern. ''Andai manusia mencoba mengatur daur di alam semesta, maka tak akan pernah berhasil, walaupun mengerahkan semua teknologi yang ada di bumi,'' paparnya.

Tanpa harus menggunakan biaya dan teknologi, makhluk hidup di bumi bisa menikmati air melalui proses penguapan. Menurut Harun, setiap tahunnya 45 miliar liter kubik air menguap dari lautan. Air yang menguap tersebut dibawa angin melintasi daratan dalam bentuk awan. Setiap tahun 3-4 miliar liter air dibawa dari lautan menuju daran untuk dapat dinikmati dan dimanfaatkan manusia.
Untuk itulah Al quran mengajak manusia untuk mensyukuri hujan sebagai kurnia yang diberikan Allah kepada makhluk-Nya.

Dalam Alquran surat Al Waaqi'ah ayat 68-70 Sang Khalik berfirman,'

'Maka terangkanlah kepada-Ku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, nisaya Kami jadikan dia asin, maka mengapa kamu tidak bersyukur.''

Menurut Harun, Alquran dalam surat Az-Zukhruf ayat 11 mendefinisikan hujan sebagai air yang dikirimkan ''menurut kadar.'' Dalam ayat itu Allah berfirman, ''Dan Yang menurunkan air langit menurut kadar (yang diperlukan).'' Harun menjelaskan, firman Allah SWT itu sangat sesuai dengan hasil kajian ilmu pengetahuan modern.

Betapa tidak. Hujan turun ke bumi dengan takaran yang tepat. Takaran pertama yang berhubungan dengan hujan tentulah kecepatan turunnya. Menurut Harun, benda yang berat dan ukurannya sama dengan air hujan, bila dijatuhkan dari ketinggian 1.200 meter, akan mengalami perceoatan terus menerus dan akan jatu ke bumi dengan kecepatan 558 km/jam.

''Akan tetapi rata-rata kecepatan jatuhnya air hujan hanyalah 8-10 km/jam,'' papar Harun. Ia menjelaskan, air hujan jatuh kebumi dengan kecepatan yang rendah, karena titik hujan memiliki bentuk khusus yang mampu meningkatkan efek gesekan atmosfer dan membantu hujan turun ke bumi dengan kecepatan yang lebih rendah. Harun menuturkan, ''Andaikan bentuk titik hujan berbeda, atau andaikan atmosfer tak memiliki sifat gesekan, maka bumi akan menghadapi kehancuran setiap hujan turun.''

Menurut dia, ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter. Efek yang ditimbulkan satu test air hujan yang jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan benda seberat satu kilogram yang jatuh dari ketinggian 15 cm. ''Awan hujan pun dapat ditemui pada ketinggian 10 ribu meter. Pada kasus ini, satu tetes air yang jatuh akan memiliki efek yang sama dengan benda seberat satu kilogram yang jatuh dari ketinggian 110 cm,'' tutur Harun. Ia menambahkan, dalam satu detik, kira-kira 16 juta ton air menguap dari bumi. Jumlah itu, ungkap Harun, sama dengan jumlah air yang turun ke bumi dalam satu detik. ''Dalam satu tahun, diperkirakan jumlah ini akan mencapai 505x1.012 ton. Air terus berputar dalam daur yang seimbang berdasarkan takaran.''

Dalam surat An-Nahl ayat 10-11 Allah SWT berfirman,  

''Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.''

Yang tak kalah menarik untuk dicermati, Alquran menjelaskan bahwa air hujan adalah ''tawar''. Dalam surat Al Waaqi'ah ayat 68-78, Allah SWT secara tak langsung Allah SWT telah menyatakan bahwa air hujan yang dinikmati umat manusia rasanya tawar. ''...Kalau Kami kehendaki, niscaya kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?''

Secara tegas dalam surat Al-Mursalat ayat 27, penjelasan tentang air tawar dijelaskan secara tegas. ''...dan Kami beri minim kamu dengan air yang tawar.'' Tak hanya tawar, air yang diturunkan Allah SWT pun dijamin bersih. Dalam surat Al Furqan ayat 28, Allah SWT berfirman,''... Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.''

Ayat-ayat tersebut dapat dijelaskan kebenarannya berdasarkan sains. Menurut Harun, air hujan berasal dari 97 persen penguapan air laut yang asin. Lalu mengapa ketika turun ke bumi dalam bentuk air hujan menjadi tawar? Harun menuturkan, air hujan bersifat tawar karena adanya hukum fisika yang telah ditetapkan Allah. ''Berdasarkan hukum ini, dari manapun asal penguapan air, baik dari laut yang asin, dari danau yang mengandung mineral, atau dari dalam lumpur, air yang menguap tidak pernah mengandung bahan lain,'' paparnya. Harun mengungkapkan, air hujan akan jatuh ke tanah dalam keadaan murni dan bersih, sesuai ketentuan Allah yang telah dijelaskan dalam surat Al Furqan di atas.

Kebenaran Alquran telah diakui para saintis Barat. Prof Alfred Kroner, guru besar Departemen Geosains Universitas Mainz, Jerman, mengaku terkagum-kagum dengan isi Alquran yang mampu menjelaskan asal mula terbentuknya alam semesta. "Memikirkan dari mana Muhammad berasal ... saya berpikir hampir tak mungkin dia telah mengetahui banyak hal tentang asal mula alam semesta," paparnya.

Atas dasar itu, Prof Kroner juga meyakini bahwa Alquran yang disampaikan Nabi Muhammad SAW adalah firman yang berasal dari Tuhan. Hal senada diungkapkan Prof Yushidi Kusan, direktur Observatorium Tokyo, Jepang,. Ia juga menyatakan sangat terkagum-kagum dengan apa yang dijelaskan Alquran tentang alam semesta.

"Saya sangat terkesan dengan fakta-fakta astronomi dalam Alquran yang terbukti kebenarannya. Kami, para astronomi modern, baru mempelajari secuil saja tentang alam semesta," ungkapnya. "Dengan membaca Alquran dan menjawab pertanyaan, saya kira, saya dapat menemukan jalan di masa depan untuk menginvestigasi alam semesta."

Proses Pembentukan Hujan dalam Alquran Para saintis telah mempelajari beragam jenis awan. Selain itu, kalangan ilmuwan juga meneliti proses terbentuknya awan dan bagaimana hujan terjadi. Secara ilmiah, saintis memaparkan proses terjadinya hujan dimulai dari awan yang didorong angin. Awan Cumulonimbus terbentuk ketika angin mendorong sejumlah awan kecil ke wilayah awan itu bergabung hingga kemudian terjadi hujan.

Tentang fenomena pembentukan awan dan hujan itu, Alquran pun menjelaskannya secara akurat. Simaklah Alquran surat Annur ayat 43.

''Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)-nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka, kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan, seperti) gunung-gunung. Maka, ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan."

Menurut Harun Yahya, manusia baru mengatahi tahapan pembentukan hujan setelah radar cuaca ditemukan. Namun, Alquran telah menjelaskan secara detail pada 14 abad silam. Berdasarkan pengamatan radar, papar Harun, pembentukan hujan terhadi dalam tiga tahap. ''Pertama, pembentukan angin; kedua, pembentukan awan; ketiga, turunnya hujan,'' papar Harun.

Jauh sebelum manusia mengetahui itu, Allah SWT dalam surat Ar-Ruum ayat 48 berfirman,

'' Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.''

Harun menjelaskan ayat itu sangat sesuai dengan pemantauan radar cuaca. Tahap pertama pembentukan hujan dijelaskan lewat , ''Allah, Dialah yang mengimkan angin...'' Tahap kedua dijelaskan dalam, ''...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang di kehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal...'' Tahap ketiga, ''... lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya.''

'Sungguh Allah SWT Mahakuasa atas segala sesuatu.'

*Source Ikadi.


Sunday, February 14, 2010

Perkara Yang Dilarang Ketika Solat

0 comments



1. Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

2.Berdiri di atas satu kaki.

3. Duduk diantara dua sujud dengan kedua-dua lutut dan jarikaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

4. Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukukdan sujud. (Keadaan itu menyerupai orang yahudi dalam solat mereka.)

5. Mangangkat pakaian (Sarung dan celana) ketika sujud samaada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketikasolat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Aku diperintshksn bersujud di atas tujuhanggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut.”

6. Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkallengan dari dada.

7. Menyambung antara bacaan Al-Fatihah dan takbiratul ihramserta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itumenjadi imam. Sepatutnya ia berdiam diri sebelum membaca Al-Fatihah dan rukuk.


7a.Makmun pula hendaklah tidak menyambung takbiratulihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengansalam imam.  Ia perlu berdiam dirisejenak sebelum takbiratul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salamselepas imam.

7b. bagi imam dan makmum, jabgan sesekali menyambung ucapansalam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diamsejenak.

8.Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besarkerana ia boleh menggangu khusyuk dalam solat.

9. Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat laparapatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w besabda:“Apabila diserukan solat isya sedang makan malam siap , dahulukan makan sebelummengerjakan solat isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinyamentap tidak terpengaruh.”

10. Beberapa ulama salaf berkata: “Empat perkara tidak patutdilakukan didalam solat iaitu berpaling, mengusap muka , mempermainkan batukerikil (ditempat solat) dan solat ditempat lalu lintas.”

11.Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilang jarikedua-dua  tangan, mempermainkan sendijari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengankain  dan memasukkan kedua-dua tangandiantara kedua-dua paha ketika rukuk.

*Sumber Media Permata.


Kehadiran Malaikat Maut

0 comments

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran Malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan Malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat. Sesungguhnya Malaikat maut menjalankan arahan Allah s.w.t dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Jika Allah s.w.t menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah s.a.t. jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian,yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.

Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang,ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar,kerana Allah Ta'ala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati,untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu,membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan,ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Dikalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah s.w.t masih menyayanginya.

Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah s.w.t mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah s.w.t sedang murka terhadap dirinya, sebab itula Allah tidak beri amarah terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

*Source Buku Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya.


Kehilangan Unta Kesayangan

0 comments

Seorang Tabiin bernama Umarah bin Zazan pernah bercerita: Pada suatu masa, Umarah menyertai satu rombongan yang besar bersama sahabatnya Ziyad Al-Namiriy. Mereka meredah padang pasir yang luas dengan menunggang unta, kuda dan keldai. Mereka turut membawa barang-barang keperluan seperti bekalan makanan, minuman dan peralatan senjata.

Setelah melalui perjalan yang jauh dari Makkah, ketua rombongannya telah memberi isyarat untuk berhenti berehat sebentar di sebuah tempat. Maka setiap orang dikehendaki menambat binatang tunggangan masing-masing. Mereka menghilangkan rasa penat dan dahaga dengan berbaring dan meneguk air. Setelah lama berehat, mereka bangun dari tempat masing-masing untuk meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba seorang ahli rombongan itu telah kehilangan unta kesayangannya. Ia merasa sangat bimbang, lalu berusaha mencari untanya. Ia menyiasat dikawasan sekitarnya tetapi tidak menemui untanya. Puas sudahia mendaki bukit bukit dan menuruni tanah rendah, tetapi tidak menemui unta kesayangannya. Ia terpaksa menerima ujian sedemikian rupa dengan hati yang penuh tabah dan pasrah. Perkara tersebut telah diadukan kepada Ziyad Al-Namiriy. Seorang yang dianggap makbul doanya.

"Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu satu amalan yang dilakukan oleh Anas?"  tanya Ziyad Al-Namiriy.

"Sudah tentu," jawab ahli-ahli rombongan.

Kemudian Ziyad Al-Namiriy membaca surah Al-Sajdah. Sampai di ayat Sajdah ia terus sujud (tilawah). Kemudian Ziyad berdoa dengan tiba-tiba datang seekor unta yang sedang ditunggangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki tersebut menyerahkan unta yang hilang itu dengan tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Semua orang yang menyaksikan kegembiraan pemilik unta itu tanpa menyedari pemergian lelaki aneh yang hilang sekelip mata.

*Source buku kisah orang-orang yang dimakbulkan doanya.


Tepung Menjadi Roti

0 comments

Habib Ajmi merupakan seorang yang warak. Suatu hari, isterinya menyiapkan tepung gandum untuk membuat roti. Kemudian dia keluar sebentar ke rumah jiran untuk meminta api. Pada masa yang sama, datang seorang peminta sedekah ke rumah Habib Ajmi. Habib Ajmi memberikan tepung yang baru disiapkan itu kepada peminta sedekah tersebut. Apabila isterinya pulang membawa api, dia terkejut melihatkan tepungnya sudah tiada!

Dia pun bertanya kepada suaminya, "Kemana tepung yang baru saya siapkan tadi?"

Habib Ajmi menjelaskan, "Tepung itu sudah pergi menjadi roti."

Isterinya tidak berpuas hati dengan jawapan itu lalu bertanya lagi. Akhirnya Habib Ajmi memberitahu bahawa tepung itu sudah disedekahkan olehnya.

Isterinya kehairanan lalu berkata, "Subhanallah! Hanya itulah saja tepung yang ada di rumah kita untuk hari ini. Kini apakah yang akan kita makan? Kita juga memerlukan makanan!"

Sedang isteri Habib Ajmi mencurahkan isi hatinya, tiba-tiba datang seorang lelaki ke rumah mereka. Lelaki itu membawa sebuah bekas besar yang berisi penuh roti berserta semangkuk lauk daging.

Habib Ajmi lalu berkata, "Tengoklah! Begitu cepat tepung menjadi roti. Malah lauk pun ada sebagai tambahan!"

Barangsiapa yang bersedekah kerana Allah, pasti akan digandakan ganjarannya sama ada didunia mahupun diakhirat.


Pengajaran Yang Berguna

0 comments


Di zaman Abu Yazid al-Bustami, terdapat seorang murid yang masih dalam peringkat mendalami persoalan kesufian. Murid itu telah datang menemui beberapa orang guru untuk bertanyakan beberapa soalan. Dalam keghairahan bertanya itu, kadangkala dia hanya mengemukakan soalan sekadar membanding-bandingkan pendapat guru-guru yang ditemuinya. Suatu ketika, murid itu datang berjumpa Syeikh Abdurrahman bin Yahya untuk bertanyakan persoalan mengenai tawakal.

 Murid itu bertanya,“Wahai Syeikh, bagaimanakah tawakal itu?”

Syeikh Abdurrahman lalu menerangkan, Seandainya kamu memasukkan tanganmu kedalam mulut ular berbisa, janganlah kamu berasa takut selain kepada Allah.”

Murid itu kemudiannya menuju kerumah Abu Yazid Al-Bustamiuntuk bertemunya dan bertanyaka soalan yang sama. Sampai dirumah Abu Yazid,murid itu memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Namu Abu Yazid tidak membuka pintu apalagi menjemputnya masuk kerumah, sebaliknya terus bertanya,

“Bukankah jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdurrahman  sudah cukup buat kamu?”

“Benar, tapi bukalah pintu ini dulu dan benarkanlah saya masuk,” minta murid itu.

“Tidak perlu, kamu datang hanyalah untuk membanding-bandingkan pendapat antara guru, jadi jawapannya cukuplah diterima dari belakang pintu sahaja,” beritahu Abu Yazid.

Timbul rasa kesal dihati murid tersebut kerana sikapnnya yang tidak baik itu. Dia lantas bertaubat dan berazam akan menziarahi Abu Yazid disuatu hari nanti. Sejak hari itu, murid tersebut telah berusaha membersihkan hatinya. Setelah setahun berlalu, berulah murid itu datang kembali kerumah AbuYazid. Kali ini Abu Yazid menyambut kehadirannya dengan gembira.

Ucapnya, “Selamat datang, kini berulah benar-bear kamu datang menziarahiku.”

Murid itu menetap bersama Abu Yazid Al-Bustami selama sebulan. Selama tinggal bersama sesuatu yang tidak baik terdetik dihatinya akandiketahui oleh Abu  Yazid. Kemudian AbuYazid akan memberitahu murid itu apakah kesilapannya lalu membetulkannya.

Bagi seseorang murid hendaklan dia sentiasa memeliharaadab-adab kepada gurunya. Jangan sampai menyinggung perasaan guru sehingga ilmuyang diperolehi tidak diberkati Allah.

*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.


Bahaya Kekuasaan

0 comments


Sufyan Ats-Tsauri merupakan salah seorang ulama besar.Beliau pakar dalam ilmu hadis dan tergolong ahli ilmu feqah yang terkemuka. Imam Abu Hanafiah sendiri sering bertemu dengannya untuk membincangkan persoalan mengenai beberapa hukum feqah. Beliau dibesarkan dari sebuah keluarga yang sememangnya menghargai ketinggian ilmu. Malah ibunya merupakan pendorong kuat kepada Sufyan supaya menuntut ilmu dari usia muda lagi. Justeru itu tidak hairanlah, beliau sudah member fatwa-fatwa ketika masih muda.

Sufyan menyara dirinya dengan berdagang secara kecil-kecilan. Beliau membeli barang dagangan dari Yaman dan kemudiannya menjual di Kufah. Hasil dagangannya hanya sekadar membantunya untuk beribadah dan memeliharanya dari kelaparan. Beliau juga bersedia meminjamkan wangnya kepada sesiapa yang ingin berdagang tanpa pembahagian keuntungan.

Ulama ini menjalani hidupnya secara zuhud dengan menjauhkan dari kemewahan.  Khalifah abu JaafarAl-Mansur dan juga Al-Mahdi sering menawarkan kedudukan dan kesenangan padanya.Namun sufyan lebih rela menghadapi penindasan daripada menerima tawaran tersebut. Sufyan juga pernah menolak wang pemberian dari Khalifah Al-Mansur yang berjumlah ribuan dirham. Beliau sebenarnya berpeluang menjadi orang terkaya di Kufah namun beliau tetap memilih untuk hidup zuhud.

Beliau pernah menyatakan, “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih rendah dari kekuasaan. Seringkali terdapat seorang zuhud yang menjauhi makanan sedap, minuman segar, harta kekayaan dan pakaian indah, namun ketika diberi kekuasaan tiba-tiba dia menjadi seorang yang zalim.”

Selain menjauhkan diri dari kesenangan duniawi, Sufyan juga sentiasa menjaga hatinya supaya terlepas dari sifat takabur, bangga dan riyak. Mengenai hal ini beliau pernah berkata,

“Kadangkala seseorang mengerjakan kebaikan secara rahsia, tetapi syaitan sentiasa menggodanya sehingga dapat menaklukinya. Maka kemudiannya orang itu pu mengerjakan kebaikan secara terang-terangan. Syaitan ,menggodanya lagi sehingga dia ingin dipuji ketika mengerjakan kebaikan, maka itulah yang dikatakan riyak. Sesungguhnya seburuk-buruk keinginan adalah mencari harta dengan amalan akhirat.”

Sufyan Ats-Tsauri dilahirkan pada tahun 97H di kufah dan menetap lama disana. Akhirnya beliau berpindah ke Basrah dan meninggal duniapada tahun 161H.

*Sumber  Buku Kisah-Kisah Sufi Siri.


Thursday, February 11, 2010

Jin Berbentuk Ular Dalam Rumah Abu Said Al Khudri

0 comments

IMAM Muslim meriwayatkan dalam sahih-nya dari Abu As- Sa'ib yang pernah menjadi hamba sahaya Hisyam bin Zuhrah, ia berkata: "Saya pernah masuk menemui Abu Said Al-Khudri lalu aku menemui dia sedang solat. Kemudian aku duduk untuk menantikan hingga ia selesai mengerjakan solat. Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu yang bergerak dibawah tempat tidur rumahnya, rupanya seekor ular, lalu aku berdiri untuk membunuhnya. Akan tetapi Abu Sa'id memberikan isyarat supaya aku tetap saja duduk ditempatku.

Setelah selesai mengerjakan solat ia memberikan isyarat kepadaku tentang sebuah rumah yang berdekatan dengan rumahnya lalu berkata: "Tahukah kamu tentang rumah itu"

Aku menjawab: "Ya."

Ia berkata lagi: "Rumah itu dahulunya pernah tinggal seorang pemuda yang baru saja menikah, kemudian dia pergi bersama Rasulullah untuk ikut berperang Khandaq. Ketika sedang bersama Rasulullah SAW tiba-tiba pemuda itu meminta izin sambil berkata: "Ya Rasulullah, izinkanlah aku untuk menempati janjiku kepada isteriku."

Rasulullah SAW pun mengizinkannya serta berkata: "Bawalah senjatamu, kerana aku bimbang terjadi serangan dari Bani terhadap dirimu."

Kemudian pemuda itu pun pergi menemui isterinya yang secara kebetulan pada saat itu ia melihat isterinya sedang berdiri diantara dua pintu ( pintu di muka rumah ) .Lalu pemuda itu dengan segera ingin memanah isterinya kerana rasa cemburu .

Akan tetapi isteri pemuda itu berkata :"Janganlah kamu bersikap terburu- buru sehingga terlebih dahulu kamu masuk dan melihat apa yang ada didalam rumah."

Pemuda itu masuk dan melihat ada seekor ular sedang berlengkar diatas tempat tidurnya, lalu pemuda itu pun melepaskan anak panahnya kepada ular tersebut. Kemudian pemuda itu bergembira dan melemparkan ular itu dihalaman rumah. Ular itu menggeliat di hujung anak panah dan ketika itu juga pemuda itu tersungkur lalu mati. Tidak diketahui entah mana yang dulu mati, apakah ular atau pemuda itu.

Setelah peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah, maka Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya di madinah ada jin yang telah masuk islam. Kerana itu, jika kamu melihat sesuatu dari mereka, maka izinkanlah tiga hari. Jika masih kamu melihatnya setelah itu, maka bunuhlah kerana ia adalah syaitan."


Hidup Seorang Sufi

0 comments


 Imam Fakhruddin ar-Razi merupakan seorang ulama tafsir yang hidup zuhud. Dia banyak mewarisi harta ayahnya yang merupakan khatib negeri Ar-Rai di mana sering mendapat hadiah dari sultan dan para pegawai tinggi kerajaan.

Meskipun Imam Ar-Razi termasuk golongan hartawan namun diatidak mengabaikan peranannya sebagai ulama yang meyebarkan ilmu. Dia telah Berjaya menggabungkan urusan dunia dengan akhirat. Ketokohan Imam Ar-Razi begitu dikagumi dan disegani oleh semua peringkat termasuklah para ulama,raja-raja dan golongan atasan.

Apabila mereka ingin bertemu dengan Imam Ar-Razi, mereka akan datang sendiri kerumah ulama itu dan bukan memanggilnya ke istana. Begitu juga dengan Sultan Alauddin Khawarizma, dia akan datang kerumah Imam Ar-Razi tanpa diiringi oleh para pengawalnya. Imam Ar-Razi juga pernah megunjungi negeri Harrah. Sultan negeri itu sendiri yang menyambut kedatangannya denngan penuh hormat. Ulama itu telah dihamparkan permaidani dan sejadah didalam masjid.

Harta yang banyak tidak menjadikan dirinya lupa kepada Allah dan perjuangan Islam. Imam Ar-Razi hanya memakai pakaian yang begitu sederhana cukup untuk menutup aurat. Dia juga hanya makan sekadar bagi memberinya tenaga untuk mengajar amalan-amalan lain. Ternyata kehidupannya tidak berbeza dengan kaum sufi yang lain.

Meskipun Imam Ar-Razi mendapat sanjungan ramai, namun adajuga golongan yang tidak sependapat dengannya. Ini disebabkan perbezaan fahaman. Malah dikatakan aliran Al-Kiramiah telah meracuni Imam Ar-Razi sehingga membawa kepada maut. 

*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.


ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger