skip to main | skip to sidebar


Monday, December 5, 2011

Ajl 24 Dan illuminati, Satu Perancangan?


Alhamdulillah, kisah Faizal Tahir dan Tongkatnya berjaya menarik ramai pembaca, mungkin menerusi medium Pak Cik Google, peminat-peminat Faizal Tahir ketemui blog ini. Cerita hari ini bukan lagi tentang FT tapi AJL keseluruhannya, mungkin sudah ada yang terbaca tentangnya tapi pada post kali ini saya selitkan sekali pendapat peribadi saya mengenainya.

Dulu saya pernah menghantar post Video The Arrival, sebuah dokumentari yang menceritakan pergerakan Freemasonry atau Illuminati, adakah anda sudah mengkhatamkan video tersebut? Belum? Tidak apa kerana saya pun belum khatam lagi tapi rasanya setakat dengan pembacaan dan penceritaan daripada rakan-rakan sejak di sekolah menengah lagi, saya sudah mampu untuk berbicara tentangnya. Tapi andaikata ada kesalahan dalam penulisan ini, saya mohon maaf dan sila perbetulkan.

Diberitakan kepada saya bahawa Freemasonry ini bukanlah satu agenda yang baru cuma ramai yang sedar tentangnye selepas peristiwa 11 September, selepas pengeboman Pentagon dan menara berkembar WTC. Jom imbas kembali apa yang berlaku selepas 11 September 2001!

Piramid Bermata Satu
11 September 2001,2 atau 3 orang umat Islam disyakki terlibat dalam kes pengeboman Pentagon dan menara berkembar WTC. Namun,umat Islam dan pemikir-pemikir barat mula berfikir kerana ada desas-desus yang menyatakan bahawa peristiwa 11 September itu dirancang oleh satu kumpulan yang lain. Apatah lagi apabila mereka terjumpa satu bukti kukuh iaitu lebih 1000 orang Yahudi yang berkerja di WTC tidak datang ke tempat kerja pada hari tersebut. Akhirnya, konspirasi demi konspirasi timbul dan terus mendedahkan kepada dunia bahawa Islam tidak bersalah dalam kejadian 11 September tersebut.






Satu penemuan yang berkait dengan Freemasonry/Illuminati ini ialah lambang Piramid bermata satu di Dollar Us. Piramid bermata satu merupakan logo kepada kumpulan Freemasonry ini. Kumpulan ini ditubuhkan pada 900 masihi oleh orang Yahudi dengan 10 agenda utama. Ada juga yang menyatakan kumpulan ini ditubuhkan untuk menyambut kedatangan Dajjal dan Al-Masikh Imam Mahdi.

Pada dulunya, untuk bergerak bebas, Freemasonry memakai baju Kristian, beramal seperti orang Kristian dan memegang bible yang sama dengan orang Kristian. Namun,pergerakan mereka berjaya dikesan dan pada 1917, mereka disenarai hitamkan dalam kod undang-undang kanon. Bagaimana mereka disenari hitamkan, apakah yang akan terjadi apabila seseorang itu dipercayai ahli Freemasonry, silalah tonton filem Angels And Demons dan Da Vinci Code, mungkin filem-filem tersebut boleh membantu anda memahami Freemasonry dengan lebih menarik.

Cukup tentang Freemasonry, kita akan bincang kaitan AJL 24 dan Freemasonry atau Illuminati ini. Artikel di bawah di copy bulat-bulat dari blog jejak tinggalan rasul dan di bawah sekali saya selitkan pendapat saya tentang AJL 24, Freemasonry dan hakikat sebenarnya:

Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu. 

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;



  
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot Dibawah ini?

Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa? 
















Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red

Ingatkah anda lady in red?
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

 

Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
 
Tali Pemegang Gitar

Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain.

 
Ketika persembahan Jeffry Din
Bagaimana dengan yang dibawah ini? 
Apa persamaannya dengan yang di bawah?


Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis. 

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. 
Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. 

Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda…

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid.


Persoalannya di sini, adakah ini kebetulan atau sengaja dibuat-buat? Jika hal ini sengaja dibuat-buat, alangkah pelik kerana pengurus projek AJL kali ini ialah seorang Melayu Muslim? Masakan dia tidak mengambil berat tentang perkara yang sensitif ini? Saya tidak ingin menabur fitnah kepada pengurus projek kerana saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir, saya ambil kaedah yang selamat,  pendekatan berhikmah, saya kata semua ini sebagai satu kebetulan.Ya,sebagai satu kebetulan, kebetulan yang dirancang!

Anda rasa siapakah dalang di sebalik semua ini? Betul jawapan anda, Illuminati! Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak ingin mempengaruhi anda supaya percaya tentang Illuminati tapi saya hanya mengutarakan hujah dan pendapat peribadi saya, ini bukan hukum agama atau ini bukan quran mahupun sunnah, sekadar pendapat peribadi. Kenapa saya kata semua ini dirancang oleh Illuminati?

Sebenarnya,simbol-simbol ini telah lama cuba didedahkan kepada umum dalam tidak sedar, dalam erti kata lain, mereka mengajar simbol-simbol ini kepada minda separa sedar kita. Contohnya lambang piramid bermata satu di Dollar US. Sesiapapun tidak perasan yang dia telah melihat lambang tersebut tapi hakikatnya, minda separa sedarnya telah membaca lambang tersebut dan sedikit demi sedikit mempengaruhi minda kita.

Tentang minda separa sedar, contoh yang paling baik ialah minuman Milo. Iklan Milo berada di mana-mana, di kaca televisyen, di radio, di tepi-tepi jalan dan di dada-dada akhbar. Walaupun tidak membacanya, kita tahu,jika ada cecair bewarna coklat, itu milo! Dan bila kita ke restoran, ada sesiapa yang pesan air coklat? Tidak,ramai yang pesan air milo walhal itu adalah air coklat.

Contoh lagi,kita akan menduduki peperiksaan pada minggu depan dan hari ini pensyarah masuk ke dalam kelas dan memberitahu ‘range’ yang akan masuk peperiksaan. Tengah pensyarah bercerita tentang bab 3, dia terdiam dan terus ke bab 4. Pasti ramai di antara kita yang akan cakap bab 3 akan masuk peperiksaan. Inilah minda separa sedar.

Mereka tidak kisah jika ada orang menafikan kewujudan mereka malah mungkin itu salah satu cara mereka menyampaikan dakyah mereka, inilah yang dinamakan ‘reverse psychology’. Semakin kuat orang menafikan kewujudan mereka, semakin orang percaya akan kewujudan mereka. Saya tertarik satu contoh yang diberikan kepada kami (pelajar JAD) semasa kem Ibadah dan Rehlah minggu lepas tentang ‘reverse psychology’.

”Jangan banyangkan seekor beruk memakai seluar pendek berwarna merah naik motosikal,” kata penceramah dan memang diakui bahawa kami semua membayangkan apa yang dilarangnya.

Pendekatan ini selalu digunakan oleh nenek moyang kita apabila melarang kanak-kanak lakukan sesuatu contohnya ketika mereka melarang cucu mereka memanjat pokok, “panjat lagi,panjat lagi!”Secara automatik, cucunya akan turun daripada pokok tersebut. Inilah kaedah yang mereka gunakan, ‘reverse psychology’.

Ternyata ‘reverse psychology’ dan pengaruh minda separa sedar yang digunakan oleh mereka telah menjadi. Buktinya,jika semua yang berlaku di AJL 24 itu tidak dirancang,bagaimana semua yang terlibat sepakat memakai pakaian yang mangandungi unsur-unsur Illuminati?

Percaya atau tidak,terpulang kepada anda.Pada pendapat saya, kewujudan Freemasonry atau Illuminati tidak dapat disangkal lagi, mempercayai kewujudannya tidak mendatangkan dosa kepada kita tapi beramal dengannya, itulah yang berdosa. Fikir-fikirkanlah..

Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010.

*Source Azzariyat.




1 comments:

  1. kalau ada yg tida kena dari pandangan mata, biarkan.. jgn kita menghukum sesorang itu dengan terjadinya suatu perkara.. siapa kita utk menghukum sesorang? apa kuasa kita utk menghukum sesorang? kita semua sama.. "hamba ALLAH".. biarlah ALLAH yg tentukan segala2nya kerana ALLAH yg MAHA MENGETAHUI dan KUASA ke atas segala2nya.. cuma kita sebagai hamba NYA, memohon kepadaNYA supaya ditunjukkan jalan yg benar, jalan yg lurus, dan jalan yg di redhaiNYA...

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger