skip to main | skip to sidebar


Monday, December 5, 2011

Surah Teristimewa Rasulullah S.A.W


Al-Fatihah atau dikenali sebagai ummu kitab. Ibu bagi surah-surah yang terkandung di dalan Al-Quran. Al-Fatihah juga merulapah antara surah teragung yang terkandung di dalam Al-Quran selain surah Yaasin. Sebagaimana yang kita tahu, surah ini terdapat pelbagai keistimewaannya tersendiri. Antaranya ialah:

Penyembuh Penyakit

Abdullah bin Abas telah berkata: Pada suatu hari, Husain bin Ali, cucuanda Rasulullah telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan nabi berdukacita. Lalu nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali.

Surah Teristimewa Untuk Nabi Muhammad s.a.w Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadaku sebuah surah yang tidak diturunkanNya kepada sesiapapun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku. Riwayat Ibnu Abbas.

Bacaan Al-Fatihah sendiri menjadi salah satu cabaran bagi seorang imam yang paling menggoncangkan perasaan apabila ada suara menyatakan, “Imam tidak betul membaca Al-Fatihah.” Saya pernah juga mendengar kata-kata tersebut. akibatnya ada pula yang berkata, “Aku tidak mahu solat di masjid kerana imamnya tidak betul membaca Al-Fatihah.”

Bacaan Al-Fatihah sangat kritikal. Berubah makna bacaan maka tidak sahlah solat tersebut. Saya orang biasa-biasa yang sentiasa takut dengan bacaan Al-Fatihah. Ia bukan soal menjadi imam tetapi saya  mahu bacaan saya menjadi setepat mungkin. Tidak mungkin saya mahu membiarkan solat saya tidak sempurna hanya kerana bacaan Al-Fatihah saya tidak baik. dan solat saya menjadi sia-sia begitu sahaja.

Pernahkah anda terfikir akan bacaan Al-Fatihah masing-masing? Pernah anda menyemak semula bacaan Al-Fatihah anda? Manalah tahu ada yang tersilap baca, yang menyebabkan kita tersalah lafaz bacaan Al-Fatihah di dalam solat kita.

Bukan saya hendak menakutkan pembaca sekalian dengan bacaan Al-Fatihah masing-masing. Bagi saya, setiap surah yang yang sudah menjadi kelaziman kita melafazkannya di dalam solat, hendaklah kita perbaharui hafalannya. Sama seperti kereta yang kita miliki. Kita tidak menggunakannya tanpa menservis kereta itu. Kita akan berusaha untuk memastikan kereta yang kita miliki itu mampu untuk digunakan dalam jangka masa yang lama.

Seperti hafalan kita juga. Kita juga perlu sentiasa membaiki hafalan surah-surah yang kita sudah pun hafal. Lebih-lebih lagi surah AL-Fatihah kerana ia merupakan rukun dalam solat yang kita lakukan 5 kali setiap hari.

Sabda rasulullah: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakan Al-Fatihah didalammya. Riwayat Anas bin Malik.

Jadi, marilah kia sama-sama muhasabah diri masing-masing. Adakah sudah sempurna bacaan Al-Fatihah kita?

*Source Azzariyat .


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger