skip to main | skip to sidebar


Monday, June 21, 2010

Buah-Buahan Di Syurga


Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Utbah bin Addin al-Sulami berkata:" Seorang Arab telah datang berjumpa dgn Nabi s.a.w. lalu bertanya tentang nikmat2 syurga. Akhirnya beliau bertanya, adakah terdapat buah-buahan di dalam syurga?

Jawab Nabi s.a.w.: "Ada sejenis pokok yang dinamakan sebagai Tuuba (kebaikan)"

Orang Arab itu bertanya lagi: "Adakah pokok itu menyerupai mana2 pokok di tempat kita ini?

Nabi s.a.w. menjawab:" Tidak! Tetapi pernahkah kamu berkunjung ke negara Syam?"

Jawabnya:" Tidak!"

Sabda Nabi s.a.w.:" Di negara Syam itu terdapat sejenis pokok yang dikenali sebagai al-Jauzah. Pokok yang rendang itu sangat menyerupai pohon syurga itu".

Orang Arab Badwi bertanya lagi:" Bagaimana besarnya setangkai buahnya?"

Jawab Nabi s.a.w.:" Setangkai daripadanya jika dianggarkan dengan jarak sama seperti sebulan perjalanan terbang seekor burung gagak".

Dia bertanya lagi: "Bagaimana pula luasnya perdu pokok itu wahai Nabi s.a.w?.

Jawab Nabi:" Jika binatang ternakan kamu yang paling muda dan kuat mengelilinginya, nescaya tidak dapat dia mengelilinginya sehinggalah ia tua dan patah tengkuknya".

Arab itu bertanya lagi: "Bagaimanakah saiz sebiji buahnya?"

Jawab Nabi s.a.w.:" Pernahkah kau melihat ayahmu menyembelih kambing daripada kambing-kambing peliharaannya yang gemuk?"

Jawabnya:" Ya, wahai Nabi!".

Nabi bersabda lagi:" Ayahmu akan melapah dagingnya lalu disuruh ibumu membawa bekas untuk diletakkan daging2 itu".

Arab itu berkata:" Tentulah daging yang banyak itu akan mengenyangkan kami sekeluarga, wahai Nabi!".

Jawab Nabi s.a.w.:" Demikianlah sebiji buah itu mampu mengenyangkan semua keluarga kamu!". - Al Musnad 4/184, Hayatus Sahabah 3/384, Bab Arab Badwi bertanya tentang buah-buahan di dalam syurga.

Pengajaran:

1. Orang Arab Badwi merupakan golongan yang sangat berani untuk bertanya kepada Nabi s.a.w.


2. Galakan Islam terhadap umatnya supaya bertanya ttg perkara2 yang tidak difahami supaya dpt memahami Islam dengan lebih baik.


3. Negara Syam merupakan negara yg penuh keberkatan kerana Nabi s.a.w. sentiasa mendoakan keberkatannya. Ayat2 Al-Quran yang menceritakan tentang Syam juga akan menyebut kelebihannya.


4. Kita digalakkan untuk berziarah dan melancong ke tempat2 lain untuk menyaksikan keagungan ciptaan Allah s.w.t. terutamanya yang tidak terdapat ditempat kita.


5. Nikmat yang bakal dirasai oleh ahli syurga terlalu hebat jika dibandingkan dengan dunia yg sementara ini.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger