skip to main | skip to sidebar


Monday, June 21, 2010

Akibat Terlalu Banyak Makan Kurma


Al-Khatib menceritakan sebab kematian Imam Muslim. Suatu hari Imam Muslim mengadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu hadis kepada Imam Muslim, tapi beliau tidak mengetahui akan hadis tersebut. Beliau balik dengan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya. Sesampainya di rumah, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu.

”Sesiapa pun tidak boleh masuk menjumpaiku pada malam ini.” kata Imam Muslim kepada keluarganya.

Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun di bawa masuk ke dalam biliknya. Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis, beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi, lalu mencapai sebiji kurma dan memakannya setelah satu hadis yang dibacanya selesai. 


Demikianlah seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya dan satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya, beliau sakit perut yang membawa pada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin, 25 Rejab 261H/875M, imam besar itu wafat dan dikebumikan pada esok harinya. Beliau telah menjangkau umur 53 tahun sahaja.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, sesuai dengan segala jihadnya, manfaat yang dia telah menghulurkannya serta jihad dan kesabarannya, bagi membuahkan ilmu yang dia telah tinggalkan. 


*Source Persada Ilmu

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger