Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ia tiada pilihanraya di mana syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar iblis. Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. DASIM
Malaun ini dikatakan anak emas iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang, dan dengki setiap kali ijab
kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan kerajaan Dasim yang
terkutuk
2. AL-A'WAR
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral, ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah iblis apabila dan zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana ia petanda keturunan Adam pincang.
3. MISWATH
Anak iblis yang yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. ZALNABUR
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai
seperti di pasar atau shopping mall.
5. TSABA
Geng syaitan ini memburu orang yang di timpa musibah atau masalah. Mangsa banjir,mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang yang tersayang, termasuk dalam senarai most wanted Tsaba. Mempratikkan strategi yang menimbulkan buruk sangke terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah atas apa yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang di lindungi Allah. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama 'Qarin'. Syaitan ini umpama 'baby sitter' berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri. Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas 'qarin' dikira beres.
Rasulullah saw bersabda, "Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat dari syaitan. Setiap anak Adam pasti akan di tusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jari iblis ketika di lahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja.Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang.(Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah)
*Source Roslina-Mustamin
0 comments:
Post a Comment