Musafir
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dikunjungi oleh seorang sahabat iaitu Ibnu Mas'ud. Waktu itu baginda sedang berehat di atas sehelai tikar yang dianyam dari pelepah kurma sehingga pipi baginda kelihatan berbekas bergaris-garis. Ibnu Mas'ud berasa sungguh terharu menyaksikan keadaan baginda sebagai seorang pemimpin umat.
Dia pun bertanya, "Bolehkah aku mencarikan katil buatmu, ya Rasulullah?"
Rasulullah lantas menjawab, "Tidak perlu! Aku dan dunia (kemewahan hidup) ini hanyalah seumpama seorang yang sedang bermusafir, yang berteduh sementara waktu di bawah pohon kayu yang besar kemudian berangkat lagi meninggalkan tempat tersebut."
Begitulah Rasulullah yang sudah dijamin oleh Allah syurga dan berpeluang menikmati kemewahan hidup di dunia, namun baginda sentiasa bersederhana dalam hidupnya.
*Source Buku Kisah-Kisah Sufi.
0 comments:
Post a Comment