skip to main | skip to sidebar


Thursday, January 14, 2010

Harta Dunia



Suatu hari seorang kaya datang kerumah junaid al Baghdadi. Dia ingin memberi wang sebanyak lima ratus dinar.

Orang kaya itu berkata. “Terimalah hadiah ini untuk tuan guru.”

Junaid lalu bertanya, adakah engkau memiliki wang selain ini?”

“Ya, saya masih memiliki banyak wang,” beritahu orang kaya itu.

Junaid bertanya lagi, “Adakah engkau ingin memiliki wang yang lebih banyak?”

“Sudah tentulah, wahai tuan guru!” Katanya berterus-terang.

“Kalau begitu, ambillah wang ini kembali kerana engkau lebih memerlukannya. Walaupun aku tidak ada wang namun aku tidak memerlukannya kerana tiada apa yang mahu dibeli,” Kata Junaid.

Orang kaya itu berasa begitu malu mendengar ucapan Junaid tersebut. Dia pun pulang membawa wang yang tidak mahu diterima oleh Junaid.Lazimnya manusia memang tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Sungguh pun sudah memiliki banyak harta namun dia akan mengimpikan untuk mendapat lebih banyak harta lagi.

*Sumber  Buku Kisah-Kisah Sufi.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger