Suatu hari Abu Usman bersama beberapa orang muridnya berjalan-jalan dijalan raya. Sampai di sebuah rumah bertingkat, tiba-tiba seseorang telah membuang abu dari tingkat atas rumah itu. Abu itu jatuhbertaburan kebawah dan tepat terkena kepala Abu Usman. Seban. Muka dan jubah Abu Usman menjadi kotor dan hitam.
Ini menimbulkan kemarahan murid-murid Abu Usman. Mereka ingin bertemu orang yang membuang abu itu untuk member peringatan kepadanya supaya berhatihati ketika membuang sampah kebawah. Namun abu Usman segera menahan mereka.
Katanya, “Kita hendaklah bersyukur seriu kali kerana kitayang sepatutnya ditimpa oleh api panas, tetapi Alhamdulillah ianya telah sejukdan menjadi abu.”
Kemudian Abu Usman berdoa: “Ya Allah, ya tuhanku. Hambamu ini berdosa dan layak dibakar dengan api yang menyala-nyala itu. Akan tetapi Engkau Maha Pengasih Lagi MahaPenyayang telah membuatkan api itu sejuk dan menjadi abu yang jatuh ke atas kepalaku. Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah.”
Hamba-hamba yang bertaqwa itu akan sentiasa mengambil hikmah dari sebarang musibah yang menimpanya. Dengan itu barulah dia tidak mudah bersangka-buruk dengan makhluk lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t.
*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.
0 comments:
Post a Comment