skip to main | skip to sidebar


Sunday, February 14, 2010

Pengajaran Yang Berguna



Di zaman Abu Yazid al-Bustami, terdapat seorang murid yang masih dalam peringkat mendalami persoalan kesufian. Murid itu telah datang menemui beberapa orang guru untuk bertanyakan beberapa soalan. Dalam keghairahan bertanya itu, kadangkala dia hanya mengemukakan soalan sekadar membanding-bandingkan pendapat guru-guru yang ditemuinya. Suatu ketika, murid itu datang berjumpa Syeikh Abdurrahman bin Yahya untuk bertanyakan persoalan mengenai tawakal.

 Murid itu bertanya,“Wahai Syeikh, bagaimanakah tawakal itu?”

Syeikh Abdurrahman lalu menerangkan, Seandainya kamu memasukkan tanganmu kedalam mulut ular berbisa, janganlah kamu berasa takut selain kepada Allah.”

Murid itu kemudiannya menuju kerumah Abu Yazid Al-Bustamiuntuk bertemunya dan bertanyaka soalan yang sama. Sampai dirumah Abu Yazid,murid itu memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Namu Abu Yazid tidak membuka pintu apalagi menjemputnya masuk kerumah, sebaliknya terus bertanya,

“Bukankah jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdurrahman  sudah cukup buat kamu?”

“Benar, tapi bukalah pintu ini dulu dan benarkanlah saya masuk,” minta murid itu.

“Tidak perlu, kamu datang hanyalah untuk membanding-bandingkan pendapat antara guru, jadi jawapannya cukuplah diterima dari belakang pintu sahaja,” beritahu Abu Yazid.

Timbul rasa kesal dihati murid tersebut kerana sikapnnya yang tidak baik itu. Dia lantas bertaubat dan berazam akan menziarahi Abu Yazid disuatu hari nanti. Sejak hari itu, murid tersebut telah berusaha membersihkan hatinya. Setelah setahun berlalu, berulah murid itu datang kembali kerumah AbuYazid. Kali ini Abu Yazid menyambut kehadirannya dengan gembira.

Ucapnya, “Selamat datang, kini berulah benar-bear kamu datang menziarahiku.”

Murid itu menetap bersama Abu Yazid Al-Bustami selama sebulan. Selama tinggal bersama sesuatu yang tidak baik terdetik dihatinya akandiketahui oleh Abu  Yazid. Kemudian AbuYazid akan memberitahu murid itu apakah kesilapannya lalu membetulkannya.

Bagi seseorang murid hendaklan dia sentiasa memeliharaadab-adab kepada gurunya. Jangan sampai menyinggung perasaan guru sehingga ilmuyang diperolehi tidak diberkati Allah.

*Sumber Buku Kisah-Kisah Sufi.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger