skip to main | skip to sidebar


Sunday, February 14, 2010

Tepung Menjadi Roti


Habib Ajmi merupakan seorang yang warak. Suatu hari, isterinya menyiapkan tepung gandum untuk membuat roti. Kemudian dia keluar sebentar ke rumah jiran untuk meminta api. Pada masa yang sama, datang seorang peminta sedekah ke rumah Habib Ajmi. Habib Ajmi memberikan tepung yang baru disiapkan itu kepada peminta sedekah tersebut. Apabila isterinya pulang membawa api, dia terkejut melihatkan tepungnya sudah tiada!

Dia pun bertanya kepada suaminya, "Kemana tepung yang baru saya siapkan tadi?"

Habib Ajmi menjelaskan, "Tepung itu sudah pergi menjadi roti."

Isterinya tidak berpuas hati dengan jawapan itu lalu bertanya lagi. Akhirnya Habib Ajmi memberitahu bahawa tepung itu sudah disedekahkan olehnya.

Isterinya kehairanan lalu berkata, "Subhanallah! Hanya itulah saja tepung yang ada di rumah kita untuk hari ini. Kini apakah yang akan kita makan? Kita juga memerlukan makanan!"

Sedang isteri Habib Ajmi mencurahkan isi hatinya, tiba-tiba datang seorang lelaki ke rumah mereka. Lelaki itu membawa sebuah bekas besar yang berisi penuh roti berserta semangkuk lauk daging.

Habib Ajmi lalu berkata, "Tengoklah! Begitu cepat tepung menjadi roti. Malah lauk pun ada sebagai tambahan!"

Barangsiapa yang bersedekah kerana Allah, pasti akan digandakan ganjarannya sama ada didunia mahupun diakhirat.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger