skip to main | skip to sidebar


Thursday, April 29, 2010

Unta jadi Saksi Perbicaraan

0 comments


Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orangYahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya parasaksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Engkau telah selamat dari hukuman potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.


Wednesday, April 28, 2010

Hikmah Tawaran Raja Fadh

0 comments


Apabila Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah s.w.t di Bukit Tursina, seluruh  gunung-ganang disitu bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur hingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah s.w.t  akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-Nya. Nabi Musa a.s sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan kuat dan akhirnya pengsan juga.

“Samalah juga sepatutnya apabila bertemu dengan Nabi Isa a.s  yang dikatakan anak tuhan, pasti manusia akan jatuh pengsan juga” Begitulah yang difikirkan secara logic akal oleh Jerry DuaneGray, 50, mengenai soal ketuhanan pada zaman remajanya dahulu.

“Tetapi saya percaya tuhan itu wujud dan saya ingin sekali masuk ke syurga untuk bertemu dengan-Nya tetapi bagaimana? Lalu ketika itu, saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar mengeni tuhan, siapakah tuhan yang sebenarnya dan bagaimana saya dapat menjadi hamba-Nya yang baik” Kata Gray.

Dilahirkan di Wiesbaden Jerman namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun. Pada zaman muda, Gray mengikuti pengajian kejuruteraan penerbangan di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat. Sebaik menamatkan pengajian , Gray terus mendapat tawaran perkerjaan yang sangat lumayan iaitu menjadi sebahagian pasukan penyelenggaraan pesawat peribadi dimilik Raja Fadh yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Namun tahukah anda. Gray menolak tawaran itu mentah-mentah. “Saya tolak tawaran itu kerana saya bimbang akn dibunuh oleh orang Islam. Malah saya sanggup menggangur daripada menerima tawaran tersebut,” Katanya. Gray benar-benar memilih untuk hidup sebagai penggangur. Sama ada “Terhormat” mahupun  tidak, dia hanya tinggal dalamsebuah kereta dihujung sebuah dermaga ditepi laut di Hawaii.

Untuk memenuhi tuntutan perut yang lapar, Gray hanya memancing ikan. Jika beroleh ikan, maka dapatlah di megisi perut. Jika tidak,beliau sanggup kelaparan dengan hanya meneguk air paip yang ada disitu. Begitulah kehidupan melarat Gray selama enam bulan sebagai penggangur. “Saya hanya mampu menangis dan memohon agar tuhan memberikan jalan keluar daripada kehidupan yang dirasakan sangat perit ini” Katanya.

Tuhan seolah-olah mendengar permintaan Gray, apabila sekali lagi beliau dihulurkan dengan tawaran yang sama iaitu berkerja untuk Raja Fahd. “Tetapi saya menganggap tawaran itu sebenarnya sabagai tanda tuhan murka kepada saya sehinggakan sayatidak mendapat tawaran pekerjaan ditempat lain, malah disuruh juga saya supaya ke Arab Saudi,” Katanya.

Gray menerima nasihat temannya itu dan akhirnya dengan hati yang berat Gray pun berangkat ke Jeddah. Namun belum lama Gray disana, beliau telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang disifatkan sebagai luar biasa.“Iaitu satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang saya bayangkan selama ini apabila bercakap mengenai  Arab dan Islam.

“Ternyata umat Islam disana begitu taat kepada tuhan mereka dan lebih mengharukan saya, kalangan orang Arab itu sendiri sebenarnya begitubaik terhadap saya, seolah-olah saya seperti saudara mereka. Belum sempat saya membuka mulut, mereka sudah tahu apa bentuk bantuan yang saya perlukan,”Katanya.

Pemandangan yang paling menarik bagi Gray apabila umat Islamakan segera meninggalkan apa sahaja yang mereka sedang lakukan apabila azanmula berkumandang untuk segera bersolat. 


“pada suatu hari saya beradaberhampiran dengan sebuah kedai emas dan secara tiba-tiba kedengaran suara azan. Apa yang berlaku amat mengejutkan saya apabila kedai emas itu dibiarkan sahaja terbuka sedangkan tiada sesiapa di dalamnya, baik pelanggan mahupun penjualnya.

Hanya sesekali Gray melihat beberapa anggota polis yang akan menegur mereka yang lewat untuk pergi bersolat. Tidak lama kemudian, tuan punya  kedai emas kembali semulakekedainya dan apabila melihat Gray terpaku dihadapan kedainya. Lalu dia pun bertanya:

“Mengapa kamu berdiri sahaja disini, masuklah ke dalam kedai?”.

“Saya tidak mahu masuk kerana bimbang saya disangka pencuri dan lebih teruk saya akan ditahan dan akibatnya tangan saya ini akan dipotong!”jawab Gray.

“Masuk sahajalah kedalam kedai saya in, kerana semua ini adalah milik Allah jua,” kata pemilik kedai itu sambil tersenyum.

Gray bagaikan hendak menangis mendengarkan kata-kata tuan punya kedai emas itu, kerana ucpan yang begitu tulus itu membuatkan hatinya begitu terusik dan terharu.

“Saya percaya dia mempunyai iman yang sangat  kuat dan saya ingin sekali mempunyai iman yang seperti itu.

Peristiwa ini membuatkan Gray semakin tertarik untuk mengenali Islam dan beliau sangat suka berbincang mengenai agama itu bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain. Iaitu terutamanya bersama  Ahmad, rakannya yang merupakan salah seorang anggota Angkatan Tentera Udara diraja Arab Saudi. Tidak sekadar mereka sering berbincang bersama, malah Ahmaad juga memberikan senaskah Al-Quran terjemahan bahasa inggeris kerpada Gray. 

*Sumber Media Permata.

Burung-Burung Dalam Kisah Anbiya'

0 comments


Spesis: Burung gagak
Nama saintifik: Corvus corax (Common raven)
Era: Nabi Adam a.s.
Sinopsis:Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Habil dibunuh oleh Qabil, Allah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil carauntuk menanam mayat Habil).




Spesis: Hud-hud/belatuk
Nama saintifik: Upupa epops
Era: Nabi Sulaiman a.s.


Sinopsis: Hud-hud telah berhasil menemukan Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh seorang ratu bernama Balqis. Mereka menyembah matahari.Setelah menerima utusan Nabi Sulaiman a.s., rombongan ratu Balqisberangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayah Nya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk beriman dan mentauhid kan Allah, Sang Pencipta Matahari.


  
Spesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Era: Nabi Ibrahim a.s.


Sinopsis: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim,seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan apiyang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.



  

Spesis: Merpati
Nama saintifik:Columbia livia (Rock Pigeon)
Era: Nabi Muhammad s.a.w.


Sinopsis: Ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Tsur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi (sebagaimana lazim, burung merpatiberbunyi jika ada manusia berhampiran mereka)


Tentang Hasanah

Subhanallah. Makhluk Allah yakni burung juga berusaha untuk membantu agama Allah S.W.T. Hal ini dirakamkan dalam kisah-kisah para Anbia’ sepanjang sejarah mereka. Di sana terdapat pengajaran yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya.

Saya suka untuk mengambil ibrah (pengajaran) daripada contoh yangditunjukkan oleh burung pipit semasa insiden Namrud cuba membakar Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s. Sungguh, jika mahu mengira mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.

Manusia jika menyertai satu-satu pertandingan, atau menduduki satu-satu peperiksaan, atau menyiapkan satu-satu tugasan, apa yang terdaya untuk dinilai hanyalah output kepada segala usaha yang tidak terukur. Biarlah usaha yang di belakang itu berlumur nista dan celaka, jika hasilnya baik, maka baiklah kata manusia. Walaupun ada yang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik, dengan cara baik, tetapi tidak berhasil, maka buruklah kata manusia biasa. Kerdilnya kita berbanding keadilan Allah Ta’ala.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda”.

(Riwayat Muslim)

Tidak ada kebaikan yang boleh kita pandang enteng. Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia ramai, tetapi jika Allah berkenan (mungkin lantaran keikhlasan sang pelaku di saat itu) maka kita akan diganjari olehNya.

Saya amat terkesan dengan salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya: “…Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”


Lalu berbuat baiklah, di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain sungguhpun ianya sedikit. Semoga Allah menggolongkan saya dan para pembaca yang budimandalam kelompok manusia yang senantiasa melakukan kebaikan dan dipimpin-Nya.
  

Musafir

0 comments


Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dikunjungi oleh seorang sahabat iaitu Ibnu Mas'ud. Waktu itu baginda sedang berehat di atas sehelai tikar yang dianyam dari pelepah kurma sehingga pipi baginda kelihatan berbekas bergaris-garis. Ibnu Mas'ud berasa sungguh terharu menyaksikan keadaan baginda sebagai seorang pemimpin umat.

Dia pun bertanya, "Bolehkah aku mencarikan katil buatmu, ya Rasulullah?"

Rasulullah lantas menjawab, "Tidak perlu! Aku dan dunia (kemewahan hidup) ini hanyalah seumpama seorang yang sedang bermusafir, yang berteduh sementara waktu di bawah pohon kayu yang besar kemudian berangkat lagi meninggalkan tempat tersebut."

Begitulah Rasulullah yang sudah dijamin oleh Allah syurga dan berpeluang menikmati kemewahan hidup di dunia, namun baginda sentiasa bersederhana dalam hidupnya.

*Source Buku Kisah-Kisah Sufi.  


Rasulullah s.a.w Pilih Susu Kambing

0 comments


Nabi Muhammad s.a.w ketika masih bayi tidak ada wanita mahu menyusukannya kerana kebanyakan ibu susuan memilih anak orang berharta. Halimah saadiah seorang ibu susuan yang tidak mendapat seorang pun bayi untuk disusukan bersetuju mengambil Muhammad untuk dibawa tinggal bersamanya di kampong BaniSaad.

Satu keajaiban berlaku apabila semua kambing, termasuk kambing tua peliharaan Halimah saadiah menjadi gemuk dan mengeluarkan banyak susu. Selama dua tahun Muhammad tinggal bersama keluarga Bani Saad semua susu kambing menjadi kegemaran baginda.

Ketika Nabi Muhammad israk dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa baginda telah menjadi imam solat kepada para nabi dan para Malaikat serta setiap roh para mukmin. Selepas itu malaikat Jibril membawa talam berisi dua gelas, iaitu gelas arak dan gelas berisi susu. Ada mengatakan susu itu susu kambing yang menjadi kegemaran baginda. Nabi telah memilih gelas berisi susu lalu meminumnya.

Kata Jibril: “Engkau telah pilih minuman yang tepat untuk kebaikan umat islam, jika kamu pilih yang satu lagi sudah tentu umatmu akan menjadi mabuk dan porak peranda.”

Satu lagi peristiwa berlaku ketika putera Rasulullah bernama Ibrahim, Hasil perkahwinannya bersama Maria Qibtiah selalu demam ketika masih kecil. Lalu Rasulullah mengarahkan puteranya itu dibawa ke sebuah kebun tamar yang ada ternakan kambing kerana di tempat itu baik untuk terapi kesihatan dengan udara bersih. Diladang  itu Ibrahim diberi minum susu kambing sebagai rawatan.

Rasulullah berkata: “Susu kambing minuman kesukaanya dai ia makanan lengkap, dapat menggantikan makanan yang lain.” Sehingga sekarang tempat itu dikenali dengan nama Masyroba Ummu Ibrahim (Tempat minum Ummu Ibrahim).

Moral dari cerita tersebut ialah anak-anak yang selalu demam di zaman rasulullah akan diberi minum susu kambing sebagai rawatan dan minuman harian. Bagi orang dewasa susu kambing merupakan pengubatan terutamanya yang kurang zat kalsium dan vitamin D.

Kajian saintis terkini pula mendapati susu kambing bahan paling mujarab untuk merawat demam kuning bagi kanak-kanak, penyakit yangselalu dihidapi kanak-kanak kerana kekurangan hemoglobin yang menyebabkan kekurangan darah merah. Pakar kanak-kanak juga menyarankan agar susu biasa dicampurkan dengan susu kambing untuk minuman kanak-kanak selepas berusia enam bulan ke atas untuk menghindar dari sebarang penyakit kerana ia merupakan makanan yang kaya dengan vitamin yang diperlukan sebagai pertahanan tubuh badan semula jadi.

Yang jelas, susu kambing merupakan minuman kesukaan Rasulullah dan Al-Quran sendiri menyatakan sesiapa yang mengamalkan sunah Rasulullah akan mendapat pahal besar di akhirat kelak.

*Sumber Mingguan warta Perdana.


Rasulullah S.A.W Dengan Sebiji Limau

0 comments


Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi seorang wanita kafir. Ketika itu baginda beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa bijibuah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.Rasulullah s.a.w terus makan . Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah itu,lalu mereka bertanya dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya nya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w, baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dandari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

*Source Mingguan Perdana.


Kain Kafan Daripada Nabi S.A.W

0 comments

Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah lalu menyerahkan sehelai kain yang ditenun dan di sulamnya sendiri kepada Nabi s.a.w. sebagai tanda cinta dan kasih terhadap Rasulullah. Dengan senang hati, baginda menerima dan memakainya. Pada suatu hari, dengan memakai pakaian yang diberikan wanita tersebut, Nabi s.a.w. keluar menemui para sahabatnya. 

Salah seorang sahabat yang melihat keelokan kain itu lalu berkata : “Wahai Rasulullah! Alangkah cantiknya kain yang engkau pakai itu! Kan elok jika aku dapat memakainya.”

“Baiklah!” jawab Nabi ringkas. 


Setelah Nabi keluar dari majlis, baginda datang kembali ke tempat itu, tetapi tidak lagi memakai kain berkenaan. Rupa-rupanya kain pemberian wanita itu ada berlipat kemas di tangannya, lalu diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

“Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasulullah.


Menyaksikan peristiwa itu, ramai sahabat yang tidak menyenangi lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi oleh Nabi lantas itu dipakainya. Maklumlah, Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang.

“Mengapa kau memintanya?” rungut para sahabat kepada lelaki terbabit. 


“Saya meminta kain itu bukan untuk dipakai, tetapi untuk digunakan sebagai kain kafanku,” ujar lelaki itu. 

Maka para sahabat yang bertanya merasa bersalah lalu menundukkan kepalanya.

*Source Abang Bercerita. 


Dialog Nabi S.A.W Dengan Iblis

0 comments

Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, “Wahai iblis terkutuk! Apakah ikhtiarmu ke atas ummatku? Sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t.”

Jawab iblis, “Wahai Rasulullah! Demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya”.

Rasulullah bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab iblis, “Wahai Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu::

*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.

*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.

Firman Allah kepada iblis :

“Sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, demi kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan mereka terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, kebencian mereka terhadapmu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan…”

Maka, tercenganglah iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah s.w.t. Sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat manusia yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. Itulah kelebihan yang Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada ummat-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar…

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam.

2. Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s.

3. Seharusnya kita berbangga menjadi ummat Muhammad kerana dimuliakan oleh Allah s.w.t.4. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

*Source Abang Bercerita.


Kambing Dan Kayu Api

0 comments
Nama Nabi Muhammad s.a.w di awan

Pada suatu hari, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya berhenti berehat di padang pasir bagi menghilangkan penat selepas berjalan jauh. Mereka mendirikan khemah di situ. Kebetulan mereka ada membawa seekor kambing hidup sebagai bekal makanan.

"Biarlah saya sembelih kambing itu" kata seorang sahabat Nabi Muhammad.

"Dan biar saya melapahnya" kata yang lain.

"Biar saya pula yang memasaknya" kata yang lain pula.

"Dan saya pula, biar saya yang mencari kayu api" sambut Nabi Muhammad.

Sahabat-sahabat terkejut mendengar kata-kata Nabi Muhammad itu. Mereka semua tidak mahu membiarkan Nabi Muhammad bersusah payah membuat kerja.

"Tidak usahlah, tuan. Biarlah kami sahaja yang menguruskan semuanya. Tuan berehat sahaja" saran mereka kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tetap dengan pendiriannya. Beliau mahu ikut bekerja.

"Saya takkan berpeluk tubuh sedangkan saudara semua bekerja. Tuhan membenci sesiapa yang mengistimewakan dirinya daripada yang lain" jawab Nabi Muhammad dengan tegas. Beliau keluar dan balik memikul kayu api di bahunya.



Umar al-Khattab menangis kemudian ketawa?

0 comments

Suatu ketika waktu, Saidina Umar al-Khattab dilihat bersendirian sambil menangis dan kemudian dilihat ketawa.

Orang bertanya: “Kenapa dengan engkau wahai amirul mu’minin?”

Umar Al-Khattab menjawab: “Aku menangis, kerana aku teringat bahawa, ketika di zaman jahiliyyah, aku menanam anak perempuanku hidup-hidup. Yang membuatkan aku hiba, adalah ketika ku letakkan anak perempuanku ke dalam lubang untuk ditanam, dia menyapu janggutku yang terkena debu pasir. Tetapi aku sedikit pun mempunyai perasaan belas kasihan ketika itu, lantas terus menanamnya hidup-hidup hingga habis”

Begitu sekali kekerasan hatinya. Sehingga menutup kewarasan akalnya yang bijaksana, bahawa anak itu satu nikmat yang berharga. "Maka apakah yang membuatkan engkau ketawa pula wahai Umar?

“Aku teringat dahulu, ketika hendak berniaga ke syam, aku akan membawa berhala yang dibuat dari tamar (kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila aku terasa lapar, aku akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Itu membuatkan aku ketawa”

Umar digelar al-farouq kerana beliau dapat membezakan antara yang haq dan yang batil selain pandangannya yang selari dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah taala, terutamanya berkenaan pengharaman arak.

Semasa zaman jahiliahnya, beliau boleh dianggap sebagai "samseng" kota Mekah kerana sikapnya yang bukan sekadar garang, tetapi sangat digeruni teman dan lawannya. Namun setelah memeluk Islam, hatinya dijinakkan oleh Allah taala bersama RasulNya lalu menjadi salah seorang pembela agama Islam.

*Source Persada Ilmu 



Iblis Merayu Manusia Menggunakan Wang

0 comments

Kadang-kadangsyaitan dapat mempengaruhi dan mengalahkan orang mukmin disebabkan oleh Al-Hakim dan al-Baihaqi disebutkan yang ertinya: “Sesungguhnya Allah itu bersama qadi, sebelum ia menjatuhkan hukuman (tidak menyeleweng). Maka apabila ia menyeleweng, Allah membebaskan diri daripadanya, dan syaitan menguasainya.”

Abdul FarrajIbnu Al-Jauzi rahimahullah anh menceritakan dari Hassan Basri rahimullah anh sebuah kisah yang menarik. Tetapi kesahihannya tidak dapat di  pertanggungjawabkan, melainkan sekadar untuk menggambarkan kekuatan manusia dalam melawan syaitanapabila keikhlasannya kepada Allah telah luntur.

Kisah ini menceritakan bagaimana syaitan mengalahkan manusia apabila manusia sesat dan terpesong.  Disebuah tempat ada sebatang pokok yang disembah oleh manusia yang menyenkutukan Allah. Datanglah seorang lelaki alim pada pokok itu. 

Dia berkata: “Sungguh akan ku tebang pokok ini.”

Dia akan menebang pokok itu  dengan marah semata-mata kerana Allah. Iblis tidak diam diri. Ia datang menjumpai lelaki itu dengan rupa manusia. Maka terjadilah perbualan antara kedua-duannya.

“Tuan hendak kemana?” Tanya Iblis.

“Aku akan menebang pokok yang disembah selain Allah itu.” Jawab lelaki itu.

“Jika tuan sendiri tidak menyembahnnya, apakah orang yang menyembah pokok itu mengganggu tuan?”

“Aku tetapakan menebangnya.”Kata si lelaki berkeras. 

Iblis mulai  merayu lelaki itu: “Adakah sesuatu yang lebih baik bagimu? Sila jangan tuan tebang pokok itu. Dan tuan akan memperolehi dua dinar setiap hari. Wang itu  akan tuan dapati selepas tuan bangun tidur dibawah bantal tuan setiap pagi.”

“Dari mana aku akan mendapatkan wang itu?” Tanya si lelaki.

“Aku akan memberinya.” Jawab syaitan.

Rupanya lelaki itu dapat diperdaya oleh syaitan yang menawarkan ganjaran kepadanya. Ia sangat tertarik kepada wang. Maka iapun berbaliklah ke rumahnya. Pagi-pagi apabila dia bangun dari tidur, diangkatnya bantalnya ternyata ada wang dua dinar. Pagi esoknya, ia angkat lagi bantalnya dan didapatinya dua dinar lagi.Bagitulah seterusnya hingga beberapa hari.

Pada suatu pagi ternyata ia tidak mendapatkan apa-apa lagi di bawah bantalnya. Ia merasa telah ditipu. Maka ia pun marah dan pergi untuk menebang pokok yang menjadi sembahan. Syaitan yang dahulu datang lagi merubah rupanya, dan menghalang si lelaki.

“Hendak kemana engkau?” Tanya syaitan.

“Aku akan menebang pokok yang dijadikan sembahan selain Allah itu.” Jawab lelaki itu.

“Engkau bohong.” Kata syaitan.

“Kali ini tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.

Si lelaki tidak peduli. Ia tetap berkeras ingin melaksanakan hajatnya, namun dihalang oleh syaitan. Maka terjadilah pergaduhan antara kedua-duanya. Syaitan dapat menjatuhkan si lelaki itu ke tanah dan mencekik nya sehingga hampir mati, namun dilepaskan oleh syaitan setelah ia tidak berdaya lagi.

Setelah merasa menang, syaitan bertanya: “Tahukah engkau siapa saya? Saya adalah syaitan.”

Lalu syaitan menerangkan pula: “Pertama kali engkau datang untuk menebang pokok itu dengan marah semata-mata kerana Allah. Maka ketika itu aku tidak ada kekuatan  untuk mengalahkan engkau. Lalu aku merasuah engkau dengan wang dinar. Lalu engkau tinggalkan pokok itu. Tetapi kini engkau datang dengan marah kerana wang dinar, maka aku pun  dapat mengalahkan engkau.”

*Source Buku 2002 Misteri Himpunan Kisah-Kisah Jin, Iblis Dan Syaitan.  

Jamil Butsainah

0 comments

Nama lengkapnya adalah Jamil bin Adullah bin Muammar al-Udzri, sedangkan nama panggilannya Abu Umar. Penyair yang terkenal dengan kisah cintanya di kalangan bangsa Arab ini sangat mencintai salah seorang gadis dari kabilahnya, Yatsinah. Dari sini tersebarlah cerita tentang cinta keduanya. Syair-syair mengalir begitu lembut, kebanyakan bertemakan cinta dan kasih sayang, kebanggaan, serta lukisan keindahan dan kecantikan wanita. Ia wafat pada tahun 82H. Az-Zubair bin Bakkar telah meriwayatkan dari Abbas bin Sahl as-Sa'idi bahwa menemui Jamil menjelang wafatnya.

Saat itu Jamil bertanya kepadanya, "Wahai saudaraku, apa pendapatmu tentang seseorang yang belum pernah minum khamar sedikitpun. Ia pun tidak berzina ataupun mencuri dan tidak pernah membunuh sesama. Ia benar-benar bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah?"

Abbas bin Sahl menjawab, "saya kira orang itu akan selamat dari siksa neraka dan saya berharap ia masuk ke dalam surga. Siapakah orang itu, wahai Jamil?" tanya Abbas.

Jamil menjawab, "Akulah orangnya."

Abbas terperangah mendengar jawaban Jamil, lalu katanya lagi, "Allahu Akbar!

Sungguh saya sama sekali tidak mengira kalau engkau tidak pernah melakukan itu semua. Bukankah engkau selama dua puluh tahun banyak melukiskan tentang keindahan tubuh wanita, seperti Yatsinah, dalam syair-syairmu?"

Jamil menjawab, "Biarlah aku tidak mendapatkan syafa'at dari Nabi Muhammad saw. Di akhirat kelak seandainya aku pernah meletakkan tanganku pada diri beliau dengan sesuatu yang meragukan. sesungguhnya kini aku berada pada hari pertama dari hari-hari akhirat dan hari terakhir dari kehidupan dunia." jawab Jamil dengan sunguh-sungguh. Dan tak lama kemudian ia pun wafat.
*Source Kisah-Kisah Islam 


Tuesday, April 27, 2010

Rahsia Kelebihan Sakit

0 comments

Kalau Sahabat sakit, tak perlu terlalu bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya:

Hadits Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”


Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesu

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa. Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4 , Allah TIDAK memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini , maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa.

Sabda Rasulullah SAW :

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”



Masuk Islam Gara-Gara Di Kejar Anjing

0 comments
 
"Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tuhan yang Maha kuasa atas segala sesuatu, yang mengatur pergantian siang dan malam. Tuhan yang melihat hamba-hamba yang tengah sujud di kegelapan malam, Tuhan yang mendengarkan doa-doahamba-Nya.Tuhan yang ketika disebutkan nama-Nya bergetarlah hati hamba-hamba-Nya yang beriman, dan ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambah kukuhhlah iman mereka. Tuhan yang Agung yang penuh belas kasih. Tuhan yang kepadanya semua makhluk akan kembali dan dikumpulkan."


Beberapa orang pemuda tengah berkumpul di rumah Allah, di sebuah mesjid, di kota Paris. Sebagian mereka adalah orang-orang yang baru memeluk Islam.Sebagian lain adalah muslim sejak kecil. Setiap hari usai shalat subuh berjamaah setiap orang secara bergantian membaca kitab Riyadus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi. Setelah hadits-hadits itu dibaca, mereka menghafalkannya dan menancapkan niat dalam hati untuk mengamalkan dan menyampaikan pada orang lain.

sebagaimana pesan Rasulullah, "Ballighuu 'anniy walau aayah", sampaikanlah tentangku walau satu ayat yang kalian tahu!

Beberapa orang ulama menjelaskan hadits ini, ballighuu: sampaikanlah, adalah sebuah perintah dari Rasul yang harus diikuti, 'anniiy, tentangku, adalah suatu kemuliaan menyampaikan risalah Rasul, walau aayah: adalah takhfif, sebuah keringanan. Di mana setiap muslim memiliki kesempatan untuk menjadi seorang muballigh, da'i ke jalan Allah SWT, mengajak manusia kepada ketaatan, menyampaikan apa yang ia ketahui tentang al-Qur'an dan hadits-hadits Rasulullah.

Setelah membaca dan mendengarkan hadits-hadits dengan penuh cinta, ta'zhim dan tasdiq (membenarkan apa yang didengar), mereka bermusyawarah. Seseorang dari mereka ditunjuk untuk memimpin musyawarah. Di tengah musyawarah mereka dikejutkan dengan masuknya seorang pemuda yang sedang ketakutan kedalam mesjid, nafasnya tidak teratur, dari wajahnya terlihat bekas ketakutan itu. Ia habis berlari.
Pemuda itu menuju tempat mereka berkumpul.

Salah seorang dari mereka dengan penuh lembut dan senyum menyapa pemuda tersebut. "Kenapa Anda terlihat sangat ketakutan, apa yang terjadi?" Pemuda itu masih berusaha mengatur nafasnya, setelah agak tenang, pemuda itu mulai berbicara.

"Tadi, sewaktu saya keluar rumah, di jalan besar tiba-tiba seekor anjing menggonggong kepada saya, saya ketakutan, saya lari, dan anjing itu mengejar saya.Kemanapun saya lari saya dikejarnya, lari balik ke rumah, tidak mungkin, karena jalan pulang ke rumah di belakang anjing itu, saya terus mencari tempat perlindungan. Di ujung jalan saya melihat ada rumah yang terbuka pintunya, di belakang saya anjing terus mengejar,dan akhirnya saya masuk ke sini. Tapi yang membuat saya heran, kenapa anjingnya tidak masuk mengikuti saya, sedangkan tadi kemana arah saya lari dia terus mengejar saya ini rumah siapa dan tempat apa?", tanya pemuda itu.

"Ini rumah Allah, tempat kaum muslimin beribadah", salah seorang dari mereka menjawab.

Pemuda itu masih heran. "Maksud Anda?"

"Rumah Allah tidak dimasuki anjing, dia makhluk yang najis,sedangkan rumah ini suci, dinaungi oleh malaikat, dan siapa yang masuk ke rumah ini ia akan mendapatkan ketentraman dan kedamaian" Pemuda itu tercengang-cengang.

"Oh begitu" katanya masih diliputi rasa penasaran yang tinggi.

Kemudian mereka menjelaskan tentang islam padanya. Hati pemuda itu tersentuh dengan penjelasan-penjelasan yang mereka berikan. Tentang keagungan rumah Allah, tentang islam, tentang indahnya persaudaraan dalam islam, tentang hakikat hidup dan dunia, tentang kematian dan tentang akhirat.
Mereka melihat air matanya menetes, ia terharu, hatinya seolah merasakan tetesan embun hidayah yang menyejukkan, kemudian mereka mengajaknya memeluk Islam dan pada saat itu juga pemuda tersebut mengucapkan dua kalimat syahadat Subhanallah!!

Salah seorang dari mereka berucap syukur dalam hati. Pemuda tersebut kerap ia lihat setiap kali ia menuju mesjid, tapi ia tidak kenal namanya. Pemuda yang tak henti ia doakan tiap malam dalam tahajudnya tersebut dengan tetes air mata, kini telah masuk kepangkuan Islam. Ia pun terharu, memuji Allah, bertasbih, bertahmid dan bersyukur pada-Nya. Tanpa terasa pipinya basah.

"Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu ya Rabb, Engkau telah mengabullkan doa hamba-Mu yang lemah ini yang hamba panjatkan sejak 4 bulan yang lalu," ucapnya dalam hati.

Salah seorang dari mereka bertanya kepada temannya yang meneteskan air mata tersebut, "Kenapa menangis akhi?, tanyanya

."Saya begitu terharu akhi, Allah telah menggerakkan satu dari makhluknya dan menjadikan sebab masuk Islamnya saudara kita ini,subhanallah.."

Setelah pagi itu, mereka kian bersemangat merintis dakwah, mengajak manusia ke jalan Allah. Tahun demi tahun dilalui, mereka tidak pernah berkeluh kesah, tidak pernah lelah, bah kansemakin gagah dan teguh. Mereka terus berusaha, bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain untuk mengajak manusia ke jalan Allah. Dan berkat kesungguhan dan doa-doa panjang yang mereka panjatkan di tengah hening dan pekatnya malam, telah banyak orang-orang yang memeluk Islam dan telah banyak kaum muslimin yang sadar akan dirinya dan kembali kejalan Allah, subhanallah..

Dan pemuda mualaf itu telah menjadi seorang yang gigih menyebarkan risalah islam ke seantero penjuru kota Paris. Ia tak kenal lelah, tak kenal siang dan malam. Dakwah telah menjadi tujuan hidupnya, ia tak kenal henti menangis di sepanjang malam, memohon pada Allah agar hidayah islam masuk ke dalam hati setiap manusia yang belum beriman.

Walau ia dicerca, dimaki ia tak surut, langkahnya telah kokoh sekokoh batu karang di tengah ganasnya ombak, niatnya telah teguh, hatinya telah mantap dan azamnya telah kuat. Tidak akan berhenti sampai ajal menjemput. Ia telah mencintai Islam dengan segenap raga dan jiwanya, cinta yang agung, cinta yang mulia dan cinta yang membawa kepada kenikmatan abadi di syurga kelak.

*Source Ku Bangga Jadi Muslim


Monday, April 26, 2010

Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S l The Great Noah Ark

0 comments
Mount Ararat

Korang pernah dengar cerita penemuan bahtera Nabi Nuh tak? Dah banyak keluar cerita penemuan bahtera tu tapi secara saintifiknya masih lagi tak dapat dibuktikan kebenaran cerita-cerita tu semua..Kalau korang berminat nak tau cerita ni boleh baca kat bawah..

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.

Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu. Gambar-gambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.
 
Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘maha berharga’ itu.

Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata  kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar ada di puncak Mount Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark!

Pyramid Sphinx

Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark . Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja, para pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang.

Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. 

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

The Great Noah Ark ini berada di Mount Ararat, tapi dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu.

Mount Ararat  ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mount Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat

Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran,Turkey”. Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.

Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-kutulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. 

Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yang didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mount Lebanon di Syria.

Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mount Ararat itu.

Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]. Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.

Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…

*Source Zuarxpdc.

Saturday, April 10, 2010

Kisah Rasulullah SAW Sebagai Pengajaran

0 comments

  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
  • Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 
  • Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
 Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'

Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'  

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'

'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' 
    • Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 
    • Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. 
     Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'

    'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.

    ''Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. 

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 

    'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

    Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 
      • Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 
      • Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 
      • Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 
      • Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 
      • Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

      Saturday, April 3, 2010

      Kisah Janggut Nabi Harun A.S Dua Warna

      0 comments

      Nabi Musa a.s telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa,segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s.Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam. Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka.

      Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.

      Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.

      Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.

      Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jikaNabi Harun terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.

      Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

      Iblis Laknatullah Membangkang.‏

      0 comments


      Iblis laknatullah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah s.w.t.seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah s.w.t. yang akan diberi amanatmenguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya sertayang terpendam di dalamnya. Iblis laknatullah merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah s.w.t..

      Allah s.w.t. bertanya kepada Iblis laknatullah: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"

      Iblis laknatullah menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.

      "Kerana kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. menghukum Iblis laknatullah dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka. Iblis laknatullah dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itudan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.

      Allah s.w.t. meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

      Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada Iblis laknatullah yang terkutuk itu: "Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaian mu menghasut dan memfitnah."

      Thursday, April 1, 2010

      Dosa Yang Lebih Besar Dari 1000 x Zina

      0 comments

      Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam duka cita yang mencekam.Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.

      Tanpa rias mukaatau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

      Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

      Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

      “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa as terkejut.

      “Saya takut mengatakannya. ” jawab wanita cantik.

      “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

      Maka perempuan itu pun terpatah bercerita, “Saya ……telah berzina.”

      Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

      Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…….. cekik lehernya sampai……tewas”, ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya.

      Nabi musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,” Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”…teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

      Perempuan berewajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.

      Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya...

      Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? ”

      Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?”

      Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?”

      ” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.

      “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa.


      "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal, Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina  ".


      Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

      Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

      Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

      Dalam hadist Nabi SAW disebutkan :

      "Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah ".


      Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

      Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.



      Berkat Selawat Keatas Nabi SAW

      0 comments


      Di kisahkan dalam sebuah kisah bahawa telah datang seorang perempuan menemui Hassan Albasri dengan berkata "wahai tuan guru, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia, saya sangat2 hendak melihat kedudukan anak saya didalam mimpi, oleh itu saya memohon kepada tuan ajarkan kepada saya amalan yang dapat memperlihatkan kedudukan anak saya"

      Setelah mendengar kata2 perempuan itu maka Hassal ALbasri pun mengajarkan kepada perempuan itu selawat keatas Rasulullah SAW. Setelah perempuan itu mempelajari dari Hassan ALBasri selawat tersebut, maka dia pun mengamalkan setiap hari sehingga pada suatu malam dia bermimpi, dalam mimpinya dia melihat anak gadisnya itu berada dalam neraka. Leher anak gadisnya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat dengan tali dari neraka. Sebaik sahaja perempuan itu melihat keadaan anak gadisnya itu, maka dia pun berjumpa dengan Hassan AlBasri lalu menceritakan perihal keadaan anaknya. Maka Hassan alBasri dan sahabatnya pun menangis.

      Setelah sekian lama, maka satu hari Hassan albasri pun bermimpi dalam mimpinya dia melihat seorang gadis dalam syurga duduk diatas tilam dan dikepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya terang benderang, menerangi segala sesuatu ditimur dan barat.

      Dalam mimpi itu Hassan Albasri pun ditegur oleh gadisitu dan berkata, "Wahai tuan guru, kenalkah siapa saya ini?" 

      Hassan menjawab "Aku tidak kenal siapakah kamu".

      Gadis itu berkata "Akulah anak perempuan yang mana satu ketika dulu tuan guru telah mengajarkan selawat keatas seorang perempuan"

      Hassan berkata " Katakanlah kapada ku bagaimana kamu memperolehi kedudukan yang terbaik ini?"

      Gadisitu berkata "Wahai tuan guru, satu hari seorang hamba Allah telah lalu dan membaca selawat lalu disedekahkan kepada kami semua, kami mendengar suara berkata "Hentikan seksaan keatas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan berkat selawat hamba Allah itu keatas Rasulullah SAW"


      ShareThis

       

      Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger