skip to main | skip to sidebar


Thursday, January 14, 2010

Nama-Nama Malaikat Dan Tugasnya

0 comments


Umat Islam wajib mengetahui dan meyakini bahawa ada suatu makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur (Cahaya) bernama Malaikat. Malaikatitu banyaknya tidak terhitung. Setiap Malaikat mempunyai tugas masing-masing.Mereka taat kepada Allah atas perintah yang diberikan kepadanya.

Malaikat-Malaikat itu tidak pernah menderhakai Tuhan dalamsegala perintahnya, mereka tetap mengerjakan apa yang diperintahkan kepadamereka. Jadi Malaikat itu adalah makhluk Allah yang halus yang taat mengerjakansegala perintah Allah. Walaupun Malaikat itu makhluk halus, kadangkala ia bolehmerupakan dirinya menyerupai manusia atau makhluk-makhluk lain dengan izinAllah s.w.t.

Kita umat Islam diwajibkan mempercayai adanya Malaikat. Ada10 Malaikat yang utama, dengan tugas yang diperintahkan kepada mereka.

1. Malaikat Jibril
Tugasnya penghantar wahyu kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasulkhususnya Nabi Muhammad s.a.w.

2. Malaikat Mikail
Tugasnya dalam soal-soal kesejahteraan umat. Umpamanya menghantarangin, menghantar hujan, soal-soal tanah dan soal-soal kesuburan.

3. Malaikat Israfil
Tugasnya dalam soal-soal akhirat umpamanya meniup anginsangkakala tanda kiamat.

4. Malaikat Izrail
Tugasnya untuk mencabut nyawa makhluk dilangit dan dibumi.

5. Malaikat Mungkar
Tugasnya menyoal (menayai) orang yang telah mati didalamkubur.

6. Malaikat Nankir
Tugasnya sama seperti Malaikat Munkar.

7. Malaikat Rakib
Tugasnya mencatat amalan baik pekerjaan manusia sehari-hari.

8. Malaikat Atib
Tugasnya mencatat amalan jahat perkerjaan manusiasehari-hari

9. Malaikat Malik 
Tugasnya menjaga neraka jahanam, ia juga dinamakan MalaikatZabaniah.

10. Malaikat Ridwan
Tugasnya menjaga Syurga.

*Sumber Buku Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya.

Harta Dunia

0 comments


Suatu hari seorang kaya datang kerumah junaid al Baghdadi. Dia ingin memberi wang sebanyak lima ratus dinar.

Orang kaya itu berkata. “Terimalah hadiah ini untuk tuan guru.”

Junaid lalu bertanya, adakah engkau memiliki wang selain ini?”

“Ya, saya masih memiliki banyak wang,” beritahu orang kaya itu.

Junaid bertanya lagi, “Adakah engkau ingin memiliki wang yang lebih banyak?”

“Sudah tentulah, wahai tuan guru!” Katanya berterus-terang.

“Kalau begitu, ambillah wang ini kembali kerana engkau lebih memerlukannya. Walaupun aku tidak ada wang namun aku tidak memerlukannya kerana tiada apa yang mahu dibeli,” Kata Junaid.

Orang kaya itu berasa begitu malu mendengar ucapan Junaid tersebut. Dia pun pulang membawa wang yang tidak mahu diterima oleh Junaid.Lazimnya manusia memang tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Sungguh pun sudah memiliki banyak harta namun dia akan mengimpikan untuk mendapat lebih banyak harta lagi.

*Sumber  Buku Kisah-Kisah Sufi.


Hanya Abu

0 comments


Suatu hari Abu Usman bersama beberapa orang muridnya berjalan-jalan dijalan raya. Sampai di sebuah rumah bertingkat, tiba-tiba seseorang telah membuang abu dari tingkat atas rumah itu. Abu itu jatuhbertaburan kebawah dan tepat terkena kepala Abu Usman. Seban. Muka dan jubah Abu Usman menjadi kotor dan hitam.

Ini menimbulkan kemarahan murid-murid Abu Usman. Mereka ingin bertemu orang yang membuang abu itu untuk member peringatan kepadanya supaya berhatihati ketika membuang sampah kebawah. Namun abu Usman segera menahan mereka.

Katanya, “Kita hendaklah bersyukur seriu kali kerana kitayang sepatutnya ditimpa oleh api panas, tetapi Alhamdulillah ianya telah sejukdan menjadi abu.”

Kemudian Abu Usman berdoa: “Ya Allah, ya tuhanku. Hambamu ini berdosa dan layak dibakar dengan api yang menyala-nyala itu. Akan tetapi Engkau Maha Pengasih Lagi MahaPenyayang telah membuatkan api itu sejuk dan menjadi abu yang jatuh ke atas kepalaku. Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah.”

Hamba-hamba yang bertaqwa itu akan sentiasa mengambil hikmah dari sebarang musibah yang menimpanya. Dengan itu barulah dia tidak mudah bersangka-buruk dengan makhluk lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t.

*Sumber  Buku Kisah-Kisah Sufi.


Isteri Atau Roti?

0 comments


Syah Al-Karmani mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan juga sufi seperti dirinya. Anak Syah Al-Karmani ini juga seorang yang kuat beribadah dan sering berpuasa. Dia pernah dipinang oleh seorang raja Karman namun ditolak oleh ayahnya. Ini disebabkan Syah Al-Karmani mahu mencari seorang menantu yang zuhud.

Bagi tujuan itu, Syah Al-Karmani pergi ke beberapa masjid untuk mencari bakal suami yang sesuai dengan anaknya. Disebuah  masjid, Syah Al-Karmani bertemu dengan seorang pemuda yang bagus solatnya dan berbudi pekerti.

Syah Al-Karmani lalu bertanya, “Wahai anak muda, adakah engkau sudah beristeri?”

Pemuda itu menjelaskan, “Belum.”

Syah Al-Karmani bertanya lagi,”Mahukah engkau berkahwin dengan seorang gadis yang selalu berpuasa disiang hari, beribadah dimalam hari,rajin membaca Al-Quran, warak, zuhud dan qanaah? Malah dia juga seorang yang cantik.”

“Siapalah yang mahu berkahwin dengan saya yang tidak memiliki apa-apa ini,” Kata pemuda itu merendah diri.

“Bagaimana sekiranya saya kahwinkan engkau dengan anak perempuan saya sendiri?” Tanya Syah Al-karmani seterusnya.

Pemuda it uterus bersetuju. Sungguh tidak di sangkanya hariitu merupakan hari yang sungguh bertuah baginya. Syah Al-Karmani pun pulang memberitahu anaknya bahawa dia telah bertemu dengan seorang pemuda yang ahli ibadah,zuhud dan lain-lain sifat mulia yang dimilikinya.

Setelah dinikahkan, Syah Al-Karmani menghantar anaknya kerumah suaminya. Ketika memasuki pintu, anaknya Syah al-Karmani ternampak sekeping roti kering didalam rumah. Wajahnya berubah dan hanya berdiri dimuka pintu.

“apakah itu?” Tanya si isteri sambil menunjukkan kearah roti itu.

Si Suami memberitahu, “ Itu adalah roti sisa semalam. Aku  memang sengaja meninggalkannya untukku berbuka nanti.”

Anak Syah Al-Karmani terus berpaling dan mahu melangkah pulang kerumah bapanya.

Si Suami segera mengucapkan, “aku memang sudah menjangka bahawa anak seorang Syah mungkin tidak mahu bersuamikan dengan orang seperti diriku yang fakir miskin ini. Dia tidak akan redha dengan kesusahanku.”

Isterinya pantas membalas, “Sebenarnya anak Syah seperti aku ini bukan keluar dari rumah ini disebabkan kesusahan dan kemiskinanmmu.”

“Jadi, mengapakah engkau keluar?” Tanya si suami pantas

“Disebabkan oleh kelemahan dan keyakinanmu. Namun aku tidak menyalahkan dirimu, tetapi yang aku hairankan ialah sikap ayahku,” kata si isteri.

“Apa kata ayahmu mengenai diriku?” Tanya si suami kehairanan.

“Ayahku memberitahu engkau adalah seorang zuhud dan iffah. Bagaimana dia boleh menyifatkan seorang lelaki yang tawakal kepada Allah itu,seorang yang zuhud dan iffah sedangkan dirumahnya masih menyimpan sekeping roti?” Kata si isteri.

“Aku meminta maaf, jika hanya disebabkan sekeping roti itu,” kata si suami.

Maafkan aku, namun aku mahu tinggal didalam rumah yang didalamnya ada makanan. Pilihlah sama ada aku langsung tidak memasuki rumah ataupun engkau keluarkan roti itu,” kata si isteri.

Waktu itu juga si suami membawa keluar roti itu dari rumahlalu diberi kepada seorang miskin. Setelah itu barulah si isteri mahu memasuki rumah yang kosong dari makanan. Mereka menjalani hidup sebagai pasangan bahagia dengan tujuan yang sama.

*Sumber  Buku Kisah-Kisah Sufi.


Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga

0 comments

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah s.w.t akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir di hadapan-Nya. Seorang adalah yang taat kepada perintah Allah s.w.t sementara seorang lagi ialah yang derhaka kepada Allah s.w.t. kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.

Allah s.w.t menyuruh Malaikat Ridwan membawa orang yang taat kepada Allah s.w.t ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman: "Aku merelakan dia."

Kemudian Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Zabaniah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah s.w.t memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih.

Firman Allah s.w.t yang bemaksud: "Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak."

Orang yang taat kepada perintah Allah itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata:

"Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku." Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga,

Malaikat Ridwan berkata kepadanya: "Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t."

Berkata orang itu: "Aku tidak mahu masuk ke dalam syurga, bawalah aku ke dalam neraka."

Malaikat Ridwan berkata: "Aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah s.w.t telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."

Berkata orang itu: "Aku tidak mahu syurga dan aku juga tidak mahu layanamu."

Setelah itu kedengaran suara yang berkata: "Wahai Ridwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."

Lalu Malaikat Ridwan bertanya: "Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke dalam neraka?"

Kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud: "Wahai hamba-Ku kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahui dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja maka bagaimanakah Aku merelakan kamu hamba-Ku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai Tuhanmu selama 70 puluh tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan Kuserahkan dia kepada kamu."

*Source Buku Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya.


Gambaran-Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Masyar

0 comments


Sekadar untuk renungan bersama sebagai manusia kita sering lalai dan alpa dosa yang kita anggap biasa tapi sebenarnya begitu berat...

Berwajah kera

Suka menabur fitnah sesama manusia.
 
Berwajah khinzir (Babi)

Suka memberi dan menerima rasuah.

Buta kedua belah mata


Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman.

Pekak dan bisu

 
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

Tubuh yang mengalir nanah dan darah yang amat busuk serta menikam lidahnya berulang kali


Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

Badannya luka seperti dihiris

 
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran.

Berjalan terhoyong-hayang seperti orang cacat

 
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan.

Berjalan seperti mabuk


Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid.

Rupa badannya seperti khinzir

 
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti.

Tidak bertangan dan tidak berkaki

 
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling.

Wajah dan badannya seakan khinzir


Tidak solat, Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun.

Perutnya dipenuhi ular dan kala yang sering menyengat-nyengat


Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat.

Badannya sangat busuk seperti bau bangkai 


Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi.

Tidak berlidah dan darah yang busuk mengalir dari mulut


Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah.
 
Berjalan kaki keatas dan kepala kebawah, darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan

Suka melakukan zina.

Muka hitam perutnya dipenuhi api


Suka makan harta anak yatim.

Kulit dipenuhi sopak dan kudis 


Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya.
 
Giginya sseperti tanduk lembu, lidah terjelir hingga keperut, najis dan air kencingnya sentiasa keluar dari kemaluan

Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
 
Wajah berseri-seri dan berada dalam keselesaan

Orang yang beramal soleh, mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah swt .
 
"Dunia ini adalah sebuah gambar cerita,
Manusia lah pelakon pelakonnya,
Al Quran dan As Sunnah adalah skrip-nya,
Islam adalah jalan ceritanya,
Para malaikat adalah juru gambarnya,
Rasulullah s.a.w adalah pelakon terbaiknya,
Kiamat adalah masa tamatnya,
Padang Masyar itulah tempat anugerahnya,
Allah s.w.t adalah jurinya,
dan syurga atau neraka lah hadiah untuk pelakon-pelakonnya  "




Benci Memakan Diri

0 comments

Di zaman Samnun al-Muhib terdapat seorang yang terkemuka bernama Ghulam Khalik. Ghulam Khalil sangat membenci golongan sufi. Golongan sufi ketika itu sering diganggu dan disakiti oleh Ghulam Khalil. Ghulan Khalil berbuat demikian kerana mahu menghentikan kegiatan orang-orang sufi tersebut. Namun golongan sufi tetap meneruskan kegiatan mereka. Ini menyebabkan cita-cita Ghulam Khalil yang berniat jahat itu sentiasa menemui kegagalan.

Kemudian Ghulam Khalil menukar taktiknya pula. Sebelum ini di menentang secara terang-terangan, kali ini dia menikam kaum sufi tersebut secara senyap-sanyap. Dia menyamar sebagai guru mursyid dengan tujuan untuk memusnahkan golongan sufi dari dalam. Sebagai orang yang hampir dengan Khalifah, Ghulam Khalil menggunakan peluang ini untuk menghapuskan golongan sufi.

Dengan berbagai-bagai cara, dia menghasut dan mempengaruhi khalifah supaya kaum sufi itu dapat dihalau dari negeri itu. Di antara kaum sufi itu yang amat dibenci oleh Ghulam Khalil termasuklah Samnun al-Muhib. Ghulam Khalil sering mencari bermacam alasan untuk memfitnah Samnun namun masih tidak berjaya. Dimasa yang sama terdapat seorang wanita cantik lagi kaya yang berminat dengan Samnun. Dia ingin mengahwini lelaki sufi itu. Wanita itu datang sendiri menemui Samnun dan menyatakan hasrat hatinya. Namun hajat wanita itu tidak kesampaian.

Samnun yang belum tergerak untuk menerima wanita itu telah menolak hajatnya secara baik. Wanita itu tidak putus harapan, dia bertemu pula dengan Junaid al-Baghdadi. Dia meminta jasa baik Junaid supaya memujuk Samnun supaya sudi berkahwin dengannya. Junaid bukan sahaja tidak memenuhi hajatnya malah meminta wanita itu beredar dari sisinya. Ini menyebabkan wanita itu berasa amat sakit hati. Dia segera mendapatkan Ghulam Khalik lalu memburuk-burukkan Samnun.

Ghulam Khalil berasa sungguh gembira kerana dengan pengaduan wanita itu memberinya peluang untuk memfitnah Samnun. Tanpa berlengah lagi, Ghulam Khalil segera pergi menemui khalifah dan melaporkan pengaduan wanita kaya itu. Khalifah yang sudah termakan hasutan Ghulam Khalil lantas menjatuhkan hukuman pancung ke atas Samnun.

Tiba masanya hukuman dijalankan, tukang pancung bersedia dengan pedangnya. Sewaktu khalifah mahu memberi arahan 'pancung' tiba-tiba lidahnya kelu dan tenggoroknya dirasakan tersumbat. Ini menyebabkan hukuman pancung terhadap Samnun tidak dapat diteruskan pada hari itu. Hukuman itu ditunda pada hari lain yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Malam itu, khalifah bermimpi dan terdengar suara menyatakan: "kerajaanmu bergantung kepada hidupnya Samnun!".

Mimpi itu benar-benar membimbangkan khalifah. Esoknya awal-awal pagi lagi, khalifah memanggil Samnun dan membebaskannya dari segala tuduhan. Malah khalifah memberikan pula hadiah dan penghargaan yang tinggi kepada ulama sufi itu.

Penghormatan yang diperolehi oleh Samnun itu menambahkan lagi sakit hati Ghulam Khalil. Ghulam Khalil menyimpan rasa benci terhadap Samnun bertahun lamanya. Suatu ketika, Ghulan Khalil telah ditimpa penyakit kusta yang semakin hari semakin parah. Keadaan Ghulam Khalil itu telah disampaikan kepada Samnun.

Samnun lalu berkata, "Mungkin ada beberapa orang sufi yang tidak sempurna telah berniat jahat dan melakukan perbuatan yang tidak baik kepada dirinya sendiri." "Sememangnya Ghulan Khalil itu seorang yang gigih menentang kaum sufi. Malah dia berulang kali telah menyusahkan kaum sufi dengan perbuatannya. Moga-moga Allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi olehnya," sambung Samnun lagi.

Apa yang diucapkan oleh Samnun itu sampai kepada Ghulam Khalil. Ghulam Khalil menyedari di atas segala kesalahannya lalu bertaubat kepada Allah. Dia menyerahkan segala hartanya kepada golongan sufi. Namun tidak seorang pun dari kaum sufi itu yang mahu menerimanya walaupun sedikit.

Janganlah mudah membenci dan mengkhianati golongan yang hampir dengan Allah kerana mereka biasanya mendapat pembelaan dari-Nya.

*Source Buku Kisah-Kisah Sufi.

Antara Tanda-Tanda Kiamat Kecil Berdasarkan Hadis

0 comments

Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "WahaiRasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang di apit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnyadi antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidakmahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."- Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim.


Wednesday, January 13, 2010

Hari Kiamat

0 comments


Hari Kiamat pasti akan terjadi. Disaat itu langit pecah, gunung-ganang akan berterbangan , bumi dan seisinya akan hancur lebur. Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Lanit yang menaungi kita jugaakan bertukar dengan langit yang lain pula.

Tiada siapa yang mengetahui bilakah peristiwa dahsyat itu akan terjadi kecuali hanya Allah s.w.t. Namun begitu, Allah dengan kasih sayangNya dan juga dengan hikmahNya telah menunjukkan kepada kita beberapa tanda yang terjadi mendahuluinya, supaya orang yang berdosa sempat bertaubat dan orang-orang yang sudah insaf akan menambahkan lagi amalan mereka.

Dunia pada hari ini telah dan sedang merasakan tanda-tanda itu. Bahkan debaran jantung dunia akan sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwaganjil yang akan terjadi dari masa kesemasa. Kita hari ini merasakan kemerosotan umat Islam, para ulama berkurangan, cabaran hebat terhadap iman,kemungkaran berleluasa ditengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral, gempa bumidemi gempa bumi dan perperangan demi perperangan. Tanda-tanda kiamat yang kecilini sangat banyak kita rasakan. Hampir seratus tanda yang sekarang ini sedangkita alami.

Apa yang dapat kita perkatakan disini ialah, tanda-tanda yang kecil ini dari masa ke semasa semakin bertambah serius dan sudah hamir sampai keperingkat yang paling teruk yang selanjutnya akan disambut olehtanda-tanda kiamat yang besar, dimana apabila kita menemui tanda kiamat besar yang pertama maka tanda-tanda lainnya akan segera mengikutinya seperti apa yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.


Monday, January 11, 2010

Kisah Nabi Yahya A.S

0 comments
kisah nabi Yahya A.S koleksi kisah kisah nabi di blog mrnajeb
 
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan.

Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri.

Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.

Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam doanya: “Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya’qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra’il.

Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai.”

Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi.”

Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya.”

Allah menjawab dengan firman-Nya: “Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?”

Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung.”

Allah berfirman: “Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari.”

Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.

Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.

Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki “Yahya Pembaptis”.

Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.

Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.

Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara.

Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu.”

Herodia menjawab: “Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini”.

Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra’il seluruhnya.

Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga ayat 90.


Sunday, January 10, 2010

Elak Perangkap Riyak Dalam Ibadat

0 comments

Riya’ (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra’a, yura’I, yang  turut dituturkan dalam masyarakat melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk. Ia boleh diertikan sebagai  memperlihatkan ,menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat dihati mereka.

Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya’ hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakan nilai ibadat. Antaranya, nas yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata dan perhiasannya, Kami (allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka didunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan”. “Itulah orang yang tidak memperoleh diakhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (didunia) dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan.” (Al-Quran,Hud: 15).

Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakan amalan solih dan ibadat. Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya :

“Aku (Allah) adalah yang terkaya (secara mutlak) dari diseketui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku Aku tinggalkan bersama sekutunya.”

Memang Allah terkaya, manakala yang lain adalah fakir dan bersifat serba kekurangan kepada-Nya. Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya.  Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkanniat dan tujuan kepada-Nya sahaja.

Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan dengan tujuan riya’ adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa. Tetapi nilai dosa dari perbuataan riya’ berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya’ dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.

Ulama memperincikan riya’ kepada beberapa peringkat:

1. Riya’ yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan  dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya’, seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.

2. Riya’ yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya’saja dia tidak melakukan ibadat , misalnya seorang  yang biasa  bersolat  tahajud , kadangkala  diselubungi kemalasan,  tetapi  apabila ada  teman atau tetamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula. Ibadat nya itu didorong sedikit oleh riya’ yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya’ yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut  kadar riya’ terbabit.

3. Riya’ yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya’ inibukan yang mendorong amal ibadat atauu berasa ringan untuk beramal ibadat,namun sifat itu terpendam didalam diri. Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa dengan pujian. Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya’, malah benci pada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira. Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi  dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya’ seperti ini tidaklah merosakan pahala amalan terbabit.

 Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati besih lagi halus sebagai mana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya’ lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam diwaktu malam. Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya’. Jika mengatasi riya’ yang jelas, belum tentu terselamat dari riya’ yang kurang jelas, malah jika diperingkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya’.

*Sumber Media Permata


Perjalanan Roh Selepas Kematian

0 comments

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib RA berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad SAW keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad SAW duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian baginda SAW mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur." Nabi Muhammad SAW mengulangi sebanyak 3 kali."

Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikat maut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah SWT dan ridhaNya."

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik,

makatidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?"

Di jawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh,

maka Allah SWT berfirman: "Catatlah suratnya di Illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya."

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?"

Maka dijawab: Allah Tuhanku.

Lalu ditanya:"Apakah agamamu?"

Maka dijawab: "Agamaku Islam"

Ditanya lagi:"Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengahkamu?"

Dijawab: "Dia utusan Allah".

Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?"

Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya"

Maka terdengar suara: "Benar hambaKu, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata."

Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah SWT kepadamu."

Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amal mu yang baik."

Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk di mukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikul maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah."

Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai,dan dibawa naik,

maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?"

Dijawab: "Roh fulan bin fulan."dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai di langit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.

Kemudian Nabi Muhammad SAW membaca ayat yang bermaksud:." Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."

Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam Sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat yang bermaksud: "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."

Kemudian dikembalikan roh itu ke dalam jasad di dalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?"

Maka dijawab: "Saya tidak tahu".

Lalu ditanya: "Apakah agamamu?"

Maka dijawab: "Saya tidak tahu".

Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?"

Dijawab: "Saya tidak tahu".

Laluditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?"

Maka dijawab: "Saya tidak tahu"

Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaKu, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya".

Kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu."

Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?"

Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek."

Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah RA berkata: "Nabi Muhammad SAW bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutera yang berisi misik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa ke Illiyyin.

Adapun orang kafir jika sakaratul maut didatangi olehmalaikat yang membawa kain bulu yang di dalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ke tempat yang rendah hina dan siksaNya,maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan di atas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke Sijjin."

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar RA berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah SWT memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kuburbagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.

Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

Wallahu'alam.

*Source abumusa2


Friday, January 8, 2010

Kemunculan Panglima Shalahuddin

0 comments


Jatuhnya kota suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota suci yang telah dikuasainya selama  lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah-belah .

Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini. Usaha mereka berhasil, Setiap penguasa Negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.

Setelah hamper empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis , Shalahuddin Al-Ayubi baru lahir kedunia, yakni pada tahun 1138 Masihi.Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termahsyur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan  awal kepada Shalahuddin.

Selain itu, Shalahuddin juga mendapatb pendidikan dari bapasaudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan penglima perang Syria  yang telah berhasil mengalahkan tentera Salibsama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin olehpanglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda.

Pada tahun 549 H/1154 M, panglima Asasuddin Syirkuh memimpintenteranya merebut dan menguasai Damsyik, Shalahuddin yang ketika itun baruberusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang . Pada tahun 558 H/1163 Masihi, Panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah yang diperintah oleh aliran Syiah Islamiliyah  yang semakin lemah. Usahanya berhasil .

Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir  Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian . Akan tetapi, Wazir  besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular dikalangan istana dan rakyat. Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir.

Pasukan salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jurussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari Kaum Salib , panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik.

Kerjasama wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawarsetelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali inibertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric  dan menghalaunya dari Mesir  dengan aib sekali.

Panglima Syirkuh dan Shalahuddin terus mara ke ibu kota kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukanShawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi . Khalifah Al-Adhid Lidnillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima  Syirkuh buat kali kedua.

Suatu hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah kekuburan wali Allah di Mesir ternyata Wazir besar Shawar dijumpai bersembunyi disitu. Shalahuddin segera menagkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihokum bunuh. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar . Wazir baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setia institusi kerajaan secara berperingkat . Sementara anak saudaranya Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan disebelah utara dan Bandar-bandar lain termasuk Bandar perdagangan Iskan dariah.

*Source Mingguan Perdana


Thursday, January 7, 2010

Hari Sabtunya Orang Yahudi

0 comments
Hari Sabtunya Orang Yahudi

Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik. 

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang lain siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina". 

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksa-Nya, dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). (Al-A'Raaf: 63-68)

Kisah ini menceritakan tentang sebuah desa orang-orang Yahudi yang terletak di pesisir lautan, yaitu sebuah desa pesisir di antara desa-desa yang mereka diami. Orang-orang Yahudi setempat telah diperintahkan Allah untuk tidak berburu dan menangkap ikan pada hari Sabtu dan mereka dibolehkan untuk menangkap pada hari-hari lain dalam sepekan.

Allah telah menguji mereka dengan kewajiban ini, di mana ikan-ikan itu menjauhi mereka dan jarang ditemui pada hari-hari dibolehkannya menangkap ikan, sementara pada hari Sabtu ikan-ikan itu justru banyak mendatangi mereka dengan terapung-apung di sekitar mereka.

Setan pun membisiki hati sekelompok orang dari penduduk desa dan membujuk mereka untuk menangkap ikan. Akan tetapi, bagaimana caranya mereka dapat mengelak dari perintah Allah tersebut? Setan menunjukkan alibi, cara tipu daya, serta membimbing mereka agar dapat menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penduduk desa itu terbagi menjadi dua kelompok dalam menghadapi kelompok yang melanggar batas tersebut. Kelompok pertama adalah orang-orang saleh dari para dai yang menjalankan kewajiban mereka dalam dakwah dan memprotes orang-orang yang mengakali perintah-perintah Allah dengan berbagai alibi, pelanggaran, dan perburuan mereka pada hari Sabtu.

Kelompok kedua adalah orang-orang yang berdiam diri, yang diam melihat pelanggaran orang-orang yang melampaui batas, dan mereka justru melontarkan celaan dan penentangan terhadap orang-orang saleh yang berdakwah, dengan alasan bahwa tidak ada manfaatnya menasihati dan memperingatkan sekelompok orang yang memang sudah sepantasnya binasa dan akan mendapat azab.

Orang-orang saleh itu menjelaskan kepada orang-orang yang mencela mereka dan mendiamkan kemungkaran itu bahwa mereka memprotes kemungkaran itu dengan tujuan melepaskan tanggung jawab di hadapan Allah dan demi menunaikan kewajiban serta agar mereka mau bertakwa.

Ketika azab Allah menimpa orang-orang yang melampaui batas itu, maka Allah mengubah wujud mereka menjadi monyet-monyet hina. Perubahan bentuk wujud itu memang terjadi sesungguhnya. Tidak lama setelah berubah wujud menjadi monyet yang tidak mempunyai keturunan, mereka akhirnya mati.

Allah menyelamatkan orang-orang saleh para dai itu. Sementara itu, Al-Quran tidak menjelaskan nasib orang-orang yang diam, barangkali karena mereka tidak berarti dan hina di mata Allah. Karena mereka tidak disebutkan bersama orang-orang yang selamat maka tampaknya mereka termasuk orang-orang yang binasa dan terkutuk.



Khalifah Yang Adil

0 comments


Ini adalah kisah keadilan Khalifah Umar Bin Al-Khattab terhadap anaknya Ubaidillah atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Sahmah.

Pada suatu hari, datang seorang wanita dari Bani Najjar. Wanita itu mengadu telah dizina oleh Abu Sahmah hingga hamil dan melahirkan seorang bayi. Tentu sahaja itu memalukan khalifah.

“Hai Jaariah! Benarkah dakwaanmu itu,” tanya khalifah. 


“Benar khalifah! Jika tidak percaya, hamba berani bersumpah dengan Al-quran.”

Dengan penyumpahan itu, yakinlah Umar bahawa wanita itu tidak berdusta. Malah ketika ditanyakan langsung kepada Abu Sahmah, anaknya itu tidak menafikannya.

“Benar ayahku! Hukuman apakah yang ayah akan jatuhkan padaku? Aku pasrah dan redha daripada menerima azab di akhirat kelak.”

Bagaimanapun, anaknya Abu Sahmah harus dihukum rejam sesuai dengan hukum hudud,” tekad khalifah. 


Mendengar keputusan Umar, ramai sahabat berusaha mencegah dan menasihatinya agar hukuman tersebut dibatalkan atau diganti dengan hukuman lain. Namun keadilan tidak berbelah bahagi. Hukuman rejam tetap dilaksanakan. Maka, tamatlah riwayat hidup Abu Sahmah.

Maka, terbuktilah keadilan Umar. Beliau tidak mengenal sesiapa dalam melaksanakan perintah Allah meskipun anaknya sendiri. Anak kandungnya mati kerana melakukan kemurkaan kepada Allah dan dia terlepas dari azab neraka kerana telah menerima azab di dunia.

Pengajaran:


1.Tiada pilih kasih dalam Islam.
2.Islam adalah agama yang adil kepada semua dan tidak mengira sesiapa samada raja, PM, anak, isteri mahupun hamba.
3.Islam tidak berlaku zalim terhadap penganutnya sehingga terbukti kesalahan yang dilakukannya.
4.Akhlak para sahabat adalah sangat mulia kerana mendapat pentarbiyahan yang sempurna daripada Rasulullah.
5.Hukum hudud adalah wajib dilaksanakan bagi menjaga kemaslahatan ummat seluruh dunia.


Khalifah Gila

0 comments

Memang betul, Khalifah Umar bin Khathab telah berubah ingatan. Banyak yang melihatnya dengan mata kepala sendiri. Barangkali karena Umar di masa mudanya sarat dengan dosa, seperti merampok, mabuk-mabukkan, malah suka mengamuk tanpa berperi-kemanusiaan, sampai orang tidak bersalah banyak yang menjadi korban. Itulah yang mungkin telah menyiksa batinnya sehingga ia ditimpa penyakit jiwa.

Dulu Umar sering menangis sendirian sesudah selesai menunaikan salat. Dan tiba-tiba ia tertawa terbahak-bahak, juga sendirian. Tidak ada orang lain yang membuatnya tertawa. Bukankah hal itu merupakan isyarat yang jelas bahwa Umar bin Khathab sudah gila?

Abdurrahman bin Auf, sebagai salah seorang sahabat Umar yang paling akrab,merasa tersinggung dan sangat murung mendengar tuduhan itu. Apalagi, hampir semua rakyat Madinah telah sepakat menganggap Umar betul-betul sinting. Dan,sudah tentu, orang sinting tidak layak lagi memimpin umat atau negara.

Yang lebih mengejutkan rakyat, pada waktu melakukan salat Jum'at yang lalu, ketika sedang berada di mimbar untuk membacakan khotbahnya, sekonyong-konyong Umar berseru, "Hai sariah, hai tentaraku. Bukit itu, bukit itu, bukit itu!" Jemaah pun geger. Sebab ucapan tersebut sama sekali tidak ada kaitannya dengan isi khotbah yang disampaikan.

"Wah, khalifah kita benar-benar sudah gila," gumam rakyat Madinah yang menjadi makmum salat Jumat hari itu.

Tetapi Abdurrahman tidak mau bertindak gegabah, ia harus tahu betul, apa sebabnya Umar berbuat begitu. Maka didatanginya Umar, dan ditanyainya,"Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau berseru-seru di sela-sela khotbah engkau seraya pandangan engkau menatap kejauhan?"

Umar dengan tenang menjelaskan, "Begini, sahabatku. Beberapa pekan yang lewat aku mengirimkan Suriah, pasukan tentara yang tidak kupimpin langsung, untuk membasmi kaum pengacau. Tatkala aku sedang berkhotbah, kulihat pasukan itu dikepung musuh dari segala penjuru. Kulihat pula satu-satunya benteng untuk mempertahankan diri adalah sebuah bukit dibelakang mereka. Maka aku berseru: bukit itu,bukit itu, bukit itu!"

Setengah tidak percaya, Abdurrahman megerutkan kening. "Lalu, mengapa engkau dulu sering menangis dan tertawa sendirian selesai melaksanakan salat fardhu?" tanya Abdurrahman pula.

Umar menjawab, "Aku menangis kalau teringat kebiadabanku sebelum Islam. Aku pernah menguburkan anak perempuanku hidup-hidup. Dan aku tertawa jika teringat akan kebodohanku. Kubikin patung dari tepung gandum, dan kusembah-sembah seperti Tuhan."

Abdurrahman lantas mengundurkan diri dari hadapan Khalifah Umar. Ia belum bisa menilai, sejauh mana kebenaran ucapan Umar tadi. Ataukah hal itu justru lebih membuktikan ketidak warasannya sehingga jawabannya pun kacau balau? Masak ia dapat melihat pasukannya yang terpisah amat jauh dari masjid tempatnya berkhotbah?

Akhirnya, bukti itu pun datang tanpa dimintanya. Yaitu manakala sariah yang kirimkan Umar tersebut telah kembali ke Madinah. Wajah mereka berbinar-binar meskipun nyata sekali tanda-tanda kelelahan dan bekas-bekas luka yang diderita mereka. Mereka datang membawa kemenangan. Komandan pasukan itu, pada hari berikutnya, bercerita kepada masyarakat Madinah tentang dasyatnya peperangan yang dialami mereka.

"Kami dikepung oleh tentara musuh, tanpa harapan akan dapat meloloskan diri dengan selamat. Lawan secara beringas menghantam kami dari berbagai jurusan. Kami sudah luluh lantak. Kekuatan kami nyaris terkuras habis. Sampai tibalah saat salat Jumat yang seharusnya kami kerjakan. Persis kala itu, kami mendengar sebuah seruan gaib yang tajam dan tegas: "Bukit itu, bukit itu, bukit itu!" Tiga kali seruan tersebut diulang-diulang sehingga kami tahu maksudnya. Serta-merta kami pun mundur ke lereng bukit. Dan kami jadikan bukit itu sebagai pelindung di bagian belakang. Dengan demikian kami dapat menghadapi serangn tentara lawan dari satu arah, yakni dari depan. Itulah awal kejayaan kami."

Abdurrahman mengangguk-anggukkan kepala dengan takjub. Begitu pula masyarakat yang tadinya menuduh Umar telah berubah ingatan. Abdurrahman kemudian berkata, "Biarlah Umar dengan kelakuannya yang terkadang menyalah iadat. Sebab ia dapat melihat sesuatu yang indera kita tidak mampu melacaknya"

Dari buku Kisah Teladan - K.H. Abdurrahman Arroisi

*Source Kisah-Kisah Islam.


Abu Nawas Dan Botol Ajaib

0 comments

Tidak ada henti-hentinya. Tidak ada kapok-kapoknya, Baginda selalu memanggil Abu Nawas untuk dijebak dengan berbagai pertanyaan atau tugas yang aneh-aneh. Hari ini Abu Nawas juga dipanggil ke istana. Setelah tiba di istana, Baginda Raja menyambut Abu Nawas dengan sebuah senyuman.

“Akhir-akhir ini aku sering mendapat gangguan perut. Kata tabib pribadiku, aku kena serangan angin.” kata Baginda Raja memulai pembicaraan.

“Ampun Tuanku, apa yang bisa hamba lakukan hingga hamba dipanggil.” tanya Abu Nawas.

“Aku hanya menginginkan engkau menangkap angin dan memenjarakannya.” kata Baginda.

Abu Nawas hanya diam. Tak sepatah kata pun keluar dari mulutnya. la tidak memikirkan bagaimana cara menangkap angin nanti tetapi ia masih bingung bagai­mana cara membuktikan bahwa yang ditangkap itu memang benar-benar angin. Karena angin tidak bisa dilihat. Tidak ada benda yang lebih aneh dari angin. Tidak seperti halnya air walaupun tidak berwarna tetapi masih bisa dilihat. Sedangkan angin tidak.
 
Baginda hanya memberi Abu Nawas waktu tidak le­bih dari tiga hari. Abu Nawas pulang membawa pekerjaan rumah dari Baginda Raja. Namun Abu Nawas tidak begitu sedih. Karena berpikir sudah merupakan bagian dari hidupnya, bahkan merupakan suatu kebutuhan. la yakin bahwa dengan berpikir akan terbentang jalan keluar dari kesulitan yang sedang dihadapi. Dan dengan berpikir pula ia yakin bisa menyumbangkan sesuatu kepada orang lain yang membutuhkan terutama orang-orang miskin. Karena tidak jarang Abu Nawas menggondol sepundi penuh uang emas hadiah dari Baginda Raja atas kecerdikannya.

Tetapi sudah dua hari ini Abu Nawas belum juga mendapat akal untuk menangkap angin apalagi memenjarakannya. Sedangkan besok adalah hari terakhir yang telah ditetapkan Baginda Raja. Abu Nawas hampir putus asa. Abu Nawas benar-benar tidak bisa tidur walau hanya sekejap. Mungkin sudah takdir kayaknya kali ini Abu Nawas harus menjalani hukuman karena gagal melaksanakan perintah Baginda. la berjalan gontai menuju istana. Di sela-sela kepasrahannya kepada takdir ia ingat sesuatu, yaitu Aladin dan lampu wasiatnya.

“Bukankah jin itu tidak terlihat?” Abu Nawas bertanya kepada diri sendiri.

la berjingkrak girang dan segera berlari pulang. Sesampai di rumah ia secepat mungkin menyiapkan segala sesuatunya kemudian menuju ista­na. Di pintu gerbang istana Abu Nawas langsung dipersilahkan masuk oleh para pengawal karena Baginda se­dang menunggu kehadirannya.

Dengan tidak sabar Baginda langsung bertanya kepada Abu Nawas. “Sudahkah engkau berhasil memenjarakan angin, hai Abu Nawas?”

“Sudah Paduka yang mulia.” jawab Abu Nawas dengan muka berseri-seri sambil mengeluarkan botol yang sudah disumbat. Kemudian Abu Nawas menyerahkan botol itu.

Baginda menimang-nimang botol itu. “Mana angin itu, hai Abu Nawas?” tanya Baginda.

“Di dalam, Tuanku yang mulia.” jawab Abu Nawas penuh takzim.

“Aku tak melihat apa-apa.” kata Baginda Raja.

“Ampun Tuanku, memang angin tak bisa dilihat, te­tapi bila Paduka ingin tahu angin, tutup botol itu harus dibuka terlebih dahulu.” kata Abu Nawas menjelaskan.

Setelah tutup botol dibuka Baginda mencium bau busuk. Bau kentut yang begitu menyengat hidung.
“Bau apa ini, hai Abu Nawas?!” tanya Baginda marah.

“Ampun Tuanku yang mulia, tadi hamba buang angin dan hamba masukkan ke dalam botol. Karena hamba takut angin yang hamba buang itu keluar maka hamba memenjarakannya dengan cara menyumbat mulut botol.” kata Abu Nawas ketakutan.

Tetapi Baginda tidak jadi marah karena penjelasan Abu Nawas memang masuk akal. Dan untuk kesekian kali Abu Nawas selamat.

*Source Renungan Islam.


Abu Nawas Mendemo Tuan Kadi

0 comments

Pada suatu sore, ketika Abu Nawas sedang mengajar murid-muridnya. Ada dua orang tamu datang ke rumahnya. Yang seorang adalah wanita tua penjual kahwa, sedang satunya lagi adalah seorang pemuda berkebangsaan Mesir. Wanita tua itu berkata beberapa patah kata kemudian diteruskan dengan si pemuda Mesir.

Setelah mendengar pengaduan mereka, Abu Nawas menyuruh mu­rid-muridnya menutup kitab mereka. “Sekarang pulanglah kalian. Ajak teman-teman ka­lian datang kepadaku pada malam hari ini sambil membawa cangkul, penggali, kapak dan martil serta batu.”

Murid-murid Abu Nawas merasa heran, namun me­reka begitu patuh kepada Abu Nawas. Dan mereka me­rasa yakin gurunya selalu berada membuat kejutan dan berada di pihak yang benar. Pada malam harinya mereka datang ke rumah Abu Nawas dengan membawa peralatan yang diminta oleh Abu Nawas.

Berkata Abu Nawas,”Hai kalian semua! Pergilah malam hari ini untuk merusak rumah Tuan Kadi yang baru jadi.”

“Hah? Merusak rumah Tuan Kadi?” gumam semua muridnya keheranan.

“Apa? Kalian jangan ragu. Laksanakan saja perintah gurumu ini!” kata Abu Nawas menghapus keraguan murid-muridnya. Barangsiapa yang mencegahmu, jangan kau perdulikan, terus pecahkan saja rumah Tuan Kadi yang baru. Siapa yang bertanya, katakan saja aku yang menyuruh merusak. Barangsiapa yang hendak melempar kalian, maka pukullah mereka dan lemparilah dengan batu.”

Habis berkata demikian, murid-murid Abu Nawas bergerak ke arah Tuan Kadi. Laksana demonstran me­reka berteriak-teriak menghancurkan rumah Tuan Kadi. Orang-orang kampung merasa heran melihat kelakukan mereka. Lebih-lebih ketika tanpa basa-basi lagi mereka langsung merusak rumah Tua Kadi. Orang-or­ang kampung itu berusaha mencegah perbuatan me­reka, namun karena jumlah murid-murid Abu Nawas terlalu banyak maka orang-orang kampung tak berani men­cegah.

Melihat banyak orang merusak rumahnya, Tuan Kadi segera keluar dan bertanya,”Siapa yang menyuruh kalian merusak rumahku?”

Murid-murid itu menjawab,”Guru kami Tuan Abu Nawas yang menyuruh kami!”

Habis menjawab begitu mereka bukannya berhenti malah terus menghancurkan rumah Tuan Kadi hingga rumah itu roboh dan rata dengan tanah. Tuan Kadi hanya bisa marah-marah karena tidak orang yang berani membelanya  “Dasar Abu Nawas provokator, orang gila! Besok pagi aku akan melaporkannya kepada Baginda.”

Benar, esok harinya Tuan Kadi mengadukan kejadian semalam sehingga Abu Nawas dipanggil menghadap Baginda. Setelah Abu Nawas menghadap Baginda, ia ditanya. “Hai Abu Nawas apa sebabnya kau merusak ru­mah Kadi itu”

Abu Nawas menjawab,”Wahai Tuanku, sebabnya ialah pada satu malam hamba bermimpi, bahwasanya Tuan Kadi menyuruh hamba merusak rumahnya. Sebab rumah itu tidak cocok baginya, ia menginginkan ru­mah yang lebih bagus lagi.Ya, karena mimpi itu maka hamba merusak rumah Tuan Kadi.”

Baginda berkata,” Hai Abu Nawas, bolehkah ha­nya karena mimpi sebuah perintah dilakukan? Hukum dari negeri mana yang kau pakai itu?”

Dengan tenang Abu Nawas menjawab,”Hamba juga memakai hukum Tuan Kadi yang baru ini Tuanku.” Mendengar perkataan Abu Nawas seketika wajah Tuan Kadi menjadi pucat. la terdiam seribu bahasa.

“Hai Kadi benarkah kau mempunyai hukum seperti itu?” tanya Baginda.

Tapi Tuan Kadi tiada menjawab, wajahnya nampak pucat, tubuhnya gemetaran karena takut. “Abu Nawas! Jangan membuatku pusing! Jelaskan kenapa ada peristiwa seperti ini !” perintah Baginda.

“Baiklah …… “Abu Nawas tetap tenang. “Baginda…. beberapa hari yang lalu ada seorang pemuda Mesir datang ke negeri Baghdad ini untuk berdagang sambil membawa harta yang banyak sekali. Pada suatu malam ia bermimpi kawin dengan anak Tuan Kadi dengan mahar (mas kawin) sekian banyak. Ini hanya mimpi Baginda. Tetapi Tuan Kadi yang mendengar kabar itu langsung mendatangi si pemuda Mesir dan meminta mahar anaknya. Tentu saja pemuda Mesir itu tak mau membayar mahar hanya karena mimpi. Nah, di sinilah terlihat arogansi Tuan Kadi, ia ternyata merampas semua harta benda milik pemuda Mesir sehingga pemuda itu menjadi seorang pengemis gelandangan dan akhirnya ditolong oleh wanita tua penjual kahwa.”

Baginda terkejut mendengar penuturan Abu Nawas, tapi masih belum percaya seratus persen, maka ia memerintahkan Abu Nawas agar memanggil si pemuda Mesir. Pemuda Mesir itu memang sengaja disuruh Abu Nawas menunggu di depan istana, jadi mudah saja bagi Abu Nawas memanggil pemuda itu ke hadapan Baginda.

Berkata Baginda Raja,”Hai anak Mesir ceritakanlah hal-ihwal dirimu sejak engkau datang ke negeri ini.” Ternyata cerita pemuda Mesir itu sama dengan cerita Abu Nawas. Bahkan pemuda itu juga membawa saksi yaitu Pak Tua pemilik tempat kost dia menginap.

“Kurang ajar! Ternyata aku telah mengangkat seorang Kadi yang bejad moralnya.” Baginda sangat murka.

Kadi yang baru itu dipecat dan seluruh harta bendanya dirampas dan diberikan kepada si pemuda Mesir. Setelah perkara selesai, kembalilah si pemuda Mesir itu dengan Abu Nawas pulang ke rumahnya. Pe­muda Mesir itu hendak membalas kebaikan Abu Nawas.

Berkata Abu Nawas,”Janganlah engkau memberiku barang sesuatupun kepadaku. Aku tidak akan menerimanya sedikitpun jua.”

Pemuda Mesir itu betul-betul mengagumi Abu Nawas. Ketika ia kembali ke negeri Mesir ia menceritakan tentang kehebatan Abu Nawas itu kepada penduduk Mesir sehingga nama Abu Nawas menjadi sangat terkenal.

*Source Renungan Islam.


ShareThis

 

Kisah Kisah Islam Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger